03.08.2021 Views

BULETIN JPTV 1

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

PDPR

Pandemik Covid-19 membuka satu lembaran baharu kepada seluruh masyarakat. Dalam suasana norma baharu,

konsep pengajaran dan pembelajaran (PdP) tidak harus terperangkap dalam lingkungan 'four walls of room'

sebaliknya mestilah relevan pada setiap masa dan di mana jua. Lebih setahun yang lalu, proses PdP banyak

bergantung kepada pembelajaran jarak jauh iaitu Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PDPR) yang

dilaksanakan secara dalam talian. Semua peringkat pembelajaran samada dari pra sekolah hingga ke peringkat

universiti terlibat dengan PDPR ini.

Cabaran

Para pendidik menghadapi cabaran yang pelbagai,

seperti perlu menyesuaikan diri dengan sistem

baharu serta menggunakan teknologi sebagai

medium untuk mengajar. Ia bukanlah hal yang

mudah terutama buat para pendidik yang kurang

mahir menggunakan teknologi di samping

keperluan kepada peranti yang bersesuaian.

Tambahan pula ada kursus-kursus yang

memerlukan aktiviti amali bagi meningkatkan

kemahiran para pelajar. Cabaran-cabaran

seumpama ini seharusnya dapat ditangani dengan

baik bagi memastikan pelajar yang dilatih dan

graduan yang dilahirkan mempunyai pengetahuan

dan kemahiran yang sewajarnya.

Belajar

Para pendidik harus menerima hakikat bahawa

kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan

penilaian telah berubah selaras persekitaran

norma baharu. Para pendidik mestilah bersedia

untuk belajar dan mengaplikasikan pelbagai kaedah

PDPR dan berfikir di luar kotak dalam

menyampaikan segala maklumat kepada pelajar.

Pelajar pula harus bijak mengolah maklumat yang

diterima dengan belajar mengamalkan konsep

kendiri iaitu pembelajaran secara self-pace dan

remote learning. Dengan pelbagai peranti dan

aplikasi digital yang ada pada masa kini, para

pendidik dan pelajar seharusnya dapat

melaksanakan PDPR dengan lebih baik.

PDPR memerlukan bukan sahaja komputer, tetapi alatan dan

peranti yang dapat menyokong sesi PdP supaya lebih efektif.

Capai

Perubahan yang berlaku kepada persekitaran

PdP masa kini tidak seharusnya dijadikan alasan

untuk tidak mencapai tahap kecemerlangan

dalam pendidikan. Dengan kesungguhan dan

iltizam serta pengorbanan samada dari pihak

pendidik dalam mendidik mahu pun pelajar

dalam belajar, kejayaan pasti akan dicapai

walau apa jua cabaran dan rintangan. Melalui

PDPR sejak bulan Mac 2020, pelbagai peranti,

perisian, kemahiran, strategi dan kaedah PdP

telah diteroka. Sudah pasti hingga kini, ramai

pendidik dan pelajar semakin mahir

menggunakan teknologi dalam PdP sesuai

norma baharu dunia pendidikan yang

menuntut kepelbagaian.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!