03.08.2021 Views

BULETIN JPTV 1

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

1 / 2021

JPTV

Buletin

Jabatan Pendidikan Teknik & Vokasional

IPG Kampus Pendidikan Teknik

Cabaran.

Belajar.

Capai.

Sorotan

PDPR

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)

Revolusi Industri 4.0

Objek Pembelajaran Digital (DLO)

Musang King

Penyelidikan & Inovasi

Pelibatan & Perkhidmatan

Mesej Ketua Jabatan,

Ts. Dr. Romy Abd Kadir

Pandemik COVID-19 yang melanda dunia ketika ini

telah menyebabkan kaedah pengajaran dan

pembelajaran (PdP) di institusi pengajian tinggi negara

berubah wajah daripada pengajaran tradisional

berbentuk kuliah kepada pembelajaran maya. Sama ada

secara teradun atau menggunakan Web 2.0, pensyarah

dan pelajar terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan

semasa.

Pengaplikasian PdP secara maya memerlukan

kemahiran dan pengetahuan dalam kalangan pensyarah

mahupun pelajar. Dengan suasana norma baharu ini,

adalah diharapkan para pensyarah dapat menyesuaikan

kaedah dan strategi PdP agar pendidikan yang

sewajarnya diberikan kepada para pelajar. Seorang

pendidik itu perlu kreatif dalam mencari kaedah terbaik

dan menukar cara pembelajaran mengikut kesesuaian

pelajar, bagi memastikan kejayaan proses Pengajaran

dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), ketika negara

masih berhadapan dengan ancaman wabak COVID-19.

Sebagai warga pendidik, pensyarah harus terus

belajar dan berusaha meningkatkan mutu

profesionalisme terutamanya yang melibatkan

penggunaan teknologi dalam pendidikan sejajar

Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) dan tuntutan persekitaran

norma baharu masa kini.


PDPR

Pandemik Covid-19 membuka satu lembaran baharu kepada seluruh masyarakat. Dalam suasana norma baharu,

konsep pengajaran dan pembelajaran (PdP) tidak harus terperangkap dalam lingkungan 'four walls of room'

sebaliknya mestilah relevan pada setiap masa dan di mana jua. Lebih setahun yang lalu, proses PdP banyak

bergantung kepada pembelajaran jarak jauh iaitu Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PDPR) yang

dilaksanakan secara dalam talian. Semua peringkat pembelajaran samada dari pra sekolah hingga ke peringkat

universiti terlibat dengan PDPR ini.

Cabaran

Para pendidik menghadapi cabaran yang pelbagai,

seperti perlu menyesuaikan diri dengan sistem

baharu serta menggunakan teknologi sebagai

medium untuk mengajar. Ia bukanlah hal yang

mudah terutama buat para pendidik yang kurang

mahir menggunakan teknologi di samping

keperluan kepada peranti yang bersesuaian.

Tambahan pula ada kursus-kursus yang

memerlukan aktiviti amali bagi meningkatkan

kemahiran para pelajar. Cabaran-cabaran

seumpama ini seharusnya dapat ditangani dengan

baik bagi memastikan pelajar yang dilatih dan

graduan yang dilahirkan mempunyai pengetahuan

dan kemahiran yang sewajarnya.

Belajar

Para pendidik harus menerima hakikat bahawa

kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan

penilaian telah berubah selaras persekitaran

norma baharu. Para pendidik mestilah bersedia

untuk belajar dan mengaplikasikan pelbagai kaedah

PDPR dan berfikir di luar kotak dalam

menyampaikan segala maklumat kepada pelajar.

Pelajar pula harus bijak mengolah maklumat yang

diterima dengan belajar mengamalkan konsep

kendiri iaitu pembelajaran secara self-pace dan

remote learning. Dengan pelbagai peranti dan

aplikasi digital yang ada pada masa kini, para

pendidik dan pelajar seharusnya dapat

melaksanakan PDPR dengan lebih baik.

PDPR memerlukan bukan sahaja komputer, tetapi alatan dan

peranti yang dapat menyokong sesi PdP supaya lebih efektif.

Capai

Perubahan yang berlaku kepada persekitaran

PdP masa kini tidak seharusnya dijadikan alasan

untuk tidak mencapai tahap kecemerlangan

dalam pendidikan. Dengan kesungguhan dan

iltizam serta pengorbanan samada dari pihak

pendidik dalam mendidik mahu pun pelajar

dalam belajar, kejayaan pasti akan dicapai

walau apa jua cabaran dan rintangan. Melalui

PDPR sejak bulan Mac 2020, pelbagai peranti,

perisian, kemahiran, strategi dan kaedah PdP

telah diteroka. Sudah pasti hingga kini, ramai

pendidik dan pelajar semakin mahir

menggunakan teknologi dalam PdP sesuai

norma baharu dunia pendidikan yang

menuntut kepelbagaian.


SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) adalah sijil yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK),

Kementerian Sumber Manusia bagi pelbagai bidang kemahiran.Persijilan ini menawarkan lima (5) tahap

iaitu : Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2, Sijil Kemahiran

Malaysia (SKM) Tahap 3, Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 dan Diploma Lanjutan Kemahiran

Malaysia (DLKM) Tahap 5. Setiap tahap dalam SKM ini menunjukkan pengiktirafan kebolehupayaan serta

tahap kemahiran seseorang dalam sesuatu bidang.

JPTV IPG Kampus pendidikan Teknik

telah terlibat dalam membimbing para

calon SKM sejak beberapa tahun yang

lalu. Dalam persekitaran kerja norma

baharu ketika ini akibat Pandemik

COVID-19, para pensyarah JPTV terus

menyumbang bakti dalam membimbing

calon-calon SKM.

Tahun 2021 ini menunjukkan seramai

205 calon yang terdiri daripada 181

calon SKM T3 dan 24 calon SKM T5

dalam pelbagai bidang. Sesi bimbingan

pendaftaranMYSPIKE dan pembangunan

Portfolio dilaksanakan melalui atas

talian secara Google Meet dan grup

Whatsapp.

Taklimat pendaftaran MYSPIKE dalam Sistem JPK & Bimbingan

pembangunan portfolio bidang Pertanian – 6 Jun 2021

Taklimat pendaftaran MYSPIKE dalam Sistem JPK & Bimbingan

pembangunan portfolio bidang teknologi Pengkomputeraan

6 Jun 2021

Bimbingan Portfolio melalui Google Meet

Bidang

Tarikh

Pembinaan

15 Julai

Automotif, Kimpalan, 16 Julai

Aircond, Pemesinan dan

Motosikal

Pertanian

17 Julai

Perdagangan

18 Julai

Teknologi

Pengkomputeran 23 Julai

Hospitaliti

22 Julai

Elektrik dan Elektronik


Calon SKM (guru-guru KV

dan PVMA) dalam bidang

Automotif, Kimpalan,

Aircond, Pemesinan dan

Motosikal dalam sesi

pembentangan portfolio –

16 Julai 2021

JPTV telah mengambil initiatif untuk memberi nilai tambah kepada para pelajar IPGKPT bidang

Reka Bentuk dan Teknologi (RBT). Bagi merealisasikan hasrat tersebut JPTV sedang merangka

pelan pelaksanaannya dengan kerjasama pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran. Para graduan

bidang RBT tidak sahaja memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perguruan tetapi juga akan mempunyai Sijil

Kemahiran Malaysia.

Mesyuarat bersama pihak

JPK bagi pelaksanaan

Bengkel Pemetaan NOSS

dan MK bagi SKM

pelajar IPGKPT pada

22 Jun 2021


Revolusi Industri 4.0

Revolusi Industri 4.0 dalam Pendidikan

• Artificial Intelligence – kandungan,

penyampaian dan kadar pembelajaran

mengikut keperluan khusus pelajar

• Cloud computing – menggunakan google

drive untuk tujuan menyimpan data dan

maklumat; semakan dokumen; audit;

perkongsian;

• Internet of Thing (IoT) – pelajar mencapai

bahan pembelajaran hingga saluran

komunikasi dengan lebih baik; guru mampu

menilai perkembangan pembelajaran pelajar

dalam real-time.

• Big Data – maklumat pelajar dianalisis

untuk melihat pencapaian, kemahiran,

tingkah laku dan rujukan majikan

• Augmented Reality (AR) – kandungan

pembelajaran visual secara digital agar PdP

lebih menarik dan berkesan

Deep Talk

https://www.youtube.com/watch?v=0kdpungUXdQ

Peranan pendidik dalam Revolusi

Industri 4.0

Pendidik perlu memiliki kompetensi:

• Penyelesaian masalah kompleks dalam bilik

darjah secara menyeluruh

• Pemikiran kritikal – sistematik,

menyeluruh, berstruktur, universal dan

radikal

• Kreativiti dalam pengajaran dan

pembelajaran

• Mengurus manusia – berupaya

menggerakkan pelajar untuk belajar sebagai

satu pasukan

• Koordinasi antara satu sama lain

• Kepintaran emosi – emosi diurus dengan

baik dalam persekitaran teknologi

• Pertimbangan dan pembuatan keputusan

• Orientasi perkhidmatan – memberi

perkhidmatan dengan lebih cekap

• Rundingan – komunikasi secara digital

• Cognitive Flexibile – kesedaran, keyakinan,

penyesuaian dalam persekitaran baru yang

serba kompleks


Objek Pembelajaran Digital (DLO)

Perkembangan teknologi banyak mengubah cara belajar di seluruh dunia menjadikan proses

pembelajaran semakin melangkaui ruang fizikal bilik darjah dan bersifat lebih global. Pedagogi dalam

era revolusi industri 4.0 ini memerlukan pengajaran yang sesuai dengan ciri-ciri pelajar kontemporari

iaitu self-navigator, social contractor, media critics and media maker, inovative designer and globally connected

citizen (Fullan, 2018).

Pembangunan objek pembelajaran digital (DLO)

merupakan satu initiatif yang sejajar dengan

persekitaran pengajaran dan pembelajaran global masa

kini. DLO yang digarap dengan elemen kapasiti

pembelajaran bermakna memungkinkan pelajar

memperoleh pengalaman yang berupaya mengubah

tingkah laku dan pemikiran bagi mencapai kompetensi

yang diperlukan oleh generasi abad 21 iaitu

kompetensi dalam komunikasi, kolaboratif, kritis,

kreatif, sahsiah dan warganegara.

shorturl.at/ctvJY

shorturl.at/ctyQ7

shorturl.at/byFHI

shorturl.at/mtyDT

shorturl.at/lqrsB


Penyelidikan dan Inovasi

Satu bengkel penulisan kertas cadangan penyelidikan

pendidikan telah diadakan pada 15 Jun 2021 bagi

menggalakkan para pensyarah JPTV melaksanakan kajian.

Penceramah jemputan adalah Dr Harwati Hashim,

pensyarah Pusat Kajian Inovasi Pembelajaran &

Pengajaran, Fakulti Pendidikan, UKM.

Sesi perbincangan berkaitan Inovasi

dengan pelajar PISMP RBT Sem 1

pada 30 Mei 2021

Halimatun Sa’adiah bt Harith

Ruba’ie bin Said

Azhar bin Hashim

Muhammad Fadzwan bin Junaidi

Projek: Tebape Stand For Tenaga Baharu Pertanian

Pencapaian: Silver Award

International Innovation ARSVOT Malaysia 2021

Tahniah!

Halimatun Sa’adiah bt Harith

Dr Romy bin Abd Kadir

Dr Baharudin bin Saleh

Muhammad Hamdi bin Ahmad Labib

Projek: Pictoblox in Teaching & Learning

Pencapaian: Bronze Award

International Innovation ARSVOT Malaysia 2021


Musang King

Durian Musang King yang nama asalnya Raja Kunyit

didaftarkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia sebagai

D197 pada tahun 1993. Baka durian ini berasal dari

Kelantan, Malaysia. Pohon induk asalnya tumbuh di

Pulau Raya, sebuah pulau tengah Sungai Kelantan

berdekatan dengan Pekan Tanah Merah. Masyarakat

Cina tempatan menggelarnya sebagai Mao Shan Wan

yang bermaksud raja kucing gunung iaitu merujuk

kepada bentuk isi durian yang mirip posisi seekor

kucing sedang tidur. Lama-kelamaan panggilan itu terus

melekat dan mula digunakan secara meluas sehingga

perkataan ‘mao shan ditukar kepada sebutan “Musang”.

Sementara itu, perkataan wang ditukar kepada “King”

sehingga dikenali sebagai Musang King hingga kini.

Dengan nama baru ini dan dengan peningkatan hasil dan

kualiti buah, akhirnya durian Musang King atau Raja

Kunyit menjadi begitu popular di rantau ini termasuk

Singapore, Hong Kong, Brunei, China dan Indonesia.

Unit Agro yang dipimpin oleh

En Khu Eian Chun bersama-sama

pelajar RBT telah melaksanakan

Projek Penyediaan Tapak Penanaman

Durian Musang King

Dipercayai induk

pokok Musang King di

Tanah Merah, Kelantan

yang berusia 200 tahun


Projek Keceriaan Bengkel Agro (Gazebo)

Unit Agro

Look deep into nature, and then you

will understand everything better.

—Albert Einstein

9


Pelibatan &

Perkhidmatan

Program: Ceramah Professional

Learning Community

(PLC) untuk guru-guru

SK Dusun Nanding

Tarikh: 13 2021

PIC: Pn. Shamsiah Md Nasir

Program: Pertemuan bersama

guru-guru SMK Taman

Sea, KJ PTV bertindak

sebagai pembimbing

dalam Kajian Tindakan

guru SMK Taman Sea

Tarikh: 1 Jun 2021

PIC: Ts. Dr. Romy Abd Kadir

Program: Perbincangan

bersama Majlis Guru

Besar berkaitan

pelaksanaan RBT dan

STEM di sekolah

rendah

Tarikh: 7 Jun 2021

PIC: Ts. Dr. Romy Abd Kadir

10


\

Program: Bersama guru-guru KV

Kerian dalam Pelaksanaan

Peperiksaan Teori dan Amali

Akhir bagi pelajar

Kolej Vokasional Kerian

Tarikh: 14 Jun 2021

PIC: Ts. Dr Romy Abd Kadir

Program: Perbincangan kerjasama

Jabatan PTV bersama

Tech Up dalam

pelaksanaan

pertandingan Robotik

dan STEM

Tarikh: 24 Jun 2021

PIC: Ts. Dr. Romy Abd Kadir

Program: Bersama guru-guru KV Shah

Alam dalam Pelaksanaan

Peperiksaan Teori dan Amali

Akhir bagi pelajar Kolej

Vokasional Shah Alam

Tarikh: 28 Jun 2021

PIC: Ts. Dr. Romy Abd Kadir

11


Program Kerjasama Antara Institut

Pendidikan Guru Kampus

Pendidikan Teknik (PGKPT) dan

Majlis Guru Besar (MGB) Bagi

Pelaksanaan RBT & STEM Di

Sekolah Rendah Daerah Seremban

29 Julai 2021

Objektif program:

• Memberi pendedahan kepada guru besar

berkaitan pelaksanaan RBT dan STEM

di sekolah rendah.

• Mengadakan sesi perbincangan berkaitan

permasalahan yang berlaku di sekolah

rendah berkaitan pelaksanaan RBT dan

STEM di sekolah rendah.

• Menyampaikan perkara berkaitan

pengurusan kewangan Perkapita Geran

(PCG) untuk pembelian bahan dan

peralatan RBT dan STEM.

• Menyampaikan perkara berkaitan

pengurusan bengkel bengkel RBT dari

segi penyusunan alat, keselamatan

12

bengkel dan pengurusan bengkel.


Tahniah !

Larian Maya IPGM

19 – 26 Mac 2021

13


Editor: Shamsiah binti Md Nasir

Terbitan: Jabatan Pendidikan Teknik & Vokasional

IPG Kampus Pendidikan Teknik

Bandar Enstek, Negeri Sembilan

14

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!