09.02.2021 Views

Asas Komputer Tingkatan 1

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Aktiviti Berfikir 3.7

Berkumpulan

Menyediakan pseudokod dan carta alir untuk mewakili algoritma

1. Sediakan carta alir dan pseudokod yang sesuai untuk mewakili algoritma dalam

Contoh 3.1. Gunakan struktur kawalan ulangan yang sesuai untuk mengulangi

Langkah 3 hingga Langkah 5.

2. Bentangkan carta alir dan pseudokod yang disediakan dalam kelas dengan

menggunakan perisian persembahan.

Contoh 3.2

Rajah di bawah menunjukkan satu pagar sesat (maze) bersamaan dengan satu robot kumbang

kura-kura. Bina satu algoritma untuk membantu satu robot kumbang kura-kura mencari jalan

keluar ke petak K. Pastikan algoritma anda boleh digunakan tanpa mengira di mana tempat

permulaan, misalnya di petak A atau B.

B

K

A

Tulis satu algoritma yang boleh membantu robot kumbang kura-kura bergerak dari kedudukan

A ke kedudukan K melalui petak-petak yang berwarna kuning.

Langkah 1 – Kenal pasti masalah

Membantu robot kumbang kura-kura bergerak dari kedudukan A atau B ke kedudukan K

melalui petak-petak kuning.

Langkah 2 – Data input

Tugas ini tidak mempunyai data input.

88

BAB 3 Algoritma

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!