09.02.2021 Views

Asas Komputer Tingkatan 1

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Struktur kawalan UNTUK (FOR)

Struktur kawalan ulangan UNTUK akan

melaksanakan satu langkah atau satu set

langkah berdasarkan pembilangan yang

telah ditetapkan. Rajah 3.16 menunjukkan

pseudokod dan Rajah 3.17 menunjukkan

carta alir bagi struktur kawalan UNTUK.

:

SETKAN pembilang kepada 1

UNTUK pembilang = 1 HINGGA n

LAKSANAKAN Tindakan

TAMBAH 1 kepada pembilang

:

Rajah 3.16 Pseudokod bagi struktur

kawalan UNTUK

Rajah 3.18 menunjukkan pseudokod

dan Rajah 3.19 menunjukkan carta alir

yang menggunakan struktur kawalan

UNTUK bagi satu contoh algoritma yang

melaungkan “Merdeka” sebanyak tiga kali.

Setkan pembilang kepada 1

Tidak

pembilang n?

Ya

Tindakan

Tambah nilai pembilang sebanyak 1

Rajah 3.17 Carta alir bagi struktur kawalan UNTUK

MULA

Berdiri tegak

Setkan nilai pembilang kepada 1

pembilang 3?

Tidak

MULA

BERDIRI tegak

SETKAN pembilang kepada 1

UNTUK pembilang = 1 HINGGA 3

LAUNGKAN “Merdeka”

TAMBAH 1 kepada pembilang

TAMAT

Rajah 3.18 Pseudokod bagi melaungkan

“Merdeka” sebanyak tiga kali

Ya

Laungkan “Merdeka”

Tambah nilai pembilang sebanyak 1

TAMAT

Rajah 3.19 Carta alir bagi melaungkan “Merdeka”

sebanyak tiga kali

Berdasarkan Rajah 3.18 dan Rajah 3.19, bahagian yang ditandakan jingga merupakan

satu struktur kawalan ulangan UNTUK. Perhatikan pembilang disetkan sebagai 1 di

bahagian atas gelung sebagai nilai permulaan. Nilai pembilang disemak untuk memastikan

syarat pembilang 3 dipenuhi. Jika syarat dipenuhi, tindakan laungkan “Merdeka” akan

dilaksanakan dan nilai pembilang ditambah sebanyak 1. Struktur kawalan ulangan berulang

semula dengan menyemak nilai pembilang. Proses ini berulang sehingga syarat tidak dipenuhi

iaitu nilai pembilang melebihi 3.

BAB 3 Algoritma

79

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!