09.02.2021 Views

Asas Komputer Tingkatan 1

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Aktiviti Berfikir 3.2

Individu

Melukis carta alir dan menulis pseudokod

Algoritma ini mengira komisen jualan bulanan yang diterima oleh seorang jurujual

komputer berdasarkan jadual komisen berikut:

Algoritma:

Jualan Bulanan (RM)

Komisen

50 000 dan ke atas 15% daripada jualan

40 000 dan ke atas tetapi kurang daripada 50 000 12% daripada jualan

30 000 dan ke atas tetapi kurang daripada 40 000 8% daripada jualan

20 000 dan ke atas tetapi kurang daripada 30 000 5% daripada jualan

Kurang daripada 20 000

3% daripada jualan

1. Masukkan jualan bulanan.

2. Jika jualan 50 000, setkan komisen kepada 15%

3. Jika jualan 40 000, setkan komisen kepada 12%

4. Jika jualan 30 000, setkan komisen kepada 8%

5. Jika jualan 20 000, setkan komisen kepada 5%

6. Jika jualan 20 000, setkan komisen kepada 3%

7. Kira komisen jualan × komisen ÷ 100

8. Paparkan komisen

Lukis carta alir dan tulis pseudokod untuk mewakili algoritma ini. Anda mesti menggunakan

struktur kawalan pelbagai pilihan dalam carta alir dan pseudokod anda.

Lawat laman sesawang ini

untuk mengetahui lebih

lanjut tentang struktur

kawalan UNTUK.

http://goo.gl/B1z8xC

78

BAB 3 Algoritma

3.1.2 Pseudokod dan Carta Alir yang

Melibatkan Struktur Kawalan Ulangan

Kebiasaannya, kita akan mendapati langkah-langkah algoritma

yang dilaksanakan perlu dilakukan secara berulang kali.

Bahagian algoritma yang mengandungi langkah-langkah yang

berulang dikenali sebagai gelung (loop). Setiap gelung ulangan

dipanggil lelaran (iteration).

Struktur kawalan ulangan ada pelbagai jenis bergantung

kepada cara pengulangan langkah dalam algoritma. Tiga jenis

struktur kawalan ulangan yang sering digunakan ialah struktur

kawalan UNTUK (FOR), SELAGI (WHILE) dan ULANG–

SEHINGGA (REPEAT–UNTIL).

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!