09.02.2021 Views

Asas Komputer Tingkatan 1

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Aktiviti Berfikir 3.1

Individu

Melukis carta alir dan menulis pseudokod

Mesin ATM menggunakan algoritma di bawah untuk menyemak akaun seorang pelanggan

dan memaklumkan sama ada baki dalam akaunnya mencukupi untuk membuat

pengeluaran wang yang dikehendaki.

1. Baca nombor akaun yang dimasukkan oleh pelanggan.

2. Baca jumlah wang yang hendak dikeluarkan oleh pelanggan.

3. Semak baki wang dalam akaun pelanggan.

4. Jika baki dalam akaun lebih besar daripada wang yang hendak dikeluarkan,

(a) paparkan mesej “Permintaan anda sedang diproses.”

(b) keluarkan jumlah wang yang dikehendaki.

5. Jika baki dalam akaun kurang atau sama dengan wang yang hendak

dikeluarkan, paparkan mesej “Wang dalam akaun tidak mencukupi.”

6. Tamat transaksi.

1. Lukis satu carta alir bagi mewakili algoritma ini.

2. Tulis satu pseudokod bagi algoritma ini.

Struktur kawalan pelbagai pilihan (multi selection)

Struktur kawalan pelbagai pilihan mengandungi lebih daripada dua set tindakan yang

berlainan sebagai pilihan untuk dilaksanakan. Set tindakan yang dilaksanakan bergantung

kepada pilihan syarat yang didapati benar. Rajah 3.12 dan Rajah 3.13 menunjukkan

pseudokod dan carta alir bagi struktur kawalan pelbagai pilihan.

Memenuhi

syarat 1?

Ya

Set tindakan A

:

:

JIKA memenuhi syarat 1

LAKSANAKAN Set tindakan A

JIKA memenuhi syarat 2

LAKSANAKAN Set tindakan B

JIKA memenuhi syarat 3

LAKSANAKAN Set tindakan C

JIKA TIDAK

LAKSANAKAN Set tindakan D

TAMAT JIKA

:

:

Tidak

Memenuhi

syarat 2?

Tidak

Memenuhi

syarat 3?

Tidak

Set tindakan D

Ya

Ya

Set tindakan B

Set tindakan C

Rajah 3.12 Pseudokod bagi struktur kawalan

pelbagai pilihan (melibatkan

empat pilihan)

76

BAB 3 Algoritma

Rajah 3.13 Carta alir bagi struktur kawalan

pelbagai pilihan (melibatkan

empat pilihan)

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!