09.02.2021 Views

Asas Komputer Tingkatan 1

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Rajah 3.6 menunjukkan pseudokod dan Rajah 3.7 menunjukkan carta alir satu struktur

kawalan pilihan tunggal yang terdapat dalam algoritma menguji kefungsian lampu.

:

:

JIKA plag tidak dipalam ke dalam soket

PALAMKAN plag ke dalam soket

TAMAT JIKA

:

:

Plag

dipalam ke

dalam soket?

Ya

Tidak

Palamkan

plag ke

dalam soket

Rajah 3.6 Pseudokod bagi satu struktur

kawalan pilihan tunggal

Rajah 3.7 Carta alir bagi satu struktur kawalan

pilihan tunggal

Struktur kawalan ini mempunyai satu pilihan tindakan untuk dilaksanakan sahaja, iaitu

palamkan plag ke dalam soket. Tindakan ini akan dilaksanakan jika syarat plag tidak dipalam

ke dalam soket didapati benar.

Minda

Kreatif

Tentukan struktur kawalan pilihan tunggal lain yang terdapat dalam algoritma bagi menguji

kefungsian lampu dalam Rajah 3.4 dan Rajah 3.5.

Perkataan YA membawa

maksud yang sama

dengan BENAR

manakala TIDAK

membawa maksud yang

sama dengan PALSU.

Struktur kawalan dwipilihan (double selection)

Dwipilihan bermaksud memilih di antara dua tindakan atau dua

set tindakan untuk dilaksanakan. Tindakan atau set tindakan

yang dilaksanakan bergantung kepada sama ada satu syarat

dipenuhi atau tidak.

Rajah 3.8 menunjukkan pseudokod dan Rajah 3.9 menunjukkan

carta alir untuk satu struktur kawalan dwipilihan. Jika syarat yang

diuji adalah benar maka set tindakan A akan dilaksanakan. Jika

palsu, maka set tindakan B akan dilaksanakan.

:

:

JIKA memenuhi syarat

LAKSANAKAN Set tindakan A

JIKA TIDAK

LAKSANAKAN Set tindakan B

TAMAT JIKA

:

:

Memenuhi

syarat?

Tidak

Set tindakan B

Ya

Set tindakan A

74

Rajah 3.8 Pseudokod bagi struktur

kawalan dwipilihan

BAB 3 Algoritma

Rajah 3.9 Carta alir bagi struktur kawalan

dwipilihan

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!