09.02.2021 Views

Asas Komputer Tingkatan 1

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Pseudokod

Pseudokod memerihalkan langkah-langkah algoritma dengan menggunakan ayat-ayat yang

ringkas dan padat. Bahasa Melayu atau bahasa Inggeris biasanya digunakan. Inden digunakan

secara meluas bagi memudahkan pembacaan suatu pseudokod. Rajah 3.5 menunjukkan

pseudokod bagi menguji kefungsian lampu dalam Rajah 3.1 di halaman 70.

MULA

SEMAK plag dipalam ke dalam soket

JIKA plag tidak dipalam ke dalam soket

PALAMKAN plag ke dalam soket

TAMAT JIKA

SEMAK suis soket dipasang

JIKA suis soket tidak dipasang

PASANG suis soket

TAMAT JIKA

PASANG suis lampu

JIKA lampu nyala

PADAM suis lampu

MELANGKAU ke TAMAT

TAMAT JIKA

SEMAK mentol terbakar

JIKA mentol terbakar

TUKAR mentol

JIKA TIDAK

BAIKI litar lampu

TAMAT JIKA

TAMAT

Rajah 3.5 Pseudokod bagi menguji kefungsian lampu

Dalam suatu algoritma,

perkataan MULA

menandakan permulaan

dan terletak di atas,

sementara perkataan

TAMAT yang terletak di

akhir sekali menandakan

akhirnya algoritma

tersebut. Setiap

algoritma hanya boleh

ada satu permulaan dan

satu penamat.

3.1.1 Pseudokod dan Carta Alir yang

Melibatkan Struktur Kawalan Pilihan

Struktur kawalan pilihan (selection control structure) ialah satu

langkah yang memecahkan aliran algoritma kepada dua atau

lebih cabang. Setiap cabang mengandungi set langkah yang

berlainan untuk dilaksanakan. Langkah yang dilaksanakan

bergantung kepada syarat-syarat tertentu. Struktur kawalan

pilihan terdiri daripada tiga jenis iaitu struktur kawalan pilihan

tunggal (single selection), dwipilihan (double selection) dan

pelbagai pilihan (multi selection).

Struktur kawalan pilihan tunggal (single selection)

Struktur kawalan pilihan tunggal hanya mempunyai satu

pilihan untuk melaksanakan satu set tindakan yang tertentu. Ini

bermakna, jika satu syarat yang diuji didapati BENAR maka satu

set tindakan akan dilaksanakan.

Layari laman sesawang

ini untuk maklumat

lanjut bagi struktur

kawalan pilihan.

http://goo.gl/AQ8ASy

BAB 3 Algoritma

73

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!