09.02.2021 Views

Asas Komputer Tingkatan 1

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

(c) Urutan langkah hendaklah dinyatakan dengan betul. Contoh algoritma berikut

menunjukkan kepentingan menulis dengan betul urutan langkah yang akan dilaksanakan.

Rajah 3.2 menunjukkan murid bersiap sedia ke sekolah menggunakan Algoritma 1.

Algoritma ini membolehkan murid berpakaian kemas untuk pergi ke sekolah.

Algoritma 1

1. Pakai baju sekolah.

2. Ikat tali leher.

3. Sikat rambut.

4. Pakai sarung kaki.

5. Pakai kasut sekolah.

Cuba Fikirkan

Apakah kesan jika

suatu algoritma

yang tidak jelas

dilaksanakan oleh

seorang manusia

ataupun oleh

sebuah komputer?

Rajah 3.2 Murid berpakaian kemas

Jika urutan langkah dalam algoritma diubahsuaikan seperti yang ditunjukkan dalam

Rajah 3.3, murid yang mengikuti algoritma ini akan kelihatan tidak kemas.

Algoritma 2

1. Ikat tali leher.

2. Pakai baju sekolah.

3. Sikat rambut.

4. Pakai kasut sekolah.

5. Pakai sarung kaki.

(d) Algoritma mesti mempunyai kesudahan tertentu dalam suatu tempoh masa. Dengan kata

lain, algoritma mesti menghasilkan output yang bermakna setelah satu set langkah telah

dilaksanakan dalam suatu tempoh tertentu.

Perwakilan algoritma

Rajah 3.3 Murid tidak berpakaian kemas

Algoritma boleh diwakili atau dibentuk dalam pelbagai cara. Lazimnya, algoritma yang

menunjukkan langkah-langkah sesuatu tugasan adalah seperti yang disenaraikan dalam

Rajah 3.1 hingga Rajah 3.3. Namun, penggunaan carta alir dan pseudokod lebih lazim

digunakan oleh pengatur cara.

BAB 3 Algoritma

71

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!