09.02.2021 Views

Asas Komputer Tingkatan 1

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Pada akhir pembelajaran,

murid boleh:

• menulis pseudokod

dan melukis carta alir

pelbagai pilihan dalam

penyelesaian masalah.

• menulis pseudokod dan

melukis carta alir yang

melibatkan ulangan.

• mengesan ralat

daripada pseudokod

dan carta alir dalam

penyelesaian masalah.

• menghasilkan

pseudokod dan carta

alir yang melibatkan

gabungan pelbagai

pilihan dan ulangan.

Cuba Fikirkan

Mengapakah resipi

makanan, panduan

atau arahan untuk

menjalankan aktiviti

kehidupan seharian

dalam halaman

68 dan 69 dikenali

sebagai algoritma?

3.1 Pembangunan Algoritma

Setiap masalah boleh diselesaikan dengan melaksanakan satu

siri tindakan mengikut urutan yang tertentu. Tatacara yang

menyatakan

• tindakan-tindakan yang perlu dilaksanakan dan

• urutan tindakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah

dikenali sebagai algoritma.

Algoritma dalam pengaturcaraan komputer menyatakan

dengan jelas urutan langkah atau tindakan yang perlu dilaksanakan

oleh komputer agar dapat memperoleh output yang diingini.

Perkara-perkara penting semasa menulis algoritma

Semasa pembangunan algoritma, perkara-perkara penting yang

berikut harus dipenuhi:

(a) Langkah-langkah dalam algoritma biasanya ditulis dalam

bahasa yang difahami oleh manusia seperti bahasa Melayu,

bahasa Inggeris atau bahasa tabii manusia lain. Rajah 3.1

menunjukkan algoritma menguji kefungsian sebuah lampu.

Setiap langkah dinyatakan dalam bahasa Melayu yang

mudah difahami.

1. Semak sama ada plag dipalam ke dalam soket.

Jika tidak, palamkan plag ke dalam soket.

2. Semak sama ada suis soket dipasang. Jika tidak,

pasang suis soket.

3. Pasang suis lampu.

4. Jika lampu menyala, padam suis lampu dan

melangkau ke Langkah 7.

5. Jika tidak menyala, semak sama ada mentol terbakar.

Jika mentol terbakar, tukar mentol baharu.

6. Jika tidak terbakar, baiki litar lampu.

7. Selesai.

Rajah 3.1 Algoritma menguji kefungsian lampu

(b) Setiap langkah yang perlu dilaksanakan mesti dihuraikan

dengan jelas. Misalnya, langkah yang menyatakan “pilih

satu nombor yang besar” adalah kurang jelas. Pernyataan

yang lebih baik ialah “pilih satu nombor yang lebih besar

daripada 1000”.

70

BAB 3 Algoritma

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!