09.02.2021 Views

Asas Komputer Tingkatan 1

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Contoh 2.15

Kirakan saiz maksimum fail audio jika maklumat berikut diberikan. Kemudian, kirakan saiz

fail audio dalam unit bit, bait, kilobait, megabait, gigabait dan terabait.

Kedalaman bit = 16 bit (2 bait)

Saluran = Stereo (2 saluran)

Kadar sampel = 192 KHz

Durasi audio = 46 minit

Kadar sampel = 192 000 sampel sesaat

Durasi audio = 46 × 60 = 2760 saat

Saiz fail audio = 192 000 × 2 × 2 × 2760

= 2 119 680 000 bait

Saiz fail audio dalam unit bit, bait, kilobait, megabait, gigabait dan terabait.

Dalam bit 2 119 680 000 × 8 = 1.6957 × 10 10 bit

Dalam kilobait 2 119 680 000 ÷ 1024 = 2 070 000 kilobait

Dalam megabait 2 070 000 ÷ 1024 = 2 021.48 megabait

Dalam gigabait 2 021.48 ÷ 1024 = 1.974 gigabait

Dalam terabait 1.974 ÷ 1024 = 0.00193 terabait

Aktiviti Berfikir 2.15

Berkumpulan

Pembentangan poster dalam kelas

1. Bentukkan kumpulan yang akan mengumpulkan fail imej digital dan kumpulan yang

akan mengumpulkan fail audio digital daripada pelbagai sumber.

2. Kumpulan yang ditugaskan untuk mengumpulkan fail imej digital perlu mendapatkan

maklumat berikut:

(a) Nama fail

(b) Resolusi (dpi)

(c) Dimensi (piksel)

(d) Kedalaman bit (bit)

(e) Saiz fail

3. Kumpulan yang ditugaskan untuk mengumpulkan fail audio digital perlu mendapatkan

maklumat berikut:

(a) Nama fail

(d) Kadar sampel (Hz)

(b) Tempoh (saat)

(e) Saluran

(c) Kedalaman bit (bit)

(f) Saiz fail

4. Kesemua kumpulan diminta untuk menyediakan pembentangan dalam bentuk

lembaran grafik yang sesuai.

5. Hasil kerja lembaran grafik yang disediakan ditampal di dalam kelas. Seorang ketua

dilantik untuk memberikan penerangan hasil pembentangan kumpulan.

6. Kemudian, semua murid boleh bergerak untuk melihat hasil kerja dan bertanya tentang

hasil kerja kumpulan lain.

BAB 2

Perwakilan Data

63

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!