09.02.2021 Views

Asas Komputer Tingkatan 1

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Aktiviti Berfikir 2.14

Berkumpulan

Think-Pair-Share

Lakukan aktiviti ini secara berpasangan. Setiap murid perlu mendapatkan koleksi fail imej

digital pelbagai julat saiz daripada pelbagai sumber seperti yang ditunjukkan di bawah.

Tukarkan saiz fail-fail tersebut dalam unit yang berbeza. Bincangkan bersama-sama

pasangan anda tentang hasil dapatan tersebut.

Saiz Imej

0 – 8 bit

1 bait – 1024 bait

1 kilobait – 1024 kilobait

1 megabait – 1024 megabait

1 gigabait – 1024 gigabait

Nama fail

Saiz dalam

bait kilobait megabait gigabait terabait

Saiz fail audio digital

Saiz sesuatu audio digital bergantung kepada pelbagai faktor seperti kadar sampel,

kedalaman bit, bilangan saluran (mono atau stereo) dan durasi. Saiznya boleh dikira dengan

menggunakan rumus berikut:

Saiz fail

audio

=

Kadar sampel

(Hz)

×

Kedalaman

bit (bait)

×

Bilangan saluran

(mono = 1, stereo = 2)

×

Durasi

audio (saat)

Jadual 2.16 menunjukkan saiz bagi seminit audio digital apabila dirakamkan pada

beberapa penetapan kadar sampel, kedalaman bit, dan bilangan saluran yang berlainan.

Jadual 2.16 Perbandingan saiz seminit audio digital dengan kadar sampel, kedalaman bit dan durasi

Penetapan untuk

rakaman audio

berkualiti

Kadar

sampel (Hz)

Kedalaman

bit

(bait)

Bilangan

saluran

mono = 1,

stereo = 2

Durasi

(saat)

Saiz audio

seminit

(bait)

Suara manusia 22 050 1 1 60 1 323 000

CD 44 100 2 2 60 10 584 000

DVD 48 000 2 2 60 11 520 000

DVD-audio 48 000 3 2 60 17 280 000

Blu-ray, BWF 96 000 3 2 60 34 560 000

Blu-ray 192 000 3 2 60 69 120 000

* BWF (singkatan untuk Broadcast Wave Format) digunakan dalam industri penyiaran.

62

BAB 2

Perwakilan Data

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!