09.02.2021 Views

Asas Komputer Tingkatan 1

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Aktiviti Berfikir 2.13

Berkumpulan

Muat turun sekurang-kurangnya 10 fail audio daripada Internet. Dapatkan maklumat

seperti yang tercatat dalam jadual berikut:

A B C D E F G H I

Nama

fail

Kadar

sampel

(Hz)

Kedalaman

bit

(bait)

Saluran

(mono=1,

stereo=2)

Kadar

bit

(bps)

Panjang

audio

(saat)

Saiz

fail

(bait)

B × C × D

D × E

1. Bandingkan nilai pada lajur E dan lajur H. Apakah pemerhatian yang anda peroleh?

Apakah kesimpulan yang dapat anda buat tentang perkaitan antara E dan H?

2. Bandingkan nilai pada lajur G dan lajur I. Apakah pemerhatian yang anda peroleh?

Apakah kesimpulan yang dapat anda buat tentang perkaitan antara G dan I?

2.2.5 Saiz Fail dan Kualiti untuk Audio yang

Sama dalam Pelbagai Format Fail

Audio digital boleh disimpan dalam pelbagai format fail. Contoh

format fail audio yang popular digunakan ialah WAVE, MP3 dan

MIDI. Format-format fail audio yang berbeza ini menggunakan

teknik yang berlainan untuk menyimpan data audio. Teknik

yang digunakan untuk pemampatan akan mempengaruhi kualiti

audio dan saiz fail audio. Ini disebabkan, sesetengah teknik akan

membuang sebahagian data audio semasa pemampatan.

WAVE

WAVE juga dikenali sebagai WAV berasal daripada singkatan

Waveform Audio File Format. Format ini dibangunkan oleh

Microsoft dan IBM untuk komputer peribadi. Data audio dalam

fail WAV adalah dalam bentuk tidak mampat (uncompressed).

Oleh itu, saiz fail WAV lebih cenderung menjadi besar. Semakin

tinggi kualiti audio yang tersimpan, maka semakin besar saiz fail

tersebut. Format WAV biasanya digunakan untuk menyimpan

audio digital yang dirakam dengan kualiti yang tinggi, iaitu pada

kadar sampel yang tinggi dan kedalaman bit yang tinggi. Oleh

yang demikian, saiz fail WAV adalah besar dan berkualiti tinggi.

Rajah 2.15 menunjukkan bentuk runut (track) satu audio digital

berformat WAV yang dipaparkan oleh aplikasi audio seperti

Audacity 2.1.2.

Layari laman sesawang ini

untuk maklumat lebih lanjut

tentang format-format

audio digital.

https://goo.gl/yype96

Layari laman sesawang

berikut untuk mengetahui

sejarah ringkas tentang

perkembangan format

audio yang berlainan.

http://goo.gl/ZVs5Vi

BAB 2

Perwakilan Data

55

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!