09.02.2021 Views

Asas Komputer Tingkatan 1

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

2.2.4 Perhubungan antara Saiz Audio dengan

Kadar Kedalaman Bit (bit depth)

Kadar kedalaman bit bagi sesuatu audio digital bermaksud

jumlah bilangan bit (0 dan 1) yang digunakan untuk mewakili

setiap saat masa main balik (play back time) audio itu. Kadar

kedalaman bit juga memberitahu kita tentang jumlah bilangan

bit yang diproseskan bagi setiap saat audio itu dimain balik.

Kadar kedalaman bit biasanya diukur dalam bit per saat

(bps). Kadar kedalaman bit dikira menggunakan rumus berikut:

Kadar

bit

=

Kadar sampel

(Hz)

×

Kedalaman bit

(bit)

× Saluran

Saluran audio terdiri daripada dua jenis iaitu audio mono

dan audio stereo. Audio mono dikeluarkan melalui satu saluran

audio sahaja manakala audio stereo dikeluarkan melalui dua

saluran audio.

Layari laman sesawang

berikut untuk muat

turun aplikasi Audacity

2.1.2 atau versi terkini.

(penerangan dalam

buku ini menggunakan

versi 2.1.2)

http://www.audacity

team.org

R

Audio mono

(satu saluran audio)

Audio stereo

(dua saluran audio)

Saluran

kanan

Saluran

kiri

Satu

saluran

Rajah 2.14 Saluran audio mono dan stereo

R

L

L

Petunjuk:

R: Kanan

L: Kiri

Cuba Fikirkan

Bagaimanakah

kadar kedalaman bit

mempengaruhi saiz

audio? Anda perlu

menggunakan aplikasi

penyunting audio

seperti Audacity 2.1.2

untuk menjalankan

penyiasatan ini.

Contoh 2.13

Satu fail audio mempunyai kadar sampel 44 100 Hz, kedalaman 16 bit dan dua saluran

audio. Apakah kadar kedalaman bit bagi fail audio ini?

Kadar kedalaman bit

= 44 100 × 16 × 2

= 1 411 200 bit per saat

= 1 411.2 kbps

BAB 2

Perwakilan Data

53

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!