09.02.2021 Views

Asas Komputer Tingkatan 1

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Aktiviti Berfikir 2.12

Berkumpulan

Kegunaan pelbagai format fail imej dan saiz imej yang berlainan

1. Kumpulkan maklumat tentang

(a) kegunaan imej yang wujud dalam format fail yang berlainan.

(b) kegunaan imej berdasarkan saiz fail yang berlainan.

2. Tunjukkan contoh imej dalam persembahan anda.

3. Bentangkan hasil kerja kumpulan anda dengan bantuan perisian persembahan.

Layari laman sesawang

berikut untuk tutorial

menggunakan IrfanView

32 bit.

https://goo.gl/z2K7gU

JPG

MP3

50

Praktis Aplikasi 2.2

BAB 2

Perwakilan Data

2.2.3 Perkaitan antara Kualiti, Saiz, Kedalaman

Warna (colour depth) dan Resolusi Imej

Kualiti dan saiz imej dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti

kedalaman warna, resolusi dan dimensi imej. Pada umumnya,

lebih tinggi resolusi, dimensi dan kedalaman bit warna maka

lebih tinggi keperincian sesuatu imej. Ini memberi kesan kepada

imej yang jelas, tajam dan menarik.

Saiz imej juga bergantung kepada faktor-faktor resolusi,

dimensi dan kedalaman bit warna. Lebih tinggi resolusi dan

dimensi maka lebih banyak piksel digunakan untuk membentuk

imej. Lebih banyak piksel bermaksud lebih banyak bit dan bait

diperlukan untuk menyimpan maklumat tentang piksel-piksel

dalam imej. Ini menyebabkan saiz imej menjadi besar.

Demikian juga, lebih tinggi kedalaman bit warna sesuatu

imej, semakin tinggi piksel per bit (ppb) imej tersebut. Lebih

banyak bit dan bait diperlukan untuk menyimpan maklumat

piksel-piksel imej maka saiz imej akan menjadi besar.

Praktis Aplikasi 2.2, 2.3 dan 2.4 akan menunjukkan bahawa kualiti dan saiz fail suatu

imej berubah apabila resolusi, dimensi dan kedalaman warna imej tersebut berubah.

Membandingkan saiz fail imej yang sama tetapi berlainan resolusi

1. Lancarkan perisian aplikasi IrfanView 32 bit.

2. Buka satu fail imej.

3. Klik Image > Resize/Resample…

4. Tukar resolusi imej kepada DPI = 300.

Simpan imej baharu dengan nama yang sesuai.

5. Buka fail imej asal, ulangi langkah 3 dan

langkah 4 dengan menukarkan resolusi imej

masing-masing kepada:

DPI = 100

DPI = 72

DPI = 9

Tukarkan DPI

imej di sini

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!