09.02.2021 Views

Asas Komputer Tingkatan 1

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Layari laman-laman

sesawang yang berikut

untuk maklumat lanjut

tentang audio digital.

Aktiviti Berfikir 2.11

Individu

Rajah di bawah menunjukkan gelombang audio analog,

gelombang audio digital kualiti CD dan gelombang audio

digital kualiti DVD. Bandingkan kualiti ketiga-tiga gelombang

bunyi yang dihasilkan. Berikan sebab bagi jawapan anda.

http://goo.gl/bmYJox

Petunjuk:

Audio analog

Audio digital CD

Audio digital DVD

http://goo.gl/BZGWP9

2.2.2 Perkaitan Saiz Fail Imej dengan Format Fail

Imej digital boleh disimpan dalam pelbagai format fail. Setiap jenis format fail mempunyai

pelbagai kegunaan. Format yang dipilih untuk menyimpan sesuatu imej digital bergantung

kepada kegunaannya. Jadual 2.14 menunjukkan empat contoh format fail imej digital yang

biasa digunakan.

Jadual 2.14 Jenis fail imej dan kegunaannya

Jenis fail

Joint

Photographic

Experts Group

(JPEG)

Graphics

Interchange

Format

(GIF)

Bitmap

(BMP)

Tagged Image

File Format

(TIFF)

Kegunaan

Banyak digunakan untuk menyimpan imej digital. Sesuai untuk imej yang

mempunyai bilangan warna antara 256 hingga 16 juta warna seperti gambar foto

digital. Data imej dimampatkan untuk mengurangkan saiz fail. Saiz fail yang lebih

kecil membolehkan muat turun dari Internet dengan cepat. Walau bagaimanapun,

pemampatan mengurangkan kualiti imej. Format ini lazim digunakan di Internet

dan kamera digital berkualiti rendah.

Banyak digunakan di Internet. Format GIF sesuai digunakan untuk imej yang

mempunyai jumlah warna sehingga 256 warna. Lazimnya format ini digunakan untuk

lukisan dan kartun yang mudah. GIF juga merupakan satu format mampatan. GIF

menyokong animasi dengan membenarkan beberapa imej disimpan dalam satu fail.

Format ini sesuai untuk imej yang mempunyai bilangan warna antara 256 hingga

16 juta warna. Data imej tidak boleh dimampatkan, maka saiz fail adalah besar.

Oleh itu, imej dalam format ini adalah berkualiti tinggi.

Banyak digunakan dalam industri percetakan dan penerbitan atas meja. Format ini

sesuai untuk imej yang mempunyai bilangan warna sehingga 16 juta warna. Fail

imej boleh dimampatkan tanpa menjejaskan kualiti.

48

BAB 2

Perwakilan Data

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!