09.02.2021 Views

Asas Komputer Tingkatan 1

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Unit ukuran bagi audio digital

Audio digital bermaksud isyarat bunyi yang ditukarkan kepada nombor perduaan dan disimpan

dalam bentuk pola-pola bit. Kualiti sesuatu audio digital bergantung kepada kadar sampel dan

kedalaman bit audio yang digunakan untuk merakam atau mendigitalkannya.

(a) Kadar sampel

Kadar sampel ialah bilangan sampel sesaat yang diambil oleh alat analog-to-digital converter

(ADC) semasa melakukan pendigitalan sesuatu audio analog. Unit bagi kadar sampel ialah

hertz (Hz). 1 Hz bermaksud 1 sampel sesaat. Semakin banyak bilangan sampel yang diambil

dan direkodkan dalam satu saat, semakin tepat dan berkualiti suatu audio digital yang

dihasilkan. Rajah 2.12 menunjukkan kadar sampel mempengaruhi audio digital.

(a) Bentuk gelombang audio digital yang kurang tepat apabila kadar

sampel untuk audio analog adalah rendah

(b) Bentuk gelombang audio digital yang hampir tepat apabila kadar

sampel untuk audio analog adalah tinggi

(c) Bentuk gelombang audio digital yang hampir sempurna apabila kadar

sampel untuk audio analog adalah sangat tinggi

Rajah 2.12 Kadar sampel mempengaruhi isyarat digital

Berdasarkan Rajah 2.12, semakin banyak bilangan sampel, semakin tepat bentuk gelombang

audio digital yang terhasil semasa proses persampelan. Ia akan menghasilkan audio digital

yang berkualiti tinggi.

Kualiti kadar sampel audio yang dihasilkan bergantung kepada keperluan penggunanya.

Rangkaian telefon boleh menggunakan kadar sampel serendah 8 kHz. Pada kadar 8 kHz, suara

manusia masih boleh didengar dengan jelas tetapi muzik pada kadar sampel ini mempunyai

kualiti yang rendah. Jadual 2.11 menunjukkan penggunaan kadar sampel yang berbeza bagi

audio digital.

BAB 2 Perwakilan Data

45

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!