09.02.2021 Views

Asas Komputer Tingkatan 1

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Lihat Rajah 2.7 hingga Rajah 2.11 yang menunjukkan perbezaan kualiti imej berdasarkan

kedalaman bit warna yang berlainan.

Rajah 2.7 menunjukkan gambar foto dengan kedalaman

warna 1 bit. Gambar foto ini menggunakan dua warna. Setiap

piksel menggunakan satu bit untuk mewakili warna.

Rajah 2.7

Kod binari: 0

Kod binari: 1

Warna Putih

Warna Hitam

Rajah 2.8

Rajah 2.8 menunjukkan gambar foto dengan kedalaman

warna 2 bit. Gambar foto ini menggunakan empat warna.

Setiap piksel menggunakan dua bit untuk mewakili warna.

Kod binari: 00

Kod binari: 01

Kod binari: 10

Kod binari: 11

Warna Putih

Warna Kelabu cerah

Warna Kelabu gelap

Warna Hitam

Rajah 2.9

Rajah 2.9 menunjukkan gambar foto dengan kedalaman

warna 3 bit. Gambar foto ini menggunakan lapan warna.

Setiap piksel menggunakan tiga bit untuk mewakili warna.

Gambar foto ini menggunakan lapan kod binari iaitu 000, 001,

010, 011, 100, 101, 110 dan 111.

Rajah 2.10 menunjukkan gambar foto dengan kedalaman

warna 8 bit. Gambar foto ini menggunakan 256 warna. Setiap

piksel menggunakan lapan bit untuk mewakili warna.

Rajah 2.10

Gambar foto ini menggunakan 256 kod binari daripada

00000000 hingga 11111111.

Rajah 2.11 menunjukkan gambar foto dengan kedalaman

warna 24 bit. Gambar foto ini menggunakan 16 777 216 warna.

Setiap piksel menggunakan 24 bit untuk mewakili warna.

Rajah 2.11

Gambar foto ini menggunakan 16 777 216 kod binari daripada

000000000000000000000000 hingga 111111111111111111111111.

BAB 2

Perwakilan Data

43

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!