09.02.2021 Views

Asas Komputer Tingkatan 1

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

(c) Kedalaman bit warna

Kedalaman bit warna atau kedalaman warna bermaksud bilangan bit 0 dan 1 yang digunakan

untuk menandakan satu warna yang tertentu dalam sesuatu imej digital. Lebih banyak bit

yang digunakan, maka lebih tinggi kedalaman bit warna.

Sebagai contoh, sesuatu imej hitam dan putih mengandungi dua warna sahaja iaitu

hitam dan putih. Dua kod binari sudah mencukupi untuk mewakili dua warna ini, iaitu 0

untuk mewakili warna putih dan 1 untuk mewakili warna hitam seperti yang ditunjukkan

dalam Jadual 2.8.

Jadual 2.8 Dua binari untuk imej hitam dan putih

Kod binari

Warna

0 Putih

1 Hitam

42

BAB 2 Perwakilan Data

Perkataan “binari” bermaksud perduaan.

1 bit bermaksud satu digit binari.

Kod binari yang mengandungi satu digit dikenali sebagai kod binari 1 bit. Imej hitam

dan putih yang menggunakan dua kod binari 1 bit untuk mewakili warnanya dikatakan

mempunyai kedalaman warna 1 bit.

Andaikan sesuatu imej skala kelabu yang

menggunakan empat warna iaitu putih, kelabu

cerah, kelabu gelap dan hitam. Empat kod binari

diperlukan untuk mewakili empat warna ini iaitu 00

untuk warna putih, 01 untuk kelabu cerah, 10 untuk

kelabu gelap dan 11 untuk warna hitam seperti

dalam Jadual 2.9.

Kod binari yang mengandungi dua digit dikenali sebagai kod binari 2 bit. Imej yang

menggunakan empat kod binari 2 bit untuk mewakili warnanya dikatakan mempunyai

kedalaman warna 2 bit.

Kedalaman bit

warna

Jadual 2.10 Kedalaman bit warna dan bilangan warna bagi imej

Pengiraan

Jadual 2.9 Empat kod binari untuk imej

skala kelabu

Kod binari Warna

00 Putih

01 Kelabu cerah

10 Kelabu gelap

11 Hitam

Bilangan warna yang

boleh diwakili

1 bit 2 1 = 2 2

2 bit 2 2 = 2 × 2 4

3 bit 2 3 = 2 × 2 × 2 8

4 bit 2 4 = 2 × 2 × 2 × 2 16

8 bit 2 8 = 2 × 2 × 2 × 2 × 2 × 2 × 2 × 2 256

16 bit

2 16 = 2 × 2 × 2 × 2 × 2 × 2 × 2 × 2 × 2 × 2 × 2 ×

2 × 2 × 2 × 2 × 2

65 536

24 bit

2 24 = 2 × 2 × 2 × 2 × 2 × 2 × 2 × 2 × 2 × 2 × 2 ×

2 × 2 × 2 × 2 × 2 × 2 × 2 × 2 × 2 × 2 × 2 × 2 × 2

16 777 216

Jadual 2.10 menunjukkan bahawa imej yang menggunakan lebih banyak warna

memerlukan lebih banyak kod binari untuk mewakili setiap warna tersebut. Ini hanya dapat

dicapai dengan menggunakan lebih banyak bit dalam bentuk kod warna. Lebih banyak

bilangan warna dalam sesuatu imej, maka lebih tinggi kedalaman bit warna.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!