09.02.2021 Views

Asas Komputer Tingkatan 1

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Layari laman sesawang

berikut untuk maklumat

lanjut tentang resolusi

imej digital.

http://goo.gl/iycRHX

Unit ukuran bagi imej digital

Imej digital berbeza dari segi saiz dan kualiti seperti kejelasan,

ketajaman dan bilangan warna yang digunakan. Tiga jenis ukuran

yang lazim digunakan untuk membezakan dan mengukur saiz

serta kualiti imej digital ialah resolusi, dimensi dan kedalaman

bit warna.

(a) Resolusi

Imej digital yang dipaparkan pada monitor komputer terdiri

daripada bintik-bintik kecil yang dikenali sebagai piksel. Piksel

ialah elemen yang terkecil untuk paparan imej pada skrin atau

dalam bentuk cetakan. Satu imej fail terdiri daripada banyak piksel.

Resolusi memerihalkan ketajaman dan kejelasan sesuatu imej.

Resolusi sesuatu imej ialah bilangan piksel yang terdapat

pada imej tersebut. Resolusi diukur berdasarkan bilangan piksel

dalam unit dpi (dots per inch). Sekiranya suatu imej mempunyai

resolusi 72 dpi, maka setiap satu inci grid imej mengandungi

72 piksel lebar dan 72 piksel tinggi iaitu 72 × 72 = 5184 piksel

seinci persegi. Rajah 2.4 menunjukkan paparan satu imej digital

yang mempunyai dpi dan resolusi yang berlainan.

Selain dpi, dimensi

juga boleh digunakan

untuk menentukan

resolusi imej. Misalnya,

satu imej 1920 × 1080

mempunyai resolusi

yang lebih tinggi

daripada imej

1280 × 720.

(a) 3 dpi (b) 9 dpi (c) 24 dpi

(d) 72 dpi (e) 100 dpi (f) 300 dpi

Rajah 2.4 Contoh imej yang sama dalam resolusi yang berlainan

Lazimnya, imej digital yang mempunyai resolusi 72 dpi

adalah mencukupi untuk tujuan paparan pada skrin, manakala

resolusi 300 dpi diperlukan untuk cetakan.

Imej digital hitam putih, diwakili

oleh piksel berwarna hitam atau

putih. Dalam nombor perduaan, putih

diwakili digit 0 dan hitam diwakili

digit 1. Saiz untuk setiap piksel ialah

1 bit.

0 0 1 0 0 1 0 0

0 0 1 1 1 1 0 0

0 0 0 1 1 0 0 0

1 1 1 1 1 1 1 1

1 0 1 1 1 1 0 1

1 0 1 1 1 1 0 1

0 0 1 0 0 1 0 0

0 1 1 0 0 1 1 0

40

BAB 2

Perwakilan Data

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!