09.02.2021 Views

Asas Komputer Tingkatan 1

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

2.2 Ukuran Data

Imej digital ialah gambar yang dirakam dan disimpan dalam

bentuk pola-pola bit (0 dan 1). Kamera digital secara automatik

merakam dan menyimpan gambar foto sebagai imej digital.

Demikian juga pengimbas mengimbas gambar bercetak dan

merakamnya dalam bentuk digital. Imej digital boleh digunakan

dengan pelbagai cara. Ia boleh dipaparkan pada skrin komputer,

dicetak, dihantar secara elektronik melalui e-mel dan telefon

bimbit, dan disuntingkan dengan perisian komputer yang sesuai.

Imej digital disimpan secara elektronik dalam media seperti

cakera keras, pemacu kilat, CD, DVD dan pita magnetik.

Audio digital ialah isyarat bunyi yang telah ditukar kepada

nombor perduaan dan disimpan dalam bentuk pola-pola bit.

Audio digital juga boleh dihantar secara elektronik melalui

e-mel dan telefon bimbit, dan boleh disunting dengan perisian

penyuntingan audio.

Cuba Fikirkan

Imej dan audio yang disimpan secara digital mempunyai kualiti

yang berbeza. Apakah ukuran-ukuran yang digunakan bagi

membezakan kualiti imej dan audio digital ini?

2.2.1 Unit Ukuran bagi Imej Digital dan

Audio Digital

Sesuatu imej digital dan audio digital mempunyai beberapa

sifat yang dipanggil atribut. Atribut-atribut bagi imej ialah

resolusi, dimensi dan kedalaman warna. Setiap jenis atribut imej

mempunyai unit ukuran masing-masing.

Atribut bagi audio termasuk kadar sampel dan kedalaman

bit. Setiap jenis atribut audio juga mempunyai unit ukuran

masing-masing.

Jika sesuatu imej digital diperbesar dengan menggunakan

perisian penyunting grafik, anda akan dapati imej tersebut

terbentuk daripada bintik-bintik kecil. Setiap bintik kecil

ini dikenali sebagai piksel (pixel). Warna bagi setiap piksel

ditentukan oleh pola bit yang terdiri daripada 0 dan 1. Bilangan

bit maklumat yang disimpan bagi setiap piksel dipanggil piksel

per bit (bit per pixel).

Pada akhir pembelajaran,

murid boleh:

• mengenal pasti unit

ukuran bagi imej digital

dan audio digital.

• membanding saiz fail

imej yang sama dalam

pelbagai format melalui

tunjuk cara:

P Bitmap (*.bmp)

P Joint Photographic

Experts Group

(*.jpeg)

P Tagged Image File

Format (*.tiff)

P Graphics Interchange

Format (*.gif)

• membandingkan

kualiti dan saiz imej

apabila kedalaman

warna (colour depth)

dan resolusi bagi imej

dikurangkan.

• menghubung kait saiz

audio dengan kadar

kedalaman bit (bit

depth) bagi audio.

• membandingkan saiz

fail dan kualiti untuk

audio yang sama bagi

format yang berlainan

melalui tunjuk cara

P wave (*.wav)

P MPEG Layer III

(*.mp3)

P midi (*.mid)

• menghasilkan

penukaran saiz data

dari bit ke bait, kilobait,

megabait, gigabait dan

terabait bagi fail audio

dan imej.

BAB 2

Perwakilan Data

39

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!