09.02.2021 Views

Asas Komputer Tingkatan 1

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Kod ASCII menggunakan nombor perduaan untuk mewakili

setiap aksara. Kod ini mempunyai 128 aksara dan mencukupi

untuk penggunaan bahasa Inggeris. Kod ASCII digunakan oleh

kebanyakan sistem komputer pada hari ini.

Rajah 2.3 menunjukkan penerimaan aksara dalam bentuk

kod ASCII oleh pemproses komputer dan pemaparan aksara

pada skrin komputer.

Layari laman sesawang

berikut untuk maklumat

lanjut tentang kod ASCII.

Selain kod ASCII, terdapat kod-kod lain yang diguna khas untuk bahasa

lain seperti bahasa Cina dan bahasa Jepun. Hal ini disebabkan setiap

bahasa mempunyai aksara khas masing-masing.

http://goo.gl/YVU36j

A = 01000001

Huruf

Nombor perduaan

Apabila aksara “A” pada papan kekunci

ditekan, kod ASCII 01000001 akan dihantar

kepada unit pemprosesan komputer. Huruf

“A” akan terpapar pada skrin komputer.

a = 01100001

Huruf

Nombor perduaan

Apabila aksara “a” pada papan kekunci

ditekan, kod ASCII 01100001 akan dihantar

kepada unit pemprosesan komputer. Huruf

“a” akan terpapar pada skrin komputer.

5 = 00110101

Angka

Nombor perduaan

Apabila aksara “5” pada papan kekunci

ditekan, kod ASCII 00110101 akan dihantar

kepada unit pemprosesan komputer. Angka

“5” akan terpapar pada skrin komputer.

@ = 01000000

Simbol

Nombor perduaan

Apabila aksara “@” pada papan kekunci

ditekan, kod ASCII 01000000 akan dihantar

kepada unit pemprosesan komputer. Simbol

“@” akan terpapar pada skrin komputer.

Rajah 2.3 Unit pemprosesan mentafsir kod ASCII yang mewakili aksara

34

BAB 2

Perwakilan Data

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!