09.02.2021 Views

Asas Komputer Tingkatan 1

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Aktiviti Berfikir 2.4

Individu

Penyelesaian masalah

1. Tukarkan nombor-nombor perduaan yang berikut kepada nombor perpuluhan.

(a) 10010101 (c) 11111010

(b) 10101010 (d) 11000110

2. Tukarkan nombor-nombor perpuluhan yang berikut kepada nombor perduaan dengan

menggunakan kaedah bahagi dengan 2 dan gunakan bakinya, dan kaedah ambil

daripada baki.

(a) 75 (c) 101

(b) 99 (d) 152

Aktiviti Lanjutan 2.2

Mari bermain permainan interaktif

Layari laman sesawang berikut yang menunjukkan

permainan tentang penukaran antara nombor

perpuluhan dan nombor perduaan. Cabar diri anda

tanpa menggunakan kalkulator!

http://goo.gl/ES8sGD

2.1.4 Penambahan Dua Nombor Perduaan

Mempelajari cara penambahan nombor perduaan memberikan kita kefahaman yang lebih baik

tentang cara komputer berfungsi khususnya dari segi olahan nombor. Anda akan dapati cara

penambahan nombor perduaan adalah serupa dengan cara penambahan nombor perpuluhan.

Operasi tambah bagi dua nombor

perduaan adalah serupa dengan

operasi tambah nombor perpuluhan.

Operasi tambah bagi nombor perpuluhan

dilakukan dengan menambahkan nombor

pertama dengan nombor kedua.

Contohnya, 1 + 2 = 3

28

BAB 2

Perwakilan Data

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!