09.02.2021 Views

Asas Komputer Tingkatan 1

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Kaedah ambil daripada baki

Langkah 1

Bolehkah 64 diambil daripada 84? Oleh

sebab 64 boleh diambil daripada 84, maka

tempatkan 1 pada lajur nilai tempat 64 dan

tolakkan 64 daripada 84, iaitu 84 – 64 = 20.

64 32 16 8 4 2 1

1

Langkah 5

Bolehkah 4 diambil daripada 4? Oleh sebab

4 boleh diambil daripada 4, maka tempatkan

1 pada lajur nilai tempat 4 dan tolakkan 4

daripada 4, iaitu 4 – 4 = 0.

64 32 16 8 4 2 1

1 0 1 0 1

Langkah 2

Bolehkah 32 diambil daripada 20? Oleh

sebab 32 tidak boleh diambil daripada 20,

maka tempatkan 0 pada lajur nilai tempat 32.

64 32 16 8 4 2 1

1 0

Langkah 6

Bolehkah 2 diambil daripada 0? Oleh sebab

2 tidak boleh diambil daripada 0, maka

tempatkan 0 pada lajur nilai tempat 2.

64 32 16 8 4 2 1

1 0 1 0 1 0

Langkah 3

Bolehkah 16 diambil daripada 20? Oleh

sebab 16 boleh diambil daripada 20, maka

tempatkan 1 pada lajur nilai tempat 16 dan

tolakkan 16 daripada 20, iaitu 20 – 16 = 4.

64 32 16 8 4 2 1

1 0 1

Langkah 4

Bolehkah 8 diambil daripada 4? Oleh sebab

8 tidak boleh diambil daripada 4, maka

tempatkan 0 pada lajur nilai tempat 8.

64 32 16 8 4 2 1

1 0 1 0

Langkah 7

Bolehkah 1 diambil daripada 0? Oleh sebab

1 tidak boleh diambil daripada 0, maka

tempatkan 0 pada lajur nilai tempat 1.

64 32 16 8 4 2 1

1 0 1 0 1 0 0

Semua lajur nilai tempat telah diisi. Nilai

nombor perpuluhan 84 dalam nombor

perduaan ialah 1010100.

Semakan:

64 32 16 8 4 2 1

1 0 1 0 1 0 0

Jumlahkan hasil darab baris pertama dan

baris kedua dalam jadual di atas.

(1 × 64) + (0 × 32) + (1 × 16) + (0 × 8) +

(1 × 4) + (0 × 2) + (0 × 1)

= 64 + 0 + 16 + 0 + 4 + 0 + 0

= 84

BAB 2 Perwakilan Data

27

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!