09.02.2021 Views

Asas Komputer Tingkatan 1

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Aktiviti Berfikir 2.2

Berkumpulan

Poster tarikh perduaan

1. Bina sebuah poster tarikh perduaan. Poster yang direka bentuk perlu dapat

memaparkan tarikh dalam hari, bulan dan tahun mengikut format hh.bb.tttt. Jadual

di bawah menunjukkan suatu contoh reka bentuk tarikh perduaan.

Hari Bulan Tahun

2. Sediakan poster untuk hasil reka bentuk poster tarikh perduaan kumpulan anda bagi

memaparkan tarikh lahir salah seorang daripada ahli kumpulan anda.

3. Setiap kumpulan perlu menampalkan poster yang dihasilkan pada dinding

untuk dipamerkan.

8

4

2

1

2.1.2 Penukaran Nombor Perduaan kepada Nombor Perpuluhan

Pada masa kini, semua komputer dan kebanyakan alatan elektronik menggunakan sistem

nombor perduaan untuk menyimpan dan mengolah data. Oleh yang demikian, pemahaman

terhadap sistem nombor perduaan menjadi penting. Pembelajaran tentang cara sesuatu

nombor perduaan bertukar kepada nombor perpuluhan dan sebaliknya adalah satu cara

bagi memahami sistem nombor perduaan.

Nilai tempat dalam sistem perduaan ialah 1, 2, 4, 8, 16, 32 dan seterusnya. Setiap nilai

tempat nombor perduaan adalah dua kali lebih besar daripada sebelumnya.

Rajah 2.2 menunjukkan proses penukaran nombor perduaan kepada nombor perpuluhan.

Perhatikan bahawa hanya dua buah mentol yang menyala iaitu pada nilai tempat 1 dan 2.

Mentol pada nilai tempat 4 dan 8 tidak menyala. Jika kita menggunakan 1 untuk mewakili

mentol yang menyala dan 0 untuk mewakili mentol yang tidak menyala, maka nombor

perduaan yang diwakili oleh susunan mentol ini ialah 0011. Nilai perpuluhannya ialah

(0 × 8) + (0 × 4) + (1 × 2) + (1 × 1) = 3.

0 0 1 1

Nombor perduaan

8 4 2 1

Nombor perpuluhan

0 0 2 1 3

Rajah 2.2 Penukaran nombor perduaan 0011

kepada nombor perpuluhan

BAB 2

Perwakilan Data

23

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!