09.02.2021 Views

Asas Komputer Tingkatan 1

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Pada akhir pembelajaran,

murid boleh:

• mengenal pasti nombor

perduaan dan nombor

perpuluhan.

• menukar nombor

perduaan kepada

nombor perpuluhan.

• menukar nombor

perpuluhan kepada

nombor perduaan.

• melakukan operasi

tambah bagi dua nilai

nombor perduaan.

• melakukan operasi

tolak bagi dua nilai

nombor perduaan.

• menggabungkan

kemahiran operasi

tambah dan operasi tolak

nombor perduaan dalam

menterjemah aksara

pengekodan ASCII.

Cuba Fikirkan

Data dalam komputer

disimpan dan diproses

dalam bentuk isyarat

elektrik yang terdiri

daripada sifar untuk

off dan satu untuk

on. Bagaimanakah

perkataan dan

nombor diwakili

dengan hanya

menggunakan

kedua-dua digit ini?

20

BAB 2

Perwakilan Data

2.1 Sistem Nombor Perduaan

Isyarat elektrik boleh wujud dalam keadaan Off dan On. Data

diwakilkan dalam komputer sebagai isyarat elektrik dengan

menggunakan digit 0 untuk Off dan digit 1 untuk On. Komputer

melihat semua data sebagai satu siri nombor perduaan. Semua

data yang diproses oleh komputer perlu ditukarkan kepada

format nombor perduaan.

Litar dalam suatu pemprosesan komputer dibentuk daripada

berjuta-juta transistor. Transistor ialah suis halus yang diaktifkan

oleh isyarat elektronik yang diterima. Perwakilan data dalam

bentuk digit 0 untuk Off dan 1 untuk On adalah gambaran Off

dan On transistor.

Suatu program komputer adalah satu set arahan. Pengatur

cara menuliskan kod komputer yang terdiri daripada set arahan.

Setiap set arahan akan diterjemahkan kepada kod mesin yang

menggunakan kod nombor perduaan supaya unit pemprosesan

dapat melaksanakannya. Sebagai contoh, perisian, muzik,

dokumen dan maklumat yang diproses oleh komputer disimpan

dalam bentuk nombor perduaan.

Tetikus

Unit

pemprosesan

Input 0011111001100011

1101010101011001

0011011010000011

Kamera

1101000111100000

1001011111100001

0010010110001110

1110110100100010

Papan kekunci

Kod nombor perduaan

Rajah 2.1 Semua maklumat dalam komputer disimpan dalam

bentuk nombor perduaan

2.1.1 Nombor Perduaan dan Nombor Perpuluhan

Manusia menggunakan sistem perpuluhan dalam kehidupan

seharian. Sistem ini menggunakan digit-digit 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6,

7, 8 dan 9 untuk mewakili sebarang nombor. Sistem perpuluhan

juga dikenali sebagai Sistem Asas 10 kerana terdapat sepuluh

pilihan digit daripada 0 hingga 9.

Nilai sesuatu digit dalam sistem perpuluhan bergantung kepada

nilai tempatnya dalam nombor yang berkenaan. Nilai sesuatu digit

dikira dengan mendarabkannya dengan nilai tempatnya.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!