09.02.2021 Views

Asas Komputer Tingkatan 1

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Aktiviti Berfikir 4.11

Individu

Membina satu laman sesawang yang interaktif

1. Pilih satu topik untuk membina satu laman sesawang yang interaktif.

2. Lakarkan satu papan cerita yang lengkap untuk membina laman sesawang tersebut.

3. Laman sesawang perlu mempunyai ciri-ciri berikut:

(a) Banner

(b) Menu

(c) Frame

(d) Ruangan komen

(e) Pull-down menu

(f) Fitur lain yang menarik

4. Taip kod arahan HTML menggunakan perisian aplikasi Notepad.

5. Kemudian, murid-murid di dalam kelas dibahagikan kepada kumpulan pengguna

dan kumpulan pengatur cara web untuk menguji laman sesawang interaktif

yang dibina.

6. Kumpulan pengguna perlu menguji semua fitur yang ada dalam laman sesawang.

7. Sediakan satu laporan ringkas untuk menerangkan pengalaman anda sebagai seorang

pengguna. Laporan anda perlu berdasarkan ciri-ciri berikut:

(a) Cara penyampaian

(b) Isi kandungan

(c) Fitur tambahan

(d) Mesra pengguna

(e) Interaktiviti

8. Kumpulan pengatur cara web juga perlu menguji semua fitur yang ada dalam

laman sesawang.

9. Sebagai seorang pengatur cara web, anda perlu cuba mengesan sebarang ralat yang

mungkin ada dan juga boleh memberi cadangan untuk menambah baik laman

sesawang yang diuji.

10. Sediakan satu laporan ringkas untuk diserahkan kepada pengatur cara web. Laporan

tersebut perlu mengandungi maklumat berikut:

(a) Ralat

(b) Penambahbaikan dari segi kod arahan

(c) Penambahbaikan dari segi penyampaian

(d) Keberkesanan interaktiviti

BAB 4 Kod Arahan

141

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!