09.02.2021 Views

Asas Komputer Tingkatan 1

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Bagi memudahkan

proses membaiki

ralat dalam atur cara,

tag komen <!-- … -->

digunakan. Ayat yang

dimasukkan dalam

tag komen tidak akan

dipaparkan dalam

pelayar web.

Langkah-langkah membaiki ralat menyerupai suatu kitar

yang berterusan semasa membangunkan suatu laman sesawang.

Jenis ralat yang biasa dijumpai dalam pengaturcaraan HTML

adalah ralat sintaks dan penggunaan tag di tempat yang salah.

Ralat sintaks biasanya terlibat dengan kesilapan dalam cara

kod arahan ditulis. Kesilapan ini akan menyebabkan pelayar web

tidak dapat melaksanakan kod-kod atur cara yang dihasilkan.

Ralat sintaks juga termasuk kesalahan ejaan dan penggunaan

tanda baca yang tidak betul.

Rajah 4.25 menunjukkan contoh penggunaan komen <!-- … -->

bagi memudahkan proses membaiki ralat dalam atur cara.

Cuba Fikirkan

Apakah kegunaan

lain tag komen?

Minda

Kreatif

Tag <!-- gambar bunga raya --> memberitahu atur

cara perlu masukkan fail grafik “bungaraya.jpg”.

Rajah 4.25 Penggunaan komen <!-- … --> bagi memudahkan proses

membaiki ralat

Gunakan langkah-langkah yang ditunjukkan dalam Rajah 4.24 untuk mengesan ralat dalam

atur cara berikut.

138

BAB 4 Kod Arahan

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!