09.02.2021 Views

Asas Komputer Tingkatan 1

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

4.2.7 Pull-down Menu dalam HTML

Pull-down menu juga dikenali sebagai drop-down menu,

drop-down list dan drop-down box. Pull-down menu

mengandungi satu senarai item yang akan muncul apabila

pengguna mengklik pada satu butang atau pilihan teks.

Pull-down menu juga menyenangkan proses memasukkan

dan memilih satu item yang diperlukan daripada satu senarai

yang panjang.

Dalam atur cara HTML, tag <select></select> digunakan

untuk menghasilkan pull-down menu. Tag <option> dimasukkan

dalam tag <select> untuk menunjukkan jenis pilihan yang ada

dalam pull-down menu yang dibina.

Pull-down menu berfungsi sebagai alat pilihan untuk

memudahkan pengguna memasukkan data. Pull-down menu

juga dapat menghindari pengguna daripada memasukkan

maklumat yang tidak tepat atau kesilapan ejaan.

Cuba Fikirkan

Sekiranya kamu ingin

meletakkan beberapa

pilihan dalam menu,

bagaimanakah kamu

melakukannya?

Rajah 4.22 menunjukkan langkah-langkah untuk menulis kod HTML untuk meletakkan

pull-down menu dalam sesuatu laman sesawang.

Lancarkan dokumen baharu

dalam perisian aplikasi

Notepad. Taipkan kod arahan

asas HTML. Masukkan tag

<select> </select> di dalam

tag <body></body>

Taipkan tajuk Pull-down menu dalam

tag <title></title>. Di bawah tag <title>

</title>, taipkan <p> Pilih Negeri </p>.

Kemudian, taipkan tag <option> dalam tag

<select></select>.

BAB 4 Kod Arahan

133

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!