09.02.2021 Views

Asas Komputer Tingkatan 1

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Menu

Rajah 4.18 Langkah-langkah mengatur cara HTML untuk menghasilkan frame

Menu ialah pautan pantas ke bahagian-bahagian tertentu dalam laman sesawang. Terdapat

beberapa jenis menu HTML, iaitu menu senarai pautan statik (static links), menu jenis jadual

bawah (drop-down menu), menu pelbagai tingkat (multilevel menu) dan menu terapung

(floating menu). Jadual 4.3 menunjukkan ciri-ciri menu yang disenaraikan di atas.

Jenis menu

Menu senarai pautan statik

(static links)

Menu jenis jadual bawah

(drop-down menu)

Menu pelbagai tingkat

(multilevel menu)

Menu terapung

(floating menu)

Jadual 4.3 Ciri-ciri menu HTML

Ciri-ciri

Berbentuk jalur mendatar atau menegak seperti bar menu dalam

program aplikasi. Menu senarai pautan statik ialah satu senarai

pautan hiperteks ke destinasi lain dalam laman sesawang.

Berbentuk bar menu tetapi apabila menu ini diklik, satu kotak yang

menyenaraikan pelbagai pilihan akan muncul.

Berbentuk menu jenis jadual, tetapi setiap pilihan dalam jadual

boleh dikembangkan ke pilihan yang lain menjadikannya

berkembang pelbagai tingkat.

Berbentuk bingkai yang statik pada laman sesawang, menu ini

tidak bergerak bersama tatal (scroll bar). Berguna sebagai elemen

navigasi dalam sesuatu laman sesawang.

Jadual 4.4 menunjukkan tag-tag bagi

menu. Tag <nav></nav> digunakan untuk

menandakan tag-tag yang berada di dalam

tag ini adalah elemen-elemen navigasi

atau pautan pengemudian. Tag <ul></ul>

mentakrifkan senarai yang berada dalam

tag ini adalah senarai tak tertib, iaitu senarai

yang tidak bernombor atau bullet points. Tag

<li></li> mentakrifkan satu senarai item.

126

BAB 4 Kod Arahan

Jadual 4.4 Tag bagi menu

Tag HTML

Maksud

<nav> </nav> Mentakrif pautan pengemudian

<ul> </ul> Mentakrif senarai tak tertib

<li>

Mentakrif senarai item

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!