09.02.2021 Views

Asas Komputer Tingkatan 1

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

4.2.4 Banner, Frame dan Menu dalam HTML

Banner, frame dan menu digunakan sebagai tarikan kepada

pengguna untuk melawat laman sesawang. Rajah 4.15

menunjukkan bahagian-bahagian banner, frame dan menu

dalam laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia.

Cuba Fikirkan

Apakah fi tur-fi tur

tambahan yang

kamu boleh letakkan

dalam dokumen

laman sesawang

kamu supaya

kelihatan lebih

menarik?

Banner

Menu

Frame 1

Frame 2

Frame 3

Rajah 4.15 Bahagian-bahagian banner, frame dan menu dalam laman sesawang

Kementerian Pendidikan Malaysia

Banner biasanya berbentuk segi empat dan terletak sama ada di bahagian atas, bawah

atau pada sisi laman sesawang. Banner boleh berada dalam bentuk statik, animasi atau

pautan. Pada awal pembangunan laman sesawang, banner hanya mengandungi teks dan

grafik sahaja. Sekarang dengan adanya perisian alat pengarang, banner di laman sesawang

boleh menjadi lebih kompleks yang mengandungi teks, grafik, animasi dan bunyi. Banner

biasanya digunakan untuk pengiklanan sesuatu produk.

Frame ialah bingkai dalam paparan laman sesawang. Frame wujud dalam bentuk lajur

mendatar, melintang atau gabungan kedua-duanya. Frame berfungsi membahagikan paparan

laman sesawang kepada bahagian-bahagian yang khusus seperti menu utama, pautan, berita

dan sebagainya. Frame dapat memudahkan pengguna membuat navigasi dalam paparan

semasa melawat laman sesawang.

Menu ialah pautan mudah ke bahagian-bahagian lain dalam laman sesawang atau

ke laman-laman sesawang lain dalam tapak sesawang yang sama. Menu dibina untuk

memudahkan pengguna membuat navigasi antara laman-laman sesawang dalam tapak

sesawang atau ke bahagian-bahagian lain dalam laman sesawang.

BAB 4 Kod Arahan

121

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!