09.02.2021 Views

Asas Komputer Tingkatan 1

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Kesahihan maklumat di Internet

Internet merupakan salah satu saluran atau media penyebaran

maklumat. Di Internet terdapat pelbagai jenis laman sesawang.

Bukan semua laman sesawang mengandungi maklumat yang

tepat. Ada laman sesawang yang berunsur fitnah dan penipuan.

Oleh itu, pastikan laman sesawang yang anda lawati mengandungi

maklumat yang sahih dan terbukti benar.

Cuba Fikirkan

Adakah laman muka

depan paling penting

untuk sebuah laman

sesawang? Apakah

sebabnya?

Rajah 4.11 menunjukkan langkah-langkah yang perlu diambil sebelum melakar papan

cerita. Langkah pertama ialah mengumpulkan semua maklumat yang dikehendaki sama ada

teks, imej, audio dan grafik. Kemudian, susun semula maklumat-maklumat tersebut mengikut

topik dari umum ke khusus. Seterusnya, tajuk utama, tajuk-tajuk kecil dan isi kandungan untuk

setiap laman ditentukan. Struktur maklumat dan cara pautan laman sesawang dirancangkan

dan struktur menu direka bentuk. Seterusnya, rupa dan reka bentuk laman dari segi skema

warna, jenis, saiz dan warna teks yang hendak digunakan ditentukan. Akhir sekali, aliran

pautan bagi kesemua laman dalam tapak sesawang dilakarkan.

Rajah 4.12 Langkah-langkah melakar papan cerita

Contoh 4.2

Melakar papan cerita

Rajah di bawah menunjukkan struktur aliran maklumat laman sesawang. Struktur yang

digunakan adalah struktur hierarki. Rajah ini juga menunjukkan reka bentuk struktur menu

setiap laman sesawang. Contohnya, dari laman Tajuk Utama, pengguna boleh berpaut ke

laman Tajuk A atau laman Tajuk B. Dari laman Tajuk A juga pengguna dapat berpaut ke

laman Tajuk Utama atau Tajuk B.

114

BAB 4 Kod Arahan

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!