09.02.2021 Views

Asas Komputer Tingkatan 1

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Soalan-soalan yang perlu dijawab ketika melakar papan cerita.

1. Apakah maklumat yang hendak disampaikan dalam laman

sesawang ini?

2. Apakah yang saya ingin pengunjung lakukan semasa melawat

laman sesawang ini?

3. Bagaimanakah saya memastikan pengunjung berasa selesa semasa

melawat laman sesawang ini?

4. Bagaimanakah saya boleh membimbing pengunjung untuk melawat

kesemua laman sesawang dalam tapak sesawang?

5. Bagaimanakah saya boleh memastikan pengunjung dapat melawat

kesemua laman sesawang ini?

6. Bagaimanakah saya memberikan maklumat tambahan kepada

pengunjung selepas ini?

7. Dapatkah pengunjung memberikan komen dalam laman sesawang ini?

Selepas memikirkan dan mendapat jawapan kepada semua persoalan

di atas, barulah lakarkan papan cerita laman sesawang anda.

Semasa anda

melakukan aktiviti ini,

anda sedang meleraikan

masalah dan mengecam

corak serta mengenal

pasti ciri-ciri yang

penting (peniskalaan).

Rajah 4.10 Panduan melakar papan cerita laman sesawang

Struktur linear menghubungkan setiap laman

dengan dua pilihan pengemudian iaitu,

bergerak ke hadapan atau ke belakang.

Struktur cabang bersifat dinamik dan

berkeupayaan mengemudi ke laman lain dengan

mudah. Laman utama dipautkan ke laman-laman

lain melalui sistem menu.

Struktur roda berbentuk seperti ruji basikal.

Laman utama dipautkan ke laman-laman lain

tetapi pengunjung terpaksa kembali ke laman

utama sebelum dipautkan ke laman seterusnya.

Struktur hierarki mempunyai model

pengemudian atas ke bawah. Bermula dengan

laman utama, pengunjung dipautkan ke

laman-laman lain. Pengunjung ada pilihan

untuk ke laman-laman seterusnya tanpa

kembali ke laman utama.

Rajah 4.11 Struktur maklumat dan pautan laman sesawang

BAB 4 Kod Arahan

113

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!