09.02.2021 Views

Asas Komputer Tingkatan 1

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

4.2.1 Melakar Papan Cerita

Papan cerita ialah satu siri lakaran yang menggambarkan isi kandungan untuk setiap paparan

skrin suatu laman sesawang. Papan cerita berfungsi sebagai satu set susunan bahan grafik

dalam bentuk ilustrasi atau imej yang akan dipersembahkan sebagai animasi, grafik bergerak

atau media interaktif.

Papan cerita dapat memberikan suatu gambaran visual kepada pengatur cara dan

membolehkannya menjalankan tugas mengatur cara dengan lebih teratur. Papan cerita

digunakan untuk menggambarkan reka bentuk dan reka letak antara muka bagi setiap

paparan yang akan dibina supaya interaksi antara pengguna dengan laman sesawang lebih

mesra. Selain itu, papan cerita akan menentukan aliran navigasi sesuatu laman sesawang.

Sebelum anda mula membina laman sesawang, anda harus melakarkan papan cerita

laman sesawang terlebih dahulu. Rajah 4.9 menunjukkan kebaikan melakar papan cerita.

Langkah ini penting dan akan memudahkan pembinaan laman sesawang. Selain itu, semasa

melakarkan papan cerita, kita dapat merancang dan membayangkan maklumat yang harus

dimasukkan ke dalam laman sesawang tersebut. Rajah 4.10 menunjukkan panduan melakar

papan cerita laman sesawang.

Guru

Buku rujukan

Mengetahui bilangan

laman sesawang

yang diperlukan.

Memberikan

penjelasan

kasar tentang

struktur laman

sesawang.

Melakar

papan

cerita

Mengetahui

maklumat

yang harus

dimasukkan.

Mengetahui aliran antara

laman sesawang.

Laman sesawang

Rajah 4.9 Kebaikan melakar papan cerita

112

BAB 4 Kod Arahan

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!