09.02.2021 Views

Asas Komputer Tingkatan 1

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Pada akhir pembelajaran,

murid boleh:

• melakar papan cerita

untuk membina

laman sesawang yang

menggunakan kod

arahan HTML.

• menggunakan tag

dalam atur cara HTML:

<head>, <title>, <body>

dan <paragraph>.

• menggunakan paragraph

headings dalam atur cara

HTML yang dibina.

• menggunakan atur

cara HTML untuk

menghasilkan Banner,

Frame dan Menu.

• membina pautan teks

dan imej dalam atur

cara HTML.

• menulis atur cara untuk

memasukkan imej dalam

atur cara HTML.

• menghasilkan pull

down menu melalui

atur cara HTML.

• menghasilkan ruang

komen melalui atur

cara HTML.

• mengesan sebarang ralat

yang berlaku dalam atur

cara HTML yang dibina.

• membina laman

sesawang interaktif yang

memaparkan Banner,

Menu, Ruangan

Komen, Frame dan

Pull down menu.

4.2 Kod Arahan HTML

HTML ialah singkatan bagi HyperText Markup Language. HTML

telah dibangunkan oleh seorang saintis yang bernama Tim

Berners-Lee pada tahun 1990. HTML ialah kod yang membantu

pengguna Internet berkomunikasi dengan pengguna Internet lain

di World Wide Web (WWW). HTML adalah di bawah seliaan

World Wide Web Consortium (W3C), iaitu sebuah organisasi

yang menyelia dan memantau WWW.

HTML digunakan untuk membina laman sesawang. HTML

terdiri daripada beberapa kod arahan yang pendek yang mudah

ditaipkan dalam komputer dan disimpankan sebagai fail HTML.

Fail ini boleh dibaca oleh pelayar web (web browser).

Kod arahan HTML boleh ditaip tanpa menggunakan perisian

pengaturcaraan yang khusus. Kod arahan HTML boleh ditulis

dengan menggunakan perisian aplikasi Notepad dan fail tersebut

disimpan dengan sambungan “.html” atau “.htm”.

Rajah 4.7 menunjukkan pengekodan HTML dalam

perisian aplikasi Notepad. Rajah 4.8 pula menunjukkan output

pengekodan di Rajah 4.7 dalam pelayar web.

Rajah 4.7 Fail HTML yang dipaparkan dalam perisian aplikasi Notepad

Cuba Fikirkan

Mengapakah kod

arahan HTML diperlukan

untuk membina

laman sesawang?

Rajah 4.8 Fail HTML yang dipaparkan dalam pelayar web

BAB 4 Kod Arahan

111

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!