09.02.2021 Views

Asas Komputer Tingkatan 1

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Pada fasa dokumentasi, pengatur cara akan menyediakan dua jenis dokumentasi

iaitu dokumentasi dalaman dan dokumentasi luaran. Dokumentasi dalaman biasanya

disediakan untuk kegunaan pengatur cara lain atau pihak pelanggan bagi memudahkan

penyelenggaraan atur cara atau sistem. Dokumentasi luaran disediakan kepada pengguna

akhir yang menggunakan atur cara tersebut. Dokumentasi luaran menerangkan cara-cara

menggunakan atur cara (manual pengguna).

Langkah-langkah berikut menunjukkan contoh bagi membangunkan satu atur cara.

Langkah 1: Analisis masalah

1. Paparkan satu soalan hasil darab dua nombor yang dijanakan secara rawak daripada

1 hingga 20.

2. Simpan jawapan kepada soalan yang dijanakan dalam pemboleh ubah.

3. Tunggu pengguna menaip jawapan.

4. Jika pengguna menaip “X”, atur cara berhenti.

5. Semak jawapan.

6. Jika betul, paparkan mesej “Tahniah!”.

7. Kemas kini dan paparkan bilangan soalan yang dijawab dengan betul.

8. Jika salah, paparkan mesej “Maaf! Jawapan betul ialah …”

Langkah 2: Reka bentuk atur cara

MULA

PAPARKAN arahan soalan

PAPARKAN bilangan soalan yang dijawab betul

JANAKAN dua nombor secara rawak daripada nilai 1 hingga 20

HITUNG hasil darab bagi dua nombor itu

PAPARKAN kedua-dua nombor itu

TANYA soalan

TUNGGU input pengguna

JIKA input pengguna ialah “X”

HENTIKAN kuiz

JIKA TIDAK

SEMAK input pengguna

JIKA jawapan betul

PAPARKAN mesej “Tahniah!”

JIKA TIDAK

PAPARKAN mesej “Maaf! Jawapan betul ialah …”

KEMASKINI bilangan soalan yang dijawab betul

TAMAT JIKA

TAMAT JIKA

TAMAT

BAB 4 Kod Arahan

103

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!