09.02.2021 Views

Asas Komputer Tingkatan 1

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

4.1.4 Pembangunan Atur Cara

Imbas Kembali

Pembangunan atur cara melibatkan lima fasa utama iaitu analisis

masalah, reka bentuk program, pengekodan, pengujian dan

penyahpepijatan, serta dokumentasi.

Pada fasa analisis masalah, pengatur cara akan melakukan

temu bual bersama pelanggan untuk mengetahui kehendak

pelanggan dan bagi menentukan input, proses dan output

untuk atur cara yang akan dibangunkan. Pengatur cara perlu

memikirkan kaedah-kaedah penyelesaian yang mungkin bagi

masalah tersebut.

Pada fasa reka bentuk atur cara, pengatur cara mula menulis

pseudokod, melakar carta alir dan mereka bentuk Antara Muka

Pengguna Grafik juga dikenali Graphical User Interface (GUI).

(a) Pseudokod

• Ditulis dalam bahasa tabii manusia (bahasa Malaysia

atau bahasa Inggeris).

• Tidak mementingkan perincian (pemboleh ubah tidak

perlu diisytiharkan dan fungsi tidak dinyatakan).

• Hanya memberikan gambaran tentang proses yang akan

dilaksanakan.

• Tidak mempunyai format piawai tetapi mesti ada

perkataan MULA dan TAMAT.

(b) Carta alir

• Terdiri daripada simbol-simbol piawai yang mempunyai

maksud tersendiri dan mewakili pelaksanaan tugas

tertentu.

• Digunakan untuk menunjukkan aliran logik atur cara

yang bakal dibangunkan dengan simbol-simbol khas

yang bersambungan dengan garisan yang berarah.

(c) Antara muka pengguna grafik

• Paparan yang diperhatikan oleh pengguna semasa

menggunakan atur cara yang dibangunkan.

• Perlu mesra pengguna.

Pada fasa pengekodan, pengatur cara akan menukarkan

pseudokod kepada kod yang difahami oleh komputer dengan

menggunakan bahasa pengaturcaraan seperti Visual Basic, JAVA

ataupun Visual C++.

Pada fasa pengujian dan penyahpepijatan, pengatur cara

akan menguji atur cara yang telah ditulis untuk mengesan dan

membetulkan sebarang ralat yang terdapat pada atur cara. Terdapat

tiga jenis ralat dalam atur cara iaitu ralat sintaks (syntax error), ralat

masa larian (run time error) dan ralat logik (logical error).

102

BAB 4 Kod Arahan

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!