09.02.2021 Views

Asas Komputer Tingkatan 1

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

JPG

MP3

Praktis Aplikasi 4.3

Baucar tunai yang akan diterima

1. Sebuah pasar raya akan memberi baucar tunai kepada pelanggannya berdasarkan

jadual yang ditunjukkan di bawah.

Jumlah pembelian (RM) 0–30 31–50 51–100 >100

Nilai baucar (RM) 0 2 5 8

2. Anda perlu menghasilkan satu atur cara yang memaparkan nilai baucar yang akan

diberi kepada pelanggan berdasarkan jumlah pembelian.

3. Bina algoritma untuk menyelesaikan masalah di atas.

4. Gunakan perisian aplikasi Scratch 2.0 untuk membina atur cara ini.

4.1.3 Atur Cara yang Melibatkan Struktur Kawalan Ulangan

Tonton video dalam

laman sesawang berikut

tentang atur cara

Scratch 2.0 yang

melibatkan penggunaan

struktur kawalan ulangan.

Imbas QR code ini.

Dalam pengaturcaraan, tindakan yang berulang-ulang disebut

ulangan atau gelung. Ulangan ialah satu proses atur cara akan

mengarahkan program melakukan sesuatu tindakan berulangulang

sehingga sesuatu syarat dipenuhi.

http://goo.gl/bcef8B

Gambar foto 4.1 Kereta dipandu berulangan untuk mencari parkir

Merujuk Gambar foto 4.1, selagi tidak jumpa parkir yang

kosong, pemandu perlu memandu keretanya sekeliling tempat

parkir berulang-ulang dengan harapan ada kereta yang akan keluar

daripada parkir. Apabila syarat dipenuhi, iaitu berjumpa dengan

parkir yang kosong, maka tindakan berulang akan berakhir.

BAB 4 Kod Arahan

99

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!