09.02.2021 Views

Asas Komputer Tingkatan 1

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Layari laman sesawang ini

untuk mencabar diri anda

dengan aktiviti interaktif

ini secara atas talian.

http://goo.gl/iZwivH

Aktiviti Berfikir 4.1

Individu

Kod peti simpanan

1. Anda dikehendaki melaksanakan operasi matematik

untuk mendapatkan suatu nombor sasaran iaitu 12.

2. Anda diberi empat digit tunggal iaitu 6, 7, 8 dan 9 dan

perlu menggunakan kesemua digit itu. Anda boleh

menggunakan beberapa operasi matematik untuk

mendapatkan nombor sasaran tersebut.

3. Tuliskan cara kerja lengkap untuk mendapatkan nombor

sasaran tersebut.

4.1.2 Atur Cara yang Melibatkan Struktur Kawalan Pelbagai Pilihan

Dalam pengaturcaraan, sesuatu

program mungkin mempunyai

beberapa pilihan arahan untuk

dilaksanakan dalam keadaan

tertentu. Pelaksanaan pilihan

arahan ini bergantung kepada

syarat-syarat yang tertentu.

Struktur kawalan ini disebut

pelbagai pilihan.

Rajah 4.2 menunjukkan

paparan aplikasi sistem navigasi

yang digunakan oleh seorang

pemandu untuk menuju ke

satu destinasi.

Paparan aplikasi sistem nagivasi ini menunjukkan tiga laluan alternatif. Pemandu boleh

membuat pilihan untuk laluan yang paling sesuai berdasarkan syarat-syarat yang dikehendaki.

Pilihan laluan berdasarkan syarat-syarat berikut:

(a) Jika ingin sampai ke destinasi dalam masa yang paling

singkat, maka Laluan 1 dipilih.

(b) Jika ingin menggunakan jalan tanpa tol, maka Laluan

2 dipilih.

(c) Jika ingin menggunakan laluan yang paling dekat, maka

Laluan 1 dipilih.

Dalam pengaturcaraan, perkataan-perkataan pengekodan

(IF), (IF…ELSE) dan (IF…ELSE IF…ELSE) digunakan untuk

mengawal pilihan. Jadual 4.2 menunjukkan jenis pilihan yang

digunakan dalam pengaturcaraan.

1

Laluan

Via: E11 LDP Puchong; 3215 Jala...

32min 25.5km Go

2

3

Via: E5 Lebuhraya Shah Alam Subang...

51min 35.7km Go

TOLL

Via: 2 Lebuhraya Persekutuan Sha... TOLL

33min 35.8km Go

Peta

51 min

35.7 km

32 min

25.5 km

33 min

35.8 km

Rajah 4.2 Laluan alternatif untuk menuju ke satu destinasi

Jadual 4.2 Jenis pilihan yang

digunakan dalam

pengaturcaraan

Pengekodan

yang Jenis pilihan

digunakan

IF

Pilihan tunggal

IF…ELSE Dwipilihan

IF

ELSE IF… Pelbagai pilihan

ELSE…

96

BAB 4 Kod Arahan

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!