09.02.2021 Views

Asas Komputer Tingkatan 1

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Pada akhir pembelajaran,

murid boleh:

• menggunakan

pemboleh ubah dan

operator matematik

dalam atur cara

yang dibangunkan.

• menghasilkan

atur cara yang

melibatkan penggunaan

pelbagai pilihan.

• menghasilkan atur

cara yang melibatkan

penggunaan ulangan.

• membangunkan atur

cara yang melibatkan

penggunaan pelbagai

pilihan, ulangan,

pemboleh ubah dan

operator matematik.

• menguji atur cara dan

membaiki ralat pada

kod arahan

yang dihasilkan.

Cuba Fikirkan

Bagaimanakah anda

memberi arahan

kepada rakan

untuk melakukan

sesuatu tugasan?

4.1 Kod Arahan

Kod arahan ialah satu arahan yang mengarahkan komputer

melakukan sesuatu tugas. Kod ini boleh disimpan dalam ingatan

dan digunakan semula. Kod arahan ditulis dalam suatu bahasa

komputer yang boleh difahami oleh komputer. Satu set kod

arahan yang mengarahkan komputer untuk menyelesaikan

sesuatu tugas dipanggil atur cara atau program komputer.

4.1.1 Pemboleh Ubah dan Operator Matematik

dalam Pengaturcaraan

Pemboleh ubah ialah storan ingatan yang digunakan oleh

program komputer untuk menyimpan data yang perlu diolahkan

kemudian. Pemboleh ubah boleh menyimpan data dalam bentuk

nilai berangka seperti integer dan nombor perpuluhan, teks

seperti “jumlah” atau nilai logik seperti “Benar” atau “Palsu”.

Data yang disimpan dalam pemboleh ubah boleh diolah.

Pemboleh ubah dalam konteks pengaturcaraan digunakan

untuk mewakili data yang hendak dimasukkan ke dalam

program. Apabila program diuji lari, pemboleh ubah akan

digantikan dengan data yang sebenar. Hal ini membenarkan

sesuatu program untuk memproses set-set data yang berlainan.

Pemboleh ubah ialah data yang disimpan dalam

Nilai berangka Teks Nilai logik

Layari laman sesawang

berikut untuk mengetahui

lebih lanjut tentang

pemboleh ubah.

http://goo.gl/brr5HD

94

BAB 4 Kod Arahan

Rajah 4.1 Jenis-jenis data yang boleh disimpan dalam pemboleh ubah

Dalam Rajah 4.1, data yang berupa nilai berangka seperti 0,

1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9 atau dalam bentuk teks yang mempunyai

satu abjad atau beberapa abjad. Data logik dalam bentuk True/

False yang dikenali sebagai Boolean juga boleh disimpan dalam

pemboleh ubah.

Operator matematik ialah simbol-simbol yang digunakan

dalam menjalankan operasi matematik dalam kod arahan.

Operasi matematik melibatkan operasi asas seperti tambah (+),

tolak (–), darab (×) dan bahagi (÷). Program komputer sering

digunakan untuk membuat pengiraan, maka operator matematik

akan digunakan semasa membina pengaturcaraan untuk

program-program komputer yang membuat pengiraan.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!