check contoh
Create successful ePaper yourself
Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.
JASMINE AMANDA BINTI AHMAD UMAR ALI
0 6 0 1 1 7 - 0 1 - 4 3 2 2
SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU
JADUAL KERJA
Bil Tarikh Perkara Catatan
1
9 Nov 20
Menerima taklimat daripada guru
mata pelajaran Sejarah berkaitan
penulisan tugasan
2 9 Nov 20 Menerima tugasan Sejarah
3 Mengumpul maklumat awal
Membuat kerangka kerja
Membuat jadual senarai semak
4 Menentukan tajuk penulisan
5
9 Nov 20
10 Nov 20
Membuat rujukan lanjut berkaitan
dengan tajuk tugasan menerusi
internet, buku, majalah, akhbar,
majalah, jurnal untuk mendapatkan
bahan penulisan
6 11 Nov 20 Menulis kerangka kasar penulisan
7 15 Nov 20 Menulis pengenalan asas pembentukan
Kesultanan Melayu Melaka
8
16 Nov 20
Menulis aspek kegemilangan
Kesultanan Melayu Melaka
9 16 Nov 20 Menulis faktor kedatangan Portugis
ke Melaka
10 16 Nov 20 Menghuraikan kesan kedatangan
Portugis ke Melaka
11 17 Nov 20 Membuat rumusan
12 18 Nov 20 Semakan dengan guru
13 22 Nov 20 Menghantar tugasan Sejarah 2020
KERANGKA KASAR KERJA KURSUS SEJARAH
Perkara
Tajuk Laporan
Nama Penulis
Huraian
1. Pengenalan Menerangkan latar belakang Kesultanan
Melayu Melaka
2. Aspek
kegemilangan
Melaka
3. Faktor
kedatangan
Portugis ke
Melaka
4. Kesan
Kedatangan
Portugis
o
o
o
Pengasas
Tarikh
Faktor pemilihan lokasi
Menghuraikan aspek kegemilangan
Kesultanan Melayu Melaka
o
o
o
o
o
Aspek 1: Hubungan Luar
Aspek 2: Pusat Penyebaran Islam
Aspek 3: Pusat Perdagangan
Aspek 4: Pengurusan Perdagangan
Aspek 5: Empayar yang luas
Menjelaskan faktor kedatangan Portugis
ke Melaka
o
o
o
Faktor 1 : Keagamaan
Faktor 2: Kekayaan
Faktor 3: Kemasyhuran
Menganalisis kesan kedatangan Portugis
o
o
o
Politik
Sosiobudaya
Agama
5. Rumusan Rumusan mengandungi elemen nilai, iktibar,
unsur cintakan negara, patriotisme dan
juga harapan
o
o
o
Pengetahuan:
Nilai-nilai murni:
Harapan:
Tajuk Kajian: Kedatangan Portugis ke Melaka
Nama: Jasmine Amanda Binti Ahmad Umar Ali
1.0 OBJEKTIF KAJIAN
Saya menjalankan kajian ini bagi Kerja Kursus Sejarah
adalah untuk mengkaji tentang kedatangan Portugis ke
Melaka. Melalui kajian ini saya dapat memenuhi objektif
berikut:
a. Menerangkan pembentukan Kesultanan Melayu Melaka
b. Menghuraikan aspek kegemilangan Melaka
c. Mengetahui faktor-faktor kedatangan Portugis ke
Melaka
d. Mengetahui kesan kedatangan Portugis ke Melaka
2.0 KAEDAH KAJIAN
Kaedah kajian yang digunakan dalam menjalankan kajian ini
ialah:
1. Melawat tapak kajian
Saya telah melawat tapak kajian bagi memahami asas
pembentukan Kesultanan Melayu Melaka
2. Rujukan Jurnal
Saya telah membuat rujukan melalui bahan bacaan
daripada jurnal bagi mengetahui kegemilangan Melaka
3. Rujukan buku
Saya telah membuat rujukan melalui pembacaan buku
untuk mendapatkan maklumat tentang kedatangan
Portugis ke Melaka
4. Melayari Internet
Saya juga melayari laman sesawang Internet untuk
mendapatkan maklumat perubahan sosiobudaya selepas
kedatangan Portugis
3.0 PENGENALAN
Kesultanan Melayu Melaka telah diasaskan oleh
Parameswara. Parameswara merupakan putera daripada
kerajaan Srivijaya. Parameswara memilih muara sungai
Bertam kerana lokasinya yang strategik untuk
mengasaskan Kerajaan.
Faktor pemilihan muara sungai Bertam adalah kerana
kedudukannya yang strategik. Melaka terletak di laluan
perdagangan antarabangsa, antara timur dan barat.
Sekaligus membolehkan Melaka mengawal laluan kapal
dagang.
Faktor seterusnya adalah bentuk muka bumi yang
berbukit bukau. Hal ini sesuai dijadikan sebagai benteng
pertahanan. Selain itu, bentuk muka bumi Melaka menjadi
panduan kapal dagang.
Faktor yang ketiga adalah benteng pertahanan.
Pokok bakau dan api-api yang terdapat di pesisir pantai
pula menjadikannya sebagai benteng pertahanan. Selain
itu, pokok bakau dan api-api bertindak sebagai
pelindung semula jadi yang sukar ditembusi musuh.
Faktor terakhir ialah kedudukan muara sungainya
yang terletak di Selat Melaka. Kedudukan Melaka
menjadikannya terlindung daripada tiupan angin
monsun. Keadaan ini membolehhkan kapal dagang
berlabuh dengan selamat.
3.1 ASPEK KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
Kesultanan Melayu Melaka mempunyai empayar
yang luas. Empayar ini terdiri daripada tanah jajahan
dan naungan. Pembentukan empayar ini penting untuk
politik, ekonomi dan sosial kepada Kesultanan Melayu
Melaka.
Melaka juga dikenali sebagai pusat perdagangan
enterpot. Pelabuhan Melaka menjadi pusat perdagangan
yang penting dalam mengendalikan perdagangan
antarabangsa. Pelabuhan Melaka berfungsi sebagai pusat
pengumpulan dan pengedaran pelbagai barangan dari timur
dan barat.
Aspek seterusnya ialah pengurusan perdagangan.
Urusan perdagangan dikendalikan oleh syahbandar. Selain
itu, cukai yang rendah menarik pedagang untuk berdagang
di Melaka.
Aspek seterusnya ialah pusat penyebaran agama Islam.
Penyebaran agama Islam disebarkan menerusi pengislaman
pemerintah, perkahwinan, perdagangan, perluasan kuasa
serta peranan ulama dan Mubaligh. Kesan daripada
penyebaran agama Islam, Undang-undang Islam telah
diterapkan dalam sistem perundangan, terdapat pengaruh
Islam dalam persuratan, Melaka juga menjadi tumpuan
ulama, serta tempat pembelajaran al-Quran dan tasawur.
Aspek terakhir ialah hubungan luar. Melaka menjalinkan
hubungan dengan kerajaan alam Melayu seperti Pasai,
Demak, Majapahit dan Makasar. Hubungan dengan kerajaan
luar dijalinkan dengan kerajaan China, Ryukyu dan Siam.
3.2 FAKTOR KEDATANGAN PORTUGIS KE MELAKA
Kedatangan Portugis ke Melaka kerana ingin mencapai
matlamat kekayaan ataupun ‘Gold’. Putera Henry
mengalakkan rakyatnya untuk meluaskan pengetahuan
disamping mengawal perdagangan rempah. Rempah
mempunyai permintaan yang tinggi ketika itu terutamanya
di Eropah.
Matlamat seterusnya ialah keagamaan ataupun
‘Gospel’. Portugis mahu menyebarkan agama Kristian ke
Timur, Disamping itu, Portugis mahu memecah monopoli
perdagangan rempah yang dipegang oleh pedagang Islam.
Faktor yang terakhir ialah ‘Glory’ ataupun
kemashyuran, Portugis mahu menjadi kuasa besar di
Eropah. Pada masa yang sama, Portugis mahu
menghapuskan penguasaan pedagang Islam.
3.3 PENINGGALAN PORTUGIS DARI ASPEK SOSIOBUDAYA
Kedatangan Portugis telah memberikan perubahan
kepada sosiobudaya di Melaka. Hal ini boleh dilihat dalam
pengaruh bahasa Portugis dalam bahasa Melayu. Sebanyak
sekitar 200 perkataan Portugis yang telah di serap ke
Bahasa Melayu. Misalnya perkataan sekolah yang berasal
dari perkataan ‘escola’, tuala dari ‘toalha’ dan bangku
dari ‘banco’.
Seterusnya terdapat juga meninggalkan senibina
berasaskan Portugis. Senibina yang terkenal ialah
Kota A Famosa atau ‘Porta de Santiago’. Binaan ini
juga merupakan seni bina Eropah tertua yang masih ada
di Asia.
Kedatangan Portugis juga telah mewujudkan komuniti
Portugis di Malaysia. Secara amnya komuniti Portugis
bertutur tiga bahasa iaitu Portugis lama yang dipanggil
‘kristang’, Bahasa Melayu dan Inggeris. Sehingga kini
komuniti ini menjadi tarikan dan menjadi tumpuan kerana
keunikan budaya hidup keturunan Eropah mengamalkan
kehidupan tempatan.
4.0 RUMUSAN
Berdasarkan tugasan ini saya mengenalpasti kegemilangan
Melaka setanding kuasa luar. Saya mempelajari nilai bersatu-padu
yang menjadi tonggak utama sesebuah negara. Malah dalam tajuk
ini juga, kita sebagai rakyat Malaysia harus mengekalkan
kedaulatan negara agar tidak dikuasai oleh kuasa asing. Saya
amat berbangga menjadi rakyat Malaysia kerana keharmonian
dalam pelbagai bangsa menjadikan Malaysia sebuah negara yang
unik. Saya berharap agar perpaduan antara rakyat dapat
dikekalkan. Perpaduan ini boleh dikekalkan seandainya semua
pihak menjaga sensitiviti setiap kaum
5.0 SUMBER RUJUKAN
Melawat Tempat Kajian
Muzium Sejarah dan Ethnography, Stadthuys, Bandar Hilir, 75000
Melaka.
Jurnal
Syaimak Ismail, Mohd Taib Dora. “Parameswara pengasas dan
pendukung kerajaan Kesultanan Melayu Melaka” dalam Seminar
Nasional Sejarah III, Oktober 2017
Buku
Abd Aziz b Zakaria, 1963. Portugis Dalam Sejarah Melaka:Dewan
Bahasa dan Pustaka
Mohd Syaheer Daniel Sulaiman. Revisi Cepat PT3 Sejarah:Ilmu
Bakti Sdn. Nhd.
http://kenalimelaka.blogspot.com/p/peninggalan-sejarah.html
Internet
https://www.thepatriots.asia/pengaruh-bahasa-portugis-dalambahasa-melayu/
https://www.libur.com.my/perkampungan-portugis-penempatanterbesar-komuniti-portugis-di-melaka/