30.09.2020 Views

BBA 1_2020

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.


2 3

SIDANG REDAKSI

Petikan Kata-Kata

Ketua Polis Negara

PENUBUHAN SEKRETARIAT KE-10 TAHUN:

ASEANAPOL TERUS LAKAR

KEJAYAAN DI RANTAU

ASIA TENGGARA

Kuala Lumpur, 8 Januari 2020 - Walaupun pelbagai

cabaran telah diharungi sepanjang 10 tahun

penubuhannya, Sekretariat ASEAN National Police

(ASEANAPOL) tetap gah sebagai sebuah badan

penyelaras dalam menjalin dan meningkatkan kerjasama

antara negara anggota bagi memerangi jenayah

transnasional khasnya di rantau Asia Tenggara.

Ketua Polis Negara merangkap Pengerusi Tetap

Sekretariat ASEANAPOL, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul

Hamid Bador berkata, dari awal penubuhannya pada

tahun 2010, Sekretariat telah mengorak langkah menjadi

badan penguatkuasa undang-undang di peringkat

tempatan dan antarabangsa sehinggakan diiktiraf di

peringkat global.

Jelas beliau, penghormatan mestilah diberikan kepada

barisan kepimpinan terdahulu dan sekarang yang

menjadikan ASEANAPOL dikenali sehingga ke hari ini.

“Terima kasih juga kepada Kerajaan Malaysia atas

sokongan yang telah diberikan selama ini dalam

membantu usaha ASEANAPOL memastikan keamanan

dan kestabilan serantau terjaga,” ujar beliau dalam Majlis

Serah Terima Tugas Pengarah Sekretariat ASEANAPOL

di Ibu Pejabat ASEANAPOL, Menara Berkembar Bank

Rakyat.

Ketua Pengarah Polis, Kementerian Keselamatan

Sosial Republik Sosialis Vietnam merangkap Pengerusi

ASEANAPOL, Police Senior Colonel Le Duc Tuyen

menjadi saksi kepada penyerahan tugas Pengarah

Eksekutif Sekretariat ASEANAPOL oleh Police Colonel

Kenechanh Phommachck dari Laos kepada penyandang

baharu, Deputy Assistant Commisioner Jim Wee dari

Singapura.

Turut berlangsung ialah majlis penyampaian

cenderahati kepada bekas Pengarah Pelan dan

Program Sekretariat ASEANAPOL, ACP Puan Aidah

Othman dan Pengarah Perkhidmatan Polis Sekretariat

ASEANAPOL, Superintendan Tang Yik Tung yang telah

menamatkan tugas mereka dalam badan induk tersebut.

Terdahulu, telah berlangsung Majlis Kunjungan Hormat

ke atas Tan Sri Abdul Hamid oleh Pesuruhjaya Polis

Singapura, CP Hong Wee Teck dan Police Senior, Colonel

Le Duc Tuyen di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Ketibaan para tetamu kehormat tersebut sebagai

memenuhi undangan ASEANAPOL dengan disambut

oleh barisan kepimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia

(PDRM) sebelum mereka menerima tabik hormat dari

Kawalan Kehormatan Utama oleh Pasukan Simpanan

Persekutuan di lobi Menara 1.

Editor

SAC Dato’ Asmawati Ahmad

Penolong Editor

SUPT Skandaguru Anandan

ASP Norhamizah Abu Bakar

ASP S.Vishvamalar A.Sirosagee

ASP Abdul Rahim Othman Siru

Pembantu Penolong Editor

INSP Fatimah Jaafar

INSP Siti Arbai’yah Md Nadirin

INSP Alziz Dason

Pereka Grafik

INSP Muhamad Asiff Jamaldin

Kpl Mohd Azahar Ahmad Suhaimi

L/Kpl Mohamad Nurhafiz Awang

Jurufoto

SM Zaiddin Dahalan

Kpl Aslam Syir Khan

L/Kpl Muhammad Rafsamjani

L/Kpl Nurfaeroz Idris

Sumbangan Artikel

Unit Penerbitan dan Publisiti (UPP)

Unit Portal dan Media Sosial

(UPMS)

Unit Sumber Informasi dan Analisis

(SIDA)

Saya sangat berbangga dan

menjunjung tinggi pengorbanan

setiap warga PDRM, yang ikhlas

menggalas tanggungjawab yang

diamanahkan, meskipun terpaksa

berhadapan dengan risiko

yang boleh mengancam nyawa

sendiri. Walaupun badai datang

melanda, bercerai jasad dan

nyawa, kita sanggup melakukan

apa sahaja demi kesejahteraan

dan kepentingan masyarakat

seluruhnya.

Sebagai agensi penguatkuasa

undang-undang utama negara,

Polis Diraja Malaysia harus kekal

unggul, berintegriti, efektif dan

sentiasa dekat di hati masyarakat.

Kita juga perlu sentiasa bersiap

siaga, untuk berhadapan dengan

apa jua situasi yang mendatang,

kerana masyarakat dan negara

menyandarkan harapan yang

tinggi kepada Pasukan.

Perutusan Ketua Polis Negara sempena

Hari Polis Ke-213 Tahun 2020.

25 Mac 2020

Perhimpunan Bulanan Peringkat Bukit Aman

Anjuran Jabatan Siasatan Jenayah.

21 Februari 2020



4 5

ATLET PDRM DIRAI CATAT

PRESTASI CEMERLANG DI SUKAN SEA 2019

Kuala Lumpur, 7 Januari 2020 - Sebagai

meraikan prestasi cemerlang para atlet

Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Sukan Asia

Tenggara (SEA) 2019 di Manila, Filipina akhir

tahun lalu, satu majlis khas telah diadakan di

Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Bukit

Aman.

Majlis yang telah disempurnakan oleh Ketua

Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid

Bador itu bersempena kejayaan para atlet PDRM

membawa pulang 12 pingat (lima emas, tiga perak dan

empat gangsa) dalam tujuh daripada 10 acara sukan yang

disertai pada temasya tersebut.

Tan Sri Abdul Hamid dalam ucapannya melahirkan

rasa bangga atas pencapaian para atlet PDRM dalam

mengharumkan nama Pasukan.

Jelas beliau, biarpun pungutan pingat tidak berjaya

menyamai pencapaian dalam Sukan SEA 2017,

semangat dan usaha para atlet bagi memburu kejayaan,

demi mengharumkan nama negara di pentas sukan

antarabangsa wajar diberi penghargaan.

“Sebagai tanda pengiktirafan, saya memutuskan agar

mereka yang berjaya meraih pingat dalam temasya

sukan berprestij akan datang, berpeluang

dipertimbangkan untuk Kenaikan Pangkat Secara

Medan,” jelas beliau.

Kemuncak program, Majlis Sukan PDRM di

bawah Tabung Kebajikan Sukan dan Sosial

(TKSS) turut memberikan insentif serta Sijil

Penghargaan Ketua Polis Negara kepada

para atlet yang terlibat.

Beliau berharap agar insentif dan penghargaan

berkenaan akan lebih menaikkan semangat dan moral

para atlet PDRM untuk terus berjuang dan berjaya lagi di

masa akan datang.

SEMANGAT

KEKELUARGAAN

TONGGAK KEKUATAN

UTK

Gombak, 11 Januari

2020 - Unit Tindakhas

(UTK) Polis Diraja Malaysia

(PDRM) telah mengadakan

hari keluarga bersempena

sambutan Hari Ulang Tahun

(HUT) UTK Ke-45 di Institut Penyelidikan

Perhutanan Malaysia, Kepong.

Penganjuran hari keluarga berkenaan

bertujuan memupuk semangat kekeluargaan

dan setia kawan yang sentiasa menjadi

pedoman dan kekuatan pada setiap warga

kerja UTK.

Berucap dalam majlis perasmian program

tersebut, Komander UTK, SAC Tuan Mohd

Khairi Khairudin melahirkan rasa bersyukur

dan terharu kepada ahli keluarga UTK yang

dapat meluangkan masa memeriahkan lagi

sambutan HUT pada tahun ini.

“Sesungguhnya dengan kehadiran para isteri

dan suami menjadi bukti sokongan atas

usaha warga UTK untuk kita bersua muka

serta dapat saya mengenali dengan lebih dekat antara satu sama lain.

“Adalah menjadi harapan saya dengan adanya program seumpama ini

semangat kerjasama yang sentiasa menjadi tonggak dalam UTK akan

terus mekar dan menjadi amalan semua,” ujar beliau.

Program kali ini turut memberikan sumbangan ikhlas kepada 21 orang

warga UTK yang telah mendirikan rumah tangga dan menimang cahaya

mata kali pertama pada tahun lalu. Tidak ketinggalan juga anak-anak

yang baru memasuki alam persekolahan dan tingkatan 1.

SAC Tuan Mohd Khairi berkata, sumbangan yang diberikan adalah

sebagai dasar kebajikan bagi membalas jasa operatif dan keluarga

yang telah banyak berkorban masa demi tugas dan tanggungjawab

yang diberikan.



6 7

OP SELAMAT 16:

PDRM TAWAR 50% PENGURANGAN SAMAN SECARA DALAM

TALIAN BERMULA 18 JANUARI

Petaling Jaya, 14 Januari 2020 - Polis Diraja

Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan dan

Penguatkuasaan Trafik (JSPT) buat julung kalinya

mengambil inisiatif dengan menawarkan diskaun

saman sebanyak 50 peratus secara dalam talian

sempena Op Selamat 16/2020.

Pelaksanaan inisiatif tersebut selaras

dengan seruan kerajaan dalam Pelan

Strategik e-Pembayaran Sektor Awam bagi

membolehkan orang ramai menikmati tawaran

diskaun saman tersebut pada 18 hingga 22

Januari 2020 dengan melayari portal www.

myeg.com.my dan www.rilek.com.my.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Timbalan Ketua

Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor

dalam ucaptamanya melancarkan Op Selamat

16/2020 di perkarangan Persada Plus, Subang Jaya,

bagi sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.

Dengan mengekalkan tema ‘Rumah Selamat,

Selamat Sampai ke Destinasi’, PDRM bersama rakan

strategiknya, PLUS Malaysia Berhad merangkap

penaja utama menfokuskan keselamatan harta

benda dan premis kediaman agar orang ramai yang

akan pulang ke kampung halaman memaklumkan

perancangan cuti kepada pihak polis.

“Orang ramai boleh mendapatkan Borang Maklumat

Balik Kampung di balai-balai polis berhampiran atau

dengan menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone

Patrol (VSP),” tambah beliau.

PDRM juga akan menggerakkan seluruh elemennya

secara sistematik di peringkat kontinjen khusus

bagi tujuan rondaan pencegahan jenayah dan

pemantauan secara berjadual di kawasan-kawasan

hotspot terutamanya kawasan kediaman serta premis

perniagaan.

Selain itu, enam kesalahan utama iaitu memandu melebihi

had laju, memandu di lorong kecemasan, memotong garisan

berkembar, memotong barisan, tidak mematuhi lampu

isyarat dan menggunakan sebarang alat komunikasi semasa

memandu akan dikenakan saman maksimum

RM300 serta-merta terhadap pengguna

jalan raya yang dikesan melanggar undangundang

tersebut selari dengan usaha untuk

meminimumkan kadar kemalangan jalan raya

sepanjang tempoh operasi dilaksanakan.

Dalam majlis tersebut juga, Dato’ Pahlawan

Mazlan berkesempatan melakukan Flag-Off

simbolik jalinan kolaborasi PDRM bersama

agensi Emergency Response Team (ERT)

yang terdiri daripada PLUS Expressways Berhad (PLUS),

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Jabatan Bomba dan

Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Pengangkutan Jalan

(JPJ), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan

Pertahanan Awam Malaysia (APM), Persatuan Bulan Sabit

Merah (PBSM), St. John Ambulance dan Pihak Berkuasa

Tempatan (PBT).

GTSP DAN PDRM SAFE CAM PARTNERSHIP:

KERJASAMA SYARIKAT KORPORAT, NGO BANTU

PDRM CEGAH JENAYAH

Kajang, 16 Januari 2020 - Dalam usaha memerangi

jenayah secara meluas, Polis Diraja Malaysia (PDRM)

melalui Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan

Komuniti (JPJKK) sentiasa komited menjalin kerjasama

dengan syarikat korporat dan badan bukan kerajaan

(NGO) bagi memperkasakan program pencegahan

jenayah di negara ini.

Ia jelas dapat dilihat menerusi program Go To Safety Point

(GTSP) yang mendapat sokongan daripada lima buah

syarikat iaitu Petron, Shell, BHP, Petronas dan Caltex

dengan penglibatan sejumlah 2,918 stesen minyak di

seluruh negara.

Sehubungan dengan itu, satu majlis menandatangani

Memorandum Persefahaman (MoU) tanggungjawab sosial

korporat antara PDRM dengan syarikat-syarikat korporat

berkenaan telah diadakan di Dewan Haji Ahmad Shah,

Maktab PDRM Kuala Lumpur, bagi memperkukuhkan lagi

kerjasama yang terjalin.

Majlis berkenaan turut membabitkan dua buah NGO iaitu

Federation of Malaysian Manufacturers (FMM) dan Lions

Clubs International.

Berucap pada majlis tersebut, Pengarah JPJKK Bukit

Aman, CP Dato’ Zainal Abidin Kassim berkata, MoU

berkenaan merupakan inisiatif antara PDRM dengan

syarikat swasta dalam melakukan program pencegahan

jenayah, kebajikan dan pendidikan bagi menjaga

kemashalatan masyarakat serta negara.

“Semoga program sebegini menjadi contoh kepada

syarikat dan NGO lain untuk turut sama berusaha

mengurangkan jenayah dan meningkatkan semangat

caring society seiring dengan tema Polis dan

Masyarakat Berpisah Tiada,” ucap beliau yang

turut melancarkan pelekat baharu GTSP dan

mengumumkan penyertaan FMM dalam PDRM

Safe Cam Partnership.

“PDRM Safe Cam Partnership ini menggalakkan

syarikat swasta atau mana-mana persatuan yang

menjadi ahli, memasang kamera litar tertutup di

premis masing-masing, bagi memudahkan mereka

berkongsi rakaman dengan pihak polis sekiranya

diperlukan bagi tujuan siasatan.

“Sesungguhnya, PDRM amat mengalu-alukan

sebarang bentuk kerjasama dalam usaha

pencegahan jenayah bagi memenuhi matlamat

bersama ke arah memberikan perkhidmatan yang

lebih cekap, berkesan dan cemerlang kepada

masyarakat dan negara,“ katanya lagi.



8 9

KONTINJEN NEGERI SEMBILAN

PECAH TRADISI MUNCUL JUARA

KEJOHANAN BOLA JARING PIALA KPN 2020

Kuala Lumpur, 17 Januari 2020 - Pasukan Bola

Jaring Kontinjen Negeri Sembilan muncul juara

Kejohanan Bola Jaring Piala Ketua Polis Negara

(KPN) 2020 sekali gus membawa pulang piala

pusingan selepas memecahkan tradisi kejuaraan

selama 15 tahun milik Kontinjen Selangor dalam

perlawanan akhir menentang Kontinjen Johor di

Stadium Titiwangsa.

Kedua-dua pasukan telah menunjukkan teknik

permainan profesional dan ternyata mengujakan

para penonton yang hadir. Walau bagaimanapun,

nasib lebih menyebelahi Kontinjen Negeri Sembilan

dengan pungutan mata 46 berbalas 33 meskipun

pasukan lawan telah memberikan saingan yang

sengit.

Kontinjen Selangor terpaksa akur di tempat ketiga

selepas tewas kepada Kontinjen Johor dalam

perlawanan separuh akhir.

Selesai perlawanan, majlis diteruskan dengan

perasmian penutupan oleh Pengerusi Persatuan

Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Datin

Seri Norazrin Marzuki yang mewakili KPN, IG Tan

Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.

Dalam ucapannya, Puan Sri Norazrin memuji

inisiatif Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia (PDRM)

yang menyenaraikan sukan bola jaring dalam

takwim kejohanan, sekali gus memberi ruang

kepada kaum wanita dalam Pasukan menonjolkan

bakat dan kemahiran mereka.

Sebanyak 17 pasukan telah mewakili kontinjen masingmasing

dalam kejohanan tersebut yang berlangsung selama

empat hari, bermula 14 hingga 17 Januari lalu.

“Syabas dan tahniah atas komitmen dan semangat yang

ditunjukkan oleh semua peserta. Biarpun kalian mempunyai

tanggungjawab terhadap keluarga serta tugas hakiki di

pejabat, namun tetap meluangkan masa bergiat aktif dalam

bidang sukan, juga menyokong kejohanan anjuran PDRM,”

ujar beliau lagi.

Majlis turut diserikan lagi dengan upacara penyampaian hadiah

dan piala kepada para pemenang oleh Puan Sri Norazrin. Bagi

kategori pemain terbaik dan penjaring terbanyak disandang

oleh Sarjan Aryani Ajit dan ASP Siti Rafizah Johari dari

Kontinjen Johor. Manakala bagi kategori pertahanan terbaik

pula disandang oleh Koperal Sokongan Azeemah Abdullah

dari Kontinjen Negeri Sembilan.

KDN PERKENAL

TIGA TERAS

STRATEGIK UTAMA

DALAM FOKUS 2020

Putrajaya, 16 Januari 2020 - Kementerian Dalam

Negeri (KDN) telah mengumumkan tiga teras

strategik utama sebagai panduan dalam Fokus 2020

bagi memperkasakan keselamatan ketenteraman

awam, memantapkan institusi sistem perkhidmatan

serta mengukuhkan keselamatan rentas sempadan.

Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Dalam

Negeri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin

dalam amanatnya yang disampaikan di hadapan 1,000

orang warga KDN di Majlis Perhimpunan Bulanan

KDN anjuran Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi bulan

Januari 2020 yang berlangsung di Auditorium Blok

D8, Kompleks KDN, Putrajaya.

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin berkata, tiga teras utama Fokus 2020 ini akan sekaligus menyokong visi

dan misi KDN ke tahap yang lebih cemerlang dan berharap agar semua warga KDN meletakkan keutamaan dalam setiap

perancangan serta memberikan sepenuh komitmen dalam setiap program yang dirancang oleh pihak Kementerian.

Perhimpunan pada kali ini turut menyaksikan pelancaran Modul Pendaftaran dan Permit Mengubur Secara Atas

Talian melalui Sistem Laporan Polis Bersepadu (iPRS) yang merupakan kolaborasi antara PDRM dan Jabatan

Pendaftaran Negara.



10 11

PERTEMUAN PRESIDEN FAM BINCANG HALA TUJU

BOLA SEPAK PDRM FA

CP Dato’ Abd Rahim Jaafar bersama Ketua Jabatan

Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur

merangkap Setiausaha Kehormat Persatuan Bola

Sepak PDRM, ACP Tuan Haji Zulkefly Yahya sambil

disaksikan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG

Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor di Bilik Mesyuarat

Utama, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur, 21 Januari 2020 -

Dalam usaha meningkatkan

lagi mutu bola sepak di Malaysia,

Persatuan Bola Sepak Polis Diraja

Malaysia (PDRM FA) telah

menerima Kunjungan

Hormat daripada

delegasi Persatuan

Bola Sepak Malaysia

(FAM) yang diketuai

oleh presidennya,

Datuk Haji Hamidin

Haji Mohd Amin di Bilik

Mesyuarat Utama, Pusat

Latihan (PULAPOL) Kuala

Lumpur.

Kunjungan tersebut antara lainnya

bertujuan membincangkan hala tuju

bola sepak kebangsaan khasnya

PDRM FA di samping bertukartukar

buah fikiran mengenai industri

bola sepak tanah air.

Berucap dalam majlis itu, Timbalan

Ketua Polis Negara merangkap

Presiden PDRM FA, DIG Dato’

Pahlawan Mazlan Mansor berharap

FAM dapat memberikan

sokongan dan perhatian

kepada PDRM FA dari segi

kewangan, kemudahan

sukan serta khidmat

sokongan teknikal bagi

memajukan lagi mutu

bola sepak PDRM FA.

“Saya juga menaruh sepenuh

kepercayaan kepada

barisan Ahli Jawatankuasa dan

barisan Exco PDRM FA, untuk

menggembleng tenaga, mencurah

bakti serta menyumbang idea demi

memastikan kelangsungan PDRM

FA, dalam saingan Liga Malaysia,”

ujar beliau.

PDRM FA TERIMA TAJAAN

DARIPADA redONE

NETWORK SDN BHD

Kuala Lumpur, 23 Januari 2020 - redONE Network Sdn.

Bhd. berbesar hati menaja pasukan bola sepak Polis

Diraja Malaysia (PDRM), The Cops, demi membawa skuad

tersebut menjuarai Liga Super pada tahun ini.

Majlis menandatangani kontrak penajaan bersama syarikat

tersebut disempurnakan antara ketua pegawai eksekutifnya,

Encik Mohd Farid Yunus dengan Pengarah Pengurusan

merangkap Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak PDRM,

KPN LUANGKAN MASA BERSAMA WARGA PERKEP PDRM

Kuala Lumpur, 23 Januari 2020 - Pepatah

Melayu ada menyebut bahawa di sebalik

kejayaan seorang lelaki, pasti ada seorang wanita

yang berdiri teguh dibelakangnya.

Begitulah perumpamaannya dengan Persatuan

Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia yang dilihat

sebagai tulang belakang kepada keutuhan Polis

Diraja Malaysia (PDRM) sehingga ke hari ini.

Berucap dalam Majlis Ramah Mesra Ketua Polis

Negara (KPN) Bersama PERKEP Malaysia, IG Tan

Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menzahirkan

penghargaannya kepada persatuan wanita berusia

52 tahun itu yang disifatkan penuh berwibawa

dalam menyatupadukan keseluruhan warga PDRM.

Dalam ucapannya, Dato’ Pahlawan Mazlan

menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan, kepada

pihak redONE Network atas keprihatinan dan sokongan

yang diberikan kepada The Cops untuk meneruskan

persaingan bagi musim tahun 2020.

Tambah beliau, The Cops harus memberi saingan sengit

kepada barisan pasukan lain di peringkat Liga Super

yang mana Liga Malaysia akan membuka tirainya pada

28 Februari 2020 sekali gus dapat bersaing bersama

nama-nama besar dalam arena sukan bola sepak

negara.

Perlawanan pertama dalam Liga Super Malaysia 2020

akan membuka tirainya dengan perlawanan Piala

Sumbangsih yang menemukan juara Liga Super, Johor

Darul Ta’zim (JDT) dan juara Piala FA, Kedah di Stadium

Sultan Ibrahim Larkin, Iskandar Puteri, Johor.

“Semoga PERKEP akan terus berdiri teguh dan melakar lebih

banyak kejayaan serta kecemerlangan, sekali gus menjulang

martabat kaum wanita seluruhnya,” ujar beliau di hadapan kirakira

200 warga PERKEP Malaysia yang hadir di Dewan Tan Sri

Khalid Abu Bakar, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur.

Tan Sri Abdul Hamid turut meluangkan masa hampir 30 minit

melihat hasil kraftangan dan aktiviti sepanjang tahun persatuan

tersebut di mini galeri PERKEP Malaysia sambil diiringi isterinya

merangkap Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Datin Seri

Norazrin Marzuki.



12 13

LATIHAN MENEMBAK BERSAMA MEDIA PUPUK

KEFAHAMAN PENUGASAN UTK

Sungai Buloh, 2 Februari 2020 - Sempena

ulang tahun ke-45 penubuhannya, Unit

Tindakhas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM)

telah mengadakan satu program latihan menembak

bersama para pengamal media di Lapang Sasar

PDRM.

terhadap nasihat serta arahan oleh operatif

UTK merupakan tanggungjawab bersama

dalam memastikan matlamat masing-masing

tercapai,” ujar Komander UTK, SAC Tuan Mohd

Khairi Khairudin ketika berucap pada majlis

perasmian program.

266

Sepang, 31 Januari 2020 - Laungan ikrar

dan sumpah taat setia oleh 266 pelatih Polis

Bantuan bergema pada Majlis Tamat Latihan Asas

Pegawai dan Pembantu Keselamatan Penerbangan

(Polis Bantuan) Malaysia Airports Holdings Berhad

(MAHB) yang berlangsung di Kompleks Bunga

Raya, Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur

(KLIA).

Majlis yang disempurnakan oleh Ketua Polis

Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador itu

sebagai meraikan kejayaan 17 pelatih pegawai dan

249 anggota MAHB selepas menamatkan latihan

asas selama enam bulan di bawah kendalian Pusat

Latihan Polis Kuala Lumpur dan School of Aviation

Security Malaysia Airport Training Centre.

Dalam amanatnya, Tan Sri Abdul Hamid berharap

agar kesemua bakal Pegawai dan Pembantu

Keselamatan Penerbangan MAHB akan

melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan

penuh integriti, berhemah, berdedikasi dan ikhlas.

“Jauhi gejala-gejala negatif seperti penyalahgunaan

kuasa, rasuah, penagihan dadah dan maksiat,

kerana ia bukan sahaja merosakkan diri sendiri,

tetapi mampu menghakis kepercayaan masyarakat

terhadap institusi kepolisan,” ujar beliau.

Tambah Tan Sri Abdul Hamid, MAHB yang memiliki

kekuatan Polis Bantuan terbesar iaitu seramai

4,120 orang, dilihat begitu menyokong keperluan

penugasan Polis Diraja Malaysia (PDRM), terutama

di semua lapangan terbang antarabangsa bagi

memelihara dan menjamin keselamatan di pintu

masuk utama negara.

“Komitmen dan kolaborasi antara PDRM dengan

Aviation Security (AVSEC), Ibu Pejabat Polis

POLIS BANTUAN MAHB

LAFAZ IKRAR, SUMPAH TAAT SETIA

Daerah KLIA telah berjaya merekodkan penurunan jenayah

indeks sebanyak 10.84 peratus, iaitu 74 kes bagi tahun 2019,

berbanding 83 kes pada tahun 2018.

Begitu juga dengan jenayah non-indeks yang mencatatkan

penurunan sebanyak 116 kes bagi tahun 2019, berbanding 118

kes,” jelas beliau lagi.

Beliau turut menasihati semua petugas di pintu-pintu masuk

negara agar menjaga kesihatan dan mengambil langkah-langkah

perlindungan yang sewajarnya dalam berhadapan dengan

penularan wabak Novel Coronavirus.

Program yang melibatkan seramai 65 peserta itu

bertujuan mengeratkan lagi kerjasama antara polis dengan

pihak media dalam melaporkan sesuatu pencapaian dan

kejayaan Pasukan kepada masyarakat.

Selain itu, program berkenaan turut diadakan bagi

memupuk persefahaman terbaik tentang keperluan tugas

UTK kepada pihak media, terutama penugasan melibatkan

kawalan keselamatan ke atas pemimpin negara dan tetamu

kehormat (VVIP).

“Kepentingan pengamal media dalam mematuhi prosedur

kawalan keselamatan ke atas VVIP dan kepatuhan

Dalam program sama, SAC Tuan Mohd Khairi turut

menyampaikan hadiah kepada para pemenang bagi

dua kategori yang dipertandingkan iaitu ketepatan

individu dan jatuhan piring berkumpulan.

Bagi kategori individu, Encik Aliff Shaddam Ibrahim

dari Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah memenangi

tempat pertama dengan memperoleh markah sebanyak

83 peratus, diikuti Puan Minderjeet Kaur Daleep Singh

Bhatt dari Free Malaysia Today (FMT) di tempat kedua

dengan 82 peratus dan Encik Mohd Hanies Azmi di

tempat ketiga dengan 75 peratus.

Manakala tempat pertama bagi

kategori jatuhan piring

berkumpulan dimenangi Team H

yang diketuai oleh Ketua Juruiring

Perdana Menteri, ACP Tuan Zaidi

Ali Ibrahim, tempat kedua dimiliki

oleh Team A yang diketuai

Komander UTK dan tempat

ketiga berjaya diduduki Team L

yang diketuai oleh Timbalan

Komander (Operasi) UTK, ACP

Tuan Mohd Suzrin Mohd Rodhi.

Program turut dimeriahkan

dengan gimik menyelamat VVIP

dan persembahan menembak

oleh para pegawai serta anggota

operatif UTK yang ternyata

memukau perhatian semua para

hadirin.



14 15

LEBIH 2,000 HADIR TAZKIRAH PERDANA

USTAZ DR. ABDUL SOMAD DI BUKIT AMAN

Kuala Lumpur, 2 Februari 2020 - Lebih 2,000

pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM)

hadir memenuhi segenap ruang dewan solat utama

Masjid Bukit Aman bagi mendengar tazkirah perdana

yang disampaikan oleh pendakwah dan ulama terkenal

Indonesia, Ustaz Dr. Abdul Somad Batubara.

Beliau yang baru tiba di tanah air telah menyampaikan

tazkirah bertajuk ‘Pasukan Berintegriti, Masyarakat

Dilindungi’ dalam program yang dianjurkan PDRM

melalui Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS)

Bukit Aman.

Op Selamat 16/2020 turut merekodkan peningkatan

jumlah pengeluaran saman atas pelbagai kesalahan iaitu

sebanyak 399,988. Dalam masa yang sama, melalui

tawaran diskaun sebanyak 50 peratus bagi saman terpilih

yang dilancarkan selama lima hari bermula dari 18 Januari

sehingga 22 Januari 2020 lalu, sebanyak 402,714 saman

telahpun dijelaskan. Kesalahan pandu laju merupakan

saman paling tinggi diselesaikan oleh pengguna jalan raya

iaitu sebanyak 260,792 saman.

Dalam usaha mengekang masalah pemanduan di

bawah pengaruh alkohol, Op Mabuk juga telah diadakan

sepanjang Op Selamat berlangsung. PDRM memandang

serius isu ini dan menyokong penuh keputusan Kabinet

untuk meminda undang-undang sedia ada berkaitan

kesalahan memandu kenderaan dalam keadaan mabuk,

pengaruh dadah serta memandu secara bahaya.

Manakala bagi peringkat daerah pula, Ibu Pejabat Polis

Daerah (IPD) Perak Tengah diumum sebagai daerah

terbaik, IPD Segamat, Johor dan IPD Dalat, Sarawak

masing-masing di kedudukan kedua serta ketiga.

Kesemua hadiah telah disampaikan oleh Dato’ Pahlawan

Mazlan kepada para pemenang.

Antara perkara yang disentuh oleh Ustaz Dr. Abdul

Somad adalah tentang mengingatkan warga PDRM agar

bekerja dengan jujur dan amanah serta sentiasa mencari

redha Allah SWT.

“Sedarlah semua bahawa segala perbuatan akan

dihitung dan dihisab di hadapan Allah SWT.

“Maka marilah kita bersama-sama meningkatkan

ketakwaan dengan melaksanakan segala perintah dan

meninggalkan segala laranganNya”, ujar beliau.

Beliau turut menjawab dan melontarkan pandangan dari

sudut Islam berkaitan isu-isu yang dikemukakan oleh

para hadirin.

OP SELAMAT 16/2020: KECUAIAN PEMANDU DAN

PENUNGGANG MOTOSIKAL PUNCA UTAMA

KEMALANGAN MAUT

Kuala Lumpur, 5 Februari 2020 - Kecuaian sendiri

dan penunggang motosikal merupakan punca utama

kemalangan maut berlaku dalam kalangan pengguna jalan

raya sepanjang tempoh Op Selamat 16/2020 dilancarkan

bersempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.

Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan

Mansor berkata, analisa yang dilakukan oleh Polis Diraja

Malaysia (PDRM) mendapati sikap kecuaian pemandu

dan penunggang motosikal masih menjadi penyumbang

tertinggi kes kemalangan iaitu sebanyak 66 kes dan

pengguna motosikal 147 kes.

Tambahnya, jumlah kemalangan sepanjang Op Selamat

16/2020 sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang

berakhir 2 Februari lalu meningkat kepada 23,208 kes

berbanding 20,829 kes pada Op Selamat 14/2019 tahun

lalu.

“Secara purata, kadar kes kematian yang dicatatkan

pada hari-hari biasa adalah sebanyak 17 kematian sehari.

Namun dengan adanya operasi ini, ia berjaya diturunkan

kepada 15 kematian dalam sehari,” ujarnya lagi.

Dato’ Pahlawan Mazlan turut merakamkan penghargaan

dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada

PLUS Malaysia Berhad, Jabatan Bomba dan Penyelamat

Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Pihak Berkuasa

Tempatan, Kementerian Kerja Raya, Lembaga Lebuhraya

Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia,

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, St. John

Ambulans Malaysia dan konsesi-konsesi lebuh raya yang

bersama-sama menjayakan kempen Op Selamat kali ini.

Bersempena Majlis Penganugerahan Kontinjen dan Daerah

Terbaik Op Selamat 16/2020, Kontinjen Perak dinobatkan

sebagai kontinjen terbaik Op Selamat 16/2020, disusuli

oleh Kontinjen Pulau Pinang dan Kontinjen Perlis.

MESYUARAT MBJ TUMPU ASPEK KEBAJIKAN DAN

KEMAJUAN WARGA PDRM

Kuala Lumpur, 12 Februari

2020 - Mesyuarat Majlis

Bersama Jabatan (MBJ) kali

pertama bagi tahun 2020 di Bukit

Aman menumpukan kepada aspek

memperkasakan kebajikan dan

kemajuan warga Polis Diraja

Malaysia (PDRM) agar selari dengan

usia Pasukan yang

bakal mencecah

213 tahun, 25 Mac

2020.

Perkara tersebut

dinyatakan oleh

Timbalan Ketua

Polis Negara,

DIG Dato’

Pahlawan Mazlan

Mansor ketika

mempengerusikan

mesyuarat yang dihadiri oleh

barisan Pengarah dan pengerusi

persatuan PDRM.

Beliau turut menyeru persatuanpersatuan

yang ada dalam Pasukan

menggunakan platform sedia ada

bagi membincangkan isu-isu pokok

yang melanda ahli masing-masing di

samping menjalankan aktiviti yang

telah direncanakan.

“Saya menyeru kesemua ahli

jawatankuasa yang dilantik di

setiap peringkat khususnya pusat,

kontinjen dan daerah untuk terus

memberikan komitmen yang terbaik

demi kemaslahatan Pasukan

keramat ini.

“Insya-Allah, menerusi platform

MBJ ini, barisan pucuk tertinggi

PDRM akan mendengar segala

keluh kesah, seterusnya mencari

kata sepakat bagi menyelesaikan

tuntutan Persatuan dan Kesatuan

di dalam PDRM yang mewakili

pihak pekerja,” ujar Dato’ Pahlawan

Mazlan.





18 19

PENGHUNI KUARTERS PDRM

TERIMA 16 UNIT LIF BAHARU

Kuala Lumpur, 19 Februari 2020 - Penghuni di lapan

buah blok kuarters perumahan Pusat Latihan Polis

(PULAPOL) dan Balai Polis Pantai, menerima 16 unit lif

baharu membabitkan peruntukan sebanyak RM7.108 juta.

Proses penggantian lif yang selesai dilaksanakan

tersebut memberi kemudahan dan keselesaan, sekaligus

menceriakan seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM)

yang menetap di kedua-dua kawasan perumahan

berkenaan.

Kuala Lumpur, 7 Februari 2020 - Pengarah Jabatan

Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Mohd

Khalil Kader Mohd optimis melaksanakan visi dan misi

jabatan meskipun beliau hanya mempunyai tempoh enam

bulan untuk memenuhi ekpektasi pimpinan tertinggi

Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta masyarakat, selepas

mengambil alih jawatan tersebut pada 15 Julai 2019.

Dengan pengetahuan dan pengalaman luas yang dimiliki,

beliau telah memberi sepenuh komitmen dalam merangka

serta merancang strategi terbaik untuk membawa JSJN

ke tahap lebih baik, selain memastikan kejayaan diperoleh

setiap kali operasi membanteras aktiviti dadah dijalankan.

Ternyata, di bawah pimpinan beliau, pelbagai jenis operasi

seperti Op Ice Breaker, Op Wild Cat, Op Club Rats, Op

Damn Tokan dan Op Blue Devil berjaya merekodkan

jumlah rampasan dadah serta tangkapan suspek yang

tinggi.

JSJN turut melakar beberapa kejayaan besar, antaranya

rampasan sebanyak 12 tan dadah jenis Kokain bernilai

RM2.4 bilion di Pulau Pinang, menerusi Op Eagle pada

10 September 2019.

Terbaharu, di bawah inisiatif JSJN, Bahagian Lapangan

Terbang Narkotik (Narcotic Airport Division) telah

diwujudkan di beberapa lapangan terbang seluruh

Malaysia bagi mengukuhkan kawalan pintu masuk negara

dalam usaha membanteras penyeludupan dadah melalui

jalan udara.

“Sekalipun baru memimpin JSJN, usaha Dato’ Mohd

Khalil dengan mempergiat operasi dan memperkenalkan

pendekatan yang lebih tegas serta agresif telah

menjadikan jabatan itu begitu cemerlang sekali,” ucap

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul

Hamid Bador dalam Majlis Serah Terima Tugas Pengarah

JSJN kepada peneraju baharu, CP Dato’ Ramli Din di

Mes Pegawai Kanan, Bukit Aman.

DATO’ MOHD KHALIL

CEMERLANG SEPANJANG 6 BULAN TERAJUI JSJN

Tambah Tan Sri Abdul Hamid, legasi yang ditinggalkan

Dato’ Mohd Khalil melalui slogan, ‘Malaysia Bersih Dadah’

itu akan kekal sebagai wawasan yang perlu direalisasikan,

demi memastikan JSJN kekal relevan.

Bagi memberi penghormatan terakhir sebelum Dato’

Mohd Khalil bersara secara rasmi pada 10 Februari

2020, seramai 2,000 pegawai dan anggota PDRM hadir

memeriahkan Majlis Paluan Berundur Pengarah JSJN

yang diadakan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Jalan

Semarak, di sini pada sebelah petang.

Upacara yang berlangsung kira-kira sejam itu turut

diserikan dengan pimpinan persembahan Pancaragam

Pusat PDRM oleh Dato’ Mohd Khalil sendiri.

Suasana sedikit sebak ketika beliau bersalaman dengan

warga PDRM, terutama dari jabatannya sendiri sebelum

dibawa menaiki kenderaan istiadat bersama isteri, Datin

Hajah Radziah Zakaria dan ahli keluarga sebagai simbolik

tanda perpisahan.

Dato’ Mohd Khalil telah memulakan karier dalam PDRM

pada 28 Mac 1982 sebagai Inspektor selepas mengikuti

latihan asas kepolisan di PULAPOL Kuala Lumpur.

Sepanjang 38 tahun berkhidmat, beliau telah

menyandang beberapa jawatan penting seperti

Ketua Polis Daerah Putrajaya pada tahun 2003,

Timbalan Ketua JSJN (Risikan / Operasi) Sabah

(2009), Setiausaha PDRM (2016) dan Ketua Polis

Johor pada tahun 2016.

Ternyata, pencapaian JSJN melalui usaha dan

komitmen yang ditunjukkan oleh Dato’ Mohd Khalil,

secara tidak langsung telah menaikkan nama serta

imej JSJN serta PDRM di mata masyarakat.

Selain itu, ia (pencapaian) menjadi penanda aras

kepada jabatan tersebut bagi mempergiatkan lagi

kerjasama dengan agensi kerajaan serta negara

serantau lain dalam membanteras aktiviti dadah di

negara ini sehingga ke akar umbi.

Seluruh warga PDRM mengucapkan jutaan terima

kasih atas segala jasa dan bakti Dato’ Mohd

Khalil sepanjang berkhidmat dalam Pasukan, dan

semoga menjalani persaraan dengan bahagia

bersama keluarga tercinta.

Selamat bersara Dato’ Mohd Khalil!

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador

menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan

khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang sentiasa

berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan dan kebajikan

warga Pasukan.

“Penggantian lif ini merupakan bukti komitmen kerajaan

yang sentiasa berusaha meningkatkan keselesaan warga

PDRM menerusi projek pembangunan fizikal.

“Ia sejajar dengan langkah strategik pemantapan

pengurusan prasarana bagi menyediakan tempat bekerja

dan kuarters yang kondusif,” katanya dalam Majlis

Perasmian Penyelarasan Projek Lif di Dewan Pengaman

PULAPOL Kuala Lumpur.

Selain itu, PDRM turut menerima peruntukan sejumlah RM22

juta di bawah Rolling Plan Keempat (RP4) Tahun 2020, bagi

menggantikan sebanyak 41 unit lif lagi di premis-premis

PDRM yang lain.



20 21

5 SASARAN UTAMA

SEBAGAI GARIS PANDUAN JSJ DALAM MEMERANGI

JENAYAH TAHUN 2020

Bukit Aman, Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’

Seri Abdul Hamid Bador berkata, penugasan PDRM

semakin mencabar di mana masyarakat hari ini semakin

peka akan hak mereka di sisi undang-undang serta

ekspektasi mereka lebih tinggi terhadap perkhidmatan

yang diberikan.

“Kita harus akur dengan kehendak masyarakat yang

sentiasa mahukan pihak polis bertindak responsif dan

proaktif dalam membendung dan mencegah kes-kes

jenayah dengan secepat mungkin,” ujar beliau.

SOKONGAN KELUARGA PEMBAKAR SEMANGAT

KONSTABEL BLLEDZDY

UNTUK DINOBAT SEBAGAI

PELATIH KESELURUHAN TERBAIK PLAK

Dungun, 20 Februari 2020 -

Sokongan moral yang padu

dari keluarga menjadi pembakar

semangat buat Konstabel Blledzdy

Reo Lorin untuk menjalani latihan

Program Latihan Asas Kepolisan

(PLAK) Konstabel (Lelaki) bilangan

23 siri 7/2019 di Pusat Latihan Polis

(PULAPOL) Dungun sekali gus beliau

dinobatkan sebagai Pelatih Terbaik

Keseluruhan.

Dilahirkan dalam keluarga yang

besar, Konstabel Blledzdy tidak

pernah merasakan ia sebagai

halangan untuk beliau memajukan

diri, malah sentiasa berusaha

untuk memperbaiki taraf hidup

keluarganya. Menyertai Pasukan

Polis Diraja Malaysia (PDRM)

sebagai Konstabel merupakan titik

permulaan baginya untuk menggapai

impian menjadi seorang Pegawai

Kanan Polis satu hari nanti.

Perbarisan tamat latihan yang

disertai seramai 297 pelatih telah

disempurnakan oleh Pengarah

Cawangan Khas Bukit Aman, CP

Dato’ Mohamed Farid Abu Hassan di

PULAPOL Dungun, Terengganu.

Dato’ Mohamed Farid turut berbesar

hati menyampaikan anugerah Pelatih

Terbaik Akademik kepada Konstabel

Muhammad Taufiq Mohamad Tarmizi

Tan manakala Pelatih Terbaik Latihan

Luar disandang oleh Konstabel

Muhammad Kahfi Mohd Nazir.

Kesemua pelatih telah menjalani

PLAK bermula 24 Ogos 2019 yang

meliputi pelbagai ilmu pembelajaran

undang-undang serta kaedahkaedah

berkesan tentang aspekaspek

pencegahan jenayah,

penggunaan dan keselamatan

senjata api, penerapan nilai-nilai

murni, pembentukan jati diri,

kerohanian serta integriti.

Di samping itu, para pelatih juga

diberi pendedahan berkaitan modul

prosedur kerja secara teori dan juga

amali, sebagai persediaan untuk

penugasan di lapangan kelak.

Dato’ Mohamed Farid dalam

ucapannya berkata, para pelatih

Konstabel PDRM perlu memikul

tanggungjawab yang diberikan

dengan penuh berintegriti demi

memartabatkan Pasukan di kaca

mata masyarakat.

“Sesungguhnya kerjaya polis adalah

satu jihad yang amat mulia. Setiap

warga PDRM adalah khalifah di

dunia ini, yang memikul amanah

untuk mencegah kemungkaran dan

menyeru ke arah kebaikan,” ujar

beliau.

Beliau turut menekankan tiga fokus

utama yang digariskan oleh Ketua

Polis Negara bagi memperkasakan

PDRM iaitu Meningkatkan Integriti

dan Akauntabiliti, Mempertingkatkan

Tahap Sistem Penyampaian

Perkhidmatan dan Mendukung

Usaha Ke Arah Penubuhan

Suruhanjaya Bebas Aduan Dan

Salah Laku Polis (IPCMC) malah

mengingatkan para pelatih agar

berpegang teguh kepada ‘Aku

Janji’ untuk melindungi kerahsiaan

maklumat Pasukan, sepertimana

yang termaktub di bawah Akta

Rahsia Rasmi 1972.

Dalam pada itu, Dato’ Mohamed Farid

turut menzahirkan penghargaannya

kepada ahli keluarga para pelatih

atas kerelaan melepaskan mereka,

untuk memilih PDRM sebagai kerjaya

dan berterima kasih kepada warga

PULAPOL Dungun yang berusaha

mendidik serta melatih generasi

pelapis PDRM untuk menjadi seorang

anggota polis yang berwibawa.

“Semoga keikhlasan dan komitmen

tuan-tuan dan puan-puan dalam

menjalankan tanggungjawab yang

diamanahkan, mendapat ganjaran

yang sebaiknya daripada illahi,”

tambah beliau lagi.

Kuala Lumpur, 21 Februari 2020 – Polis Diraja

Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Siasatan

Jenayah (JSJ) telah menetapkan lima sasaran utama

sebagai garis panduan untuk memerangi jenayah dalam

usaha penambahbaikan dan perancangan baharu dalam

jabatan tersebut.

Intipati sasaran adalah menjadikan negara bebas

daripada ancaman jenayah, memantapkan kualiti

siasatan Pegawai Penyiasat, meningkatkan tahap

capaian maklumat sistem Central Criminal Intelligence

Unit (CCIU), pembanterasan terhadap aktiviti perjudian,

maksiat dan gangsterisme serta memperluaskan siasatan

jenayah terancang.

Sasaran-sasaran ini dirangka sebagai memenuhi

kehendak masyarakat serta sebagai langkah untuk

mengekalkan momentum kecemerlangan JSJ.

Berucap dalam majlis Perhimpunan Bulanan Peringkat

Bukit Aman anjuran JSJ, di Mes Pegawai Kanan

Tan Sri Abdul Hamid dalam ucapannya juga

mengingatkan warga PDRM sentiasa menjaga gerakgeri

dalam menyampaikan perkhidmatan kerana

polis sering diperhatikan dan dinilai oleh masyarakat

malah kebolehupayaan PDRM menyelesaikan kes-kes

melibatkan public interest juga memberi impak yang besar

kepada persepsi mereka terhadap warga kerja.

“Sungguhpun kita tidak mampu untuk memuaskan hati

semua pihak, namun apa yang penting ialah kita harus

memperkemaskan lagi gerak kerja dan melipatgandakan

usaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik

kepada masyarakat,” ujar beliau lagi.

Dalam pada itu, Tan Sri Abdul Hamid berbesar hati

menyampaikan Surat Penghargaan KPN kepada 50 warga

PDRM Bukit Aman yang telah mempamerkan prestasi

cemerlang dalam bidang masing-masing.

“Semoga penganugerahan ini menjadi aspirasi kepada

warga PDRM lainnya, untuk terus menabur khidmat bakti

dengan cemerlang demi Pasukan yang kita cintai ini.

Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada para penerima,”

tambah beliau lagi.



22 23

PGA TERBIT BUKU

KETENGAH PERANAN

BATALION 19

Cheras, 25 Februari 2020 – Sebagai

usaha memartabatkan institusi

kepolisan dan mengetengahkan tugas

Pasukan Gerakan Am (PGA), Polis

Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjaga

keselamatan negara, sebuah buku

bertajuk ‘Sejarah Penubuhan Batalion 19

(Kawalan Keselamatan)’ telah diterbit serta dirasmikan

dalam sebuah majlis di Dewan Perdana 1, Briged

Tengah PGA.

19 (Kawalan Keselamatan) dan fungsinya bagi mengeratkan

semangat kerjasama dalam kalangan pegawai kanan serta

anggota PGA.

DEKLARASI KERJASAMA STRATEGIK PDRM-APMM

PERKUKUH BENTENG PERTAHANAN PERAIRAN NEGARA

Batalion 19 (Kawalan Keselamatan) merupakan

salah satu unit dalam PGA yang bertanggungjawab

memberikan khidmat perlindungan kawalan kepada

tetamu kehormat tempatan, bangunan-bangunan

penting kerajaan, keselamatan diplomat asing di

Malaysia, mengekalkan keamanan, memelihara

undang-undang dan melindungi harta benda.

Dalam buku setebal 120 muka surat tersebut, ia

membawa para pembaca menelusuri fasa-fasa

evolusi yang mencakupi sejarah penubuhan Batalion

Kuala Lumpur, 2 Mac 2020 - Ketua Polis Negara

(KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid

Bador berbesar hati menerima kunjungan hormat

daripada Panglima Angkatan Tentera Malaysia

(PAT), Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi Buang

TUDM di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Pertemuan tersebut antaranya membincangkan

mengenai isu keselamatan negara, masalah sosial dalam

kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta semakan semula

penggunaan uniform dan pangkat bagi kedua-dua agensi.

“Penerbitan buku ini diharap dapat memperkukuhkan jati

diri pembaca selain mendalami aspek undang-undang,

kemahiran, keselamatan, psikologi dan kepentingan

kemakmuran kepada negara,” ujar Timbalan Pengarah

Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (PGA),

DCP Datuk Mastor Mohd Ariff dalam ucapan perasmian.

Tambah beliau, sebanyak lima naskhah buku telah

ditempatkan di Perpustakaan Negara sebagai sumber rujukan

para pelajar, penyelidik dan masyarakat umum berkenaan

unit itu.

KUNJUNGAN HORMAT PAT KE ATAS KPN

PERKASAKAN HUBUNGAN KEDUA-DUA AGENSI

Kunjungan itu merupakan lawatan pertama Tan

Sri Haji Affendi ke Bukit Aman sejak beliau

dilantik sebagai PAT ke-21 pada 2 Januari lalu

bagi menggantikan Jeneral Tan Sri Dato’ Seri

Panglima Haji Zulkifli Haji Zainal Abidin yang

telah menjalani persaraan wajib.

Terdahulu, Tan Sri Haji Affendi menerima tabik hormat

daripada detachment Pasukan Simpanan Persekutuan

(PSP) PDRM dalam Istiadat Kawalan Kehormatan yang

berlangsung di perkarangan Menara 1.

Pelabuhan Klang, 5 Mac 2020

- Kesepakatan yang terbentuk

menerusi gabungan sumber

manusia, keupayaan aset dan

kepakaran dalam menguatkuasakan

undang-undang menjadi tunjang

utama kepada kerjasama strategik

antara Polis Diraja Malaysia (PDRM)

dengan Agensi Penguatkuasaan

Maritim Malaysia (APMM) bagi

memastikan keselamatan perairan

negara sentiasa terpelihara.

Atas faktor itu, satu majlis

menandatangani Deklarasi

Kerjasama Strategik

antara kedua-dua agensi

telah berlangsung di

Dewan Komuniti Markas

Operasi, Pasukan Polis

Marin (PPM) Wilayah

Satu.

“PDRM menerusi PPM

yang telah wujud sejak

72 tahun lalu merupakan

unit pakar di bawah Jabatan

Keselamatan Dalam Negeri

dan Ketenteraman Awam yang

berperanan penting dalam

membanteras kegiatan jenayah

rentas sempadan, aktiviti

rompakan di laut

dan

yang

penyeludupan

menjejaskan

ekonomi serta

kekuatan seramai 2,445 pegawai

polis serta pegawai awam, PPM telah

membuktikan kemampuannya untuk

kekal relevan sebagai satu entiti

penguatkuasaan maritim yang amat

membanggakan PDRM.

“Justeru, dengan termeterainya

kerjasama strategik antara PDRM

dan APMM, maka perkongsian

maklumat, kepakaran, aset,

latihan dan modal insan serta

operasi bersama, diyakini dapat

memperkukuhkan lagi benteng

pertahanan perairan negara,” tambah

Tan Sri Abdul Hamid.

pendapatan

negara,” ucap Ketua

Polis Negara, IG Tan

Sri Dato’ Seri Abdul

Hamid Bador dalam

majlis tersebut.

Jelas beliau, dengan

mempunyai 39

buah markas, 262

buah bot ronda

pelbagai kelas dan

Beliau turut menjelaskan bahawa

kerjasama tersebut mampu

menghasilkan momentum yang

jitu dan dapat diperkuatkan

lagi hubungan bersama agensi

penguatkuasaan antarabangsa

dalam menangani permasalahan

maritim serantau.

Majlis turut diserikan dengan

persembahan demonstrasi

menyelamat tebusan oleh Unit

Gempur Marin (UNGERIN) PPM

PDRM dan Special Tactical and

Rescue (STAR) APMM.



24 25

PDRM FA TAMPIL JERSI BAHARU BAGI

SAINGAN LIGA SUPER 2020

41 PEGAWAI POLIS TAMAT

KURSUS ASAS UTK

Kuala Lumpur, 12 Mac 2020 - Seramai 41 orang peserta

terdiri daripada tujuh pegawai kanan dan 34 anggota

Polis Diraja Malaysia secara rasminya berjaya menamatkan

Kursus Asas Unit Tindakhas (UTK) Siri 2/2019 yang diraikan

dalam sebuah majlis serba ringkas di Ibu Pejabat Unit

Tindakhas, Bukit Aman.

Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan

Mansor dalam ucapan perasmiannya telah menzahirkan

rasa bangga kepada semua peserta yang berjaya

menamatkan kursus tersebut.

Kursus selama tiga bulan yang bermula dari

2 September 2019 sehingga 30 November 2019, telah

mendedahkan para peserta kepada pelbagai bentuk latihan

antaranya kemahiran menembak, latihan asas kemahiran

tali, asas close quarter combat, asas serbuan bangunan,

kenderaan, kereta api, kapal terbang serta lain-lain latihan

yang mencabar fizikal dan mental peserta.

Kuala Lumpur, 26 Februari 2020 - Pasukan Bola Sepak

Polis Diraja Malaysia (PDRM FA) telah melancarkan

jersi baharu yang akan digunakan dalam Liga Super

Piala Malaysia 2020 di Dewan Tan Sri Khalid Abu

Bakar, Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur.

Jersi baharu The Cops musim ini didatangkan

dengan tiga rekaan iaitu warna biru digunakan

semasa beraksi di gelanggang sendiri, warna

merah akan digunakan bagi perlawanan di tempat

lawan manakala jersi kuning sebagai kit ketiga.

Dalam majlis yang sama, turut diperkenalkan barisan

pemain The Cops yang akan memberi saingan untuk

musim ini.

Berbeza dengan musim yang lepas, hampir 90 peratus

pemain The Cops terdiri daripada warga PDRM sendiri.

Ianya bagi menyokong hasrat pihak tertinggi PDRM FA

untuk melihat gabungan pemain import dan warga PDRM

beraksi di atas padang.

Berucap dalam majlis tersebut, Timbalan Ketua Polis

Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor yang juga

merangkap Presiden PDRM FA menzahirkan perasaan

bangga kerana PDRM FA telah menunjukkan prestasi

yang baik dan berjaya melangkah masuk ke saingan Liga

Super Piala Malaysia 2020 yang bermula pada 28 Februari.

“Meskipun dihimpit dengan pelbagai cabaran, kita mampu

mempersiapkan pasukan ini, bagi mengimbangi saingan

lain-lain pasukan gergasi tempatan.

“Saya juga berharap agar kita dapat terus

memainkan peranan masing-masing, bagi

menjulang The Cops ke puncak liga, walaupun

hanya bergantung kepada sumber dalaman dan

perbelanjaan yang terhad,” ujar beliau.

Dato’ Pahlawan Mazlan turut menekankan

pencarian bakat baharu untuk diserapkan dalam

kesebelasan utama pasukan menerusi Kejohanan

Piala Ketua Polis Negara yang dianjurkan saban tahun

serta pengambilan pemain-pemain bola sepak awam

ke dalam perkhidmatan PDRM sebagai opsyen dalam

memperkasakan lagi PDRM FA.

Selain itu, beliau mengambil kesempatan merakamkan

penghargaan dan terima kasih kepada badan-badan

korporat selaku penaja kerana telah memberi sokongan

dan kepercayaan kepada PDRM FA untuk saingan kali ini.

Dalam pada itu, beliau juga menyeru kepada seluruh

warga PDRM untuk memberi sokongan kepada pasukan

PDRM FA ketika beraksi di tempat lawan bagi menaikkan

lagi semangat pemain-pemain untuk beraksi.

255 WARGA KERJA KDN TERIMA APC

Putrajaya, 12 Mac 2020 - Seramai

255 warga kerja Kementerian

Dalam Negeri (KDN) terdiri daripada

10 agensi dan bahagian yang memberi

perkhidmatan dan sumbangan

cemerlang sepanjang tahun 2019

menerima Anugerah Perkhidmatan

Cemerlang (APC).

Menteri Dalam Negeri, Dato’

Seri Hamzah Zainudin hadir

menyampaikan APC berkenaan

pada majlis yang berlangsung di

Auditorium, Kompleks D, Putrajaya.

Tidak ketinggalan seramai 10 pegawai

dan anggota Polis Diraja Malaysia

(PDRM), diketuai oleh Pengarah

Pengurusan, CP Dato’ Abd Rahim

Jaafar turut menerima APC tersebut

sebagai tanda pengiktirafan di atas

kecemerlangan perkhidmatan yang

diberikan kepada pasukan PDRM.

Dato’ Seri Hamzah Zainudin dalam

ucapannya berkata, majlis ini diadakan

adalah sebagai pengiktirafan bagi

menghargai sumbangan pegawai dan

kakitangan khususnya warga KDN

yang telah menunjukkan prestasi

cemerlang sepanjang tahun 2019.

Secara keseluruhannya, seramai

255 pegawai dan kakitangan yang

menerima anugerah APC tahun

2019 terdiri daripada 150 orang

pegawai dan kakitangan warga KDN,

manakala 105 orang lagi merupakan

sebahagian daripada penerima yang

mewakili 10 jabatan dan agensi di

bawah kementerian itu.



26 27

PENGARAH JSJ TEKANKAN USAHA POLIS PERANGI

PEMERDAGANGAN MANUSIA

Kuala Lumpur, 16 Mac 2020 - Pengarah Jabatan Siasatan

Jenayah (JSJ) Bukit Aman, CP Dato’ Huzir Mohamed

menekankan usaha dan peranan berterusan Polis Diraja

Malaysia (PDRM) bagi memerangi jenayah pemerdagangan

manusia hingga ke akar umbi.

Perkara tersebut disampaikan dalam Majlis Taklimat Khas

Pengarah JSJ kepada lebih 200 pegawai JSJ peringkat

kontinjen dan daerah yang berlangsung di Dewan Theatrette,

PULAPOL Kuala Lumpur.

Jelas beliau, semua Ketua JSJ perlu mengambil tindakan

yang serius dan proaktif dalam meningkatkan serbuan kes

pemerdagangan manusia. Ia bagi memperbaiki kedudukan

Malaysia ke tahap lebih tinggi dalam Laporan Pemerdagangan

Orang Amerika Syarikat Tahun 2020 yang akan dikeluarkan

pada bulan Julai 2020.

OP COVID-19:

DRON PDRM DAN ATM BANTU KUATKUASA PKP

Seterusnya, beliau turut menegaskan mengenai langkah

berjaga-jaga khususnya kepada pegawai dan anggota yang

bertugas di lapangan bagi mencegah penularan Corona Virus

Disease 19 (COVID-19).

“Saya amat berharap agar pegawai dan anggota menghentikan

sementara semua aktiviti luar dan lawatan atau percutian ke luar

negara bagi mengelakkan dijangkiti virus semasa menjalankan

tugas bagi mencegah penularan COVID-19,” katanya.

Dato’ Huzir juga menggesa semua Ketua JSJ memastikan

setiap pegawai penyiasat sentiasa mengemaskini status

laporan dan prosedur siasatan yang diterima. Ia bertujuan

meningkatkan tahap keyakinan masyarakat dalam memastikan

mutu perkhidmatan PDRM sentiasa pada tahap terbaik.

Tetamu turut diperdengarkan taklimat berkenaan Anti

Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM)

yang disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah

Bahagian Pencegahan ATIPSOM (D3), SAC Tuan

Fadil Marsus dan penerangan berkaitan laporan

serta prosedur siasatan oleh Ketua Penolong

Pengarah Unit Risikan / Operasi / Rekod (D4), SAC

Tuan Alzafny Ahmad.

Selain itu, taklimat berkaitan garis panduan

pengurusan tempat kejadian yang melibatkan

penyakit berjangkit COVID-19 telah disampaikan

oleh Pakar Forensik Hospital Kuala Lumpur,

Dr. Ahmad Hafizam Hasmin.

Kuala Lumpur, 24 Mac 2020 - Polis Diraja Malaysia

(PDRM) melalui Unit Dron Pasukan Gerakan Udara

(PGU) bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mula

menggunakan dron bagi mengawal dan memantau

pergerakan rakyat sepanjang tempoh Perintah Kawalan

Pergerakan (PKP) yang dijadual sehingga 31 Mac.

Majlis ringkas pelancaran penggunaan dron telah

disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’

Seri Abdul Hamid Bador dan Panglima Angkatan Tentera,

Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi Buang TUDM di

perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields.

Menurut Ketua Unit Dron PDRM, Superintendan Rasha

Azaldin Shafii, sebanyak dua unit dron model Mavic 2

Enterprise dual dan zoom kepunyaan PGU digunakan

dalam operasi bersepadu bersama ATM kali ini.

“Kedua-dua dron ini berupaya memberikan siren amaran

dan nasihat kepada masyarakat untuk mematuhi PKP

dalam tiga jenis bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa

Mandarin dan Bahasa Tamil,” ujar beliau ketika ditemui

selepas majlis pelancaran itu.

Manakala ATM pula turut menggunakan model yang sama

dengan penambahan sebuah lagi model terkini iaitu DJI

Matrice 210.



28 29

MENTERI KDN ADAKAN LAWATAN KERJA KE BUKIT AMAN,

TINJAU KESIAPSIAGAAN PDRM MENJELANG PKP FASA KEDUA

Kuala Lumpur, 31 Mac 2020 - Menteri Kementerian Dalam

Negeri (KDN), Dato’ Seri Hamzah Zainudin telah mengadakan

lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi meninjau sendiri

kesiapsiagaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membantu

membendung penularan wabak COVID-19 di negara ini.

Ketibaan beliau disambut oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’

Seri Abdul Hamid Bador bersama timbalannya, DIG Dato’ Pahlawan

Mazlan Mansor.

Dato’ Seri Hamzah bersama delegasi KDN kemudiannya dibawa

melawat ke Pusat Kawalan Malaysia, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman

bagi melihat sendiri sistem pengoperasian pemantauan PDRM

khususnya dalam menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan

yang akan memasuki fasa kedua bermula 1 April 2020.

Sejurus selesai, rombongan Menteri KDN diiring pula ke Bilik

Mesyuarat Utama KPN untuk mendengar taklimat berkenaan

penugasan Op COVID-19 dan perancangan pasukan bertindak

atau task force khusus untuk mengesan baki peserta Ijtimak

Tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur yang masih belum

menjalani pemeriksaan saringan COVID-19.

KETUA KOMUNIKASI KORPORAT PDRM TINJAU

OPERASI PENGUATKUASAAN PKP

Kuala Lumpur, 28 Mac 2020 -

Ketua Komunikasi Korporat Polis

Diraja Malaysia (PDRM), SAC Dato’

Asmawati Ahmad telah membuat

tinjauan operasi penguatkuasaan

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

yang dilaksanakan Jabatan Siasatan

dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) di

Plaza Tol Jalan Duta.

Dalam tinjauan itu, Dato’ Asmawati

berkesempatan melihat sendiri

kesiapsiagaan pegawai dan

anggota JSPT yang menjalankan

operasi selain menyantuni pemandu

kenderaan awam yang melalui plaza

tol berkenaan.

“PDRM mengucapkan jutaan terima

kasih kepada rakyat Malaysia yang

memberikan kerjasama sepenuhnya

ketika PKP ini dilaksanakan.

“Walau bagaimanapun, masih ada

segelintir masyarakat yang mungkin

kurang memahami tujuan diadakan

PKP ini dengan memberikan alasanalasan

yang tidak munasabah untuk

keluar rumah,” ujar beliau ketika

ditemui selepas membuat tinjauan

operasi PKP.

Kelmarin, pucuk pimpinan PDRM

dilapor mengeluarkan arahan tegas

kepada semua petugas Op COVID-19

untuk menahan mana-mana pihak

yang sengaja melanggar PKP.

Timbalan Ketua Polis Negara,

DIG Dato’ Pahlawan Mazlan

Mansor, dipetik berkata, PKP

itu dilaksanakan sebagai usaha

memutuskan rangkaian pandemik

wabak COVID-19 dan kerjasama

sepenuhnya daripada orang ramai

diperlukan untuk membantu pihak

berkuasa menanganinya.

Dalam pada itu, Dato’ Asmawati turut

menzahirkan penghargaan kepada

orang perseorangan, masyarakat dan

badan-badan kerajaan serta swasta

yang bermurah hati menyumbangkan

makanan dan lain-lain keperluan

kepada PDRM.

Beliau walau bagaimanapun

menasihati masyarakat agar tidak

sewenang-wenangnya menggunakan

alasan hendak memberikan

sumbangan kepada para petugas

semata-mata untuk bebas bergerak

di kala PKP dikuatkuasakan bermula

18 Mac lalu.

Tinjauan di lokasi mendapati, terdapat

empat buah khemah tempat berteduh

dan mendirikan solat disediakan

oleh pihak PLUS Expressway

Berhad, sebuah khemah bagi tetamu

kenamaan yang disumbangkan

oleh Kerajaan Negeri Sembilan

Darul Khusus dan dua buah tandas

bergerak dari Dewan Bandaraya

Kuala Lumpur.

TIMBALAN KPN TITIP PESANAN

BUAT PARA PETUGAS OP

COVID-19

Kuala Lumpur, 29 Mac 2020 - Timbalan Ketua Polis

Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor sempat

menitipkan pesanan buat para petugas Polis Diraja Malaysia

(PDRM) agar sentiasa menjaga kesihatan dan keselamatan

diri sepanjang tempoh pelaksanaan Op COVID-19.

Pesanan itu disampaikan semasa beliau hadir membuat

tinjauan penugasan sekatan jalan raya oleh Jabatan

Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur yang

diketuai Inspektor Azmi Ahmad bersama enam anggota di

laluan Kuala Lumpur-Kajang.

Dato’ Pahlawan Mazlan turut menzahirkan setinggi-tinggi

penghargaan buat semua anak buahnya yang sentiasa

sedia berkorban masa dan tenaga demi memastikan

keselamatan serta kesejahteraan masyarakat terjamin.

TIMBALAN KPN TERUS LAWAT

PETUGAS PDRM DAN ATM

DI LAPANGAN

Gombak, 31 Mac 2020 - Timbalan Ketua Polis

Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor sekali

lagi turun padang meninjau para petugas Polis Diraja

Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

di beberapa lokasi sekatan jalan raya termasuk Tol

Rawang, Tol Ebor dan Seksyen 24 Shah Alam.

Beliau sempat mengingatkan mereka agar sentiasa

berhati-hati dan menjaga keselamatan diri ketika

bertugas.

Dato’ Pahlawan Mazlan juga menzahirkan ucapan

terima kasih kepada barisan anggota ATM yang turut

membantu menguatkuasakan Perintah Kawalan

Pergerakan agar masyarakat kekal berada di rumah

sepanjang tempoh pelaksanaan.



30 31

Kunjungan Hormat

Kuala Lumpur, 2 Januari 2020 - Security

Liaison Officer (SLO) Saudi Arabia in Kuala

Lumpur, Mr. Ghazi Mushabbab H. Hashlan.

Kuala Lumpur, 3 Januari 2020 - The

Ambassador of the United Arab Emirates

(UAE), H.E. Mr. Khalid Ghanim Mohammad

Alghaith.

Kuala Lumpur, 3 Januari 2020 - The

Senior General Manager, The Human

Resources of the Malaysia Airports

Holdings Berhad (MAHB),

Mr. Azman Shah Mohamed.

Kuala Lumpur, 10 Februari 2020 - Ketua

Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara

(JPN), Dato’ Ruslin Jusoh.

Kuala Lumpur, 13 Februari 2020 - Ahli

Parlimen Lembah Pantai, Tuan Ahmad

Fahmi Mohamed Fadzil.

Kuala Lumpur, 18 Februari 2020 - Duta Jepun ke

Malaysia, H.E Oka Hiroshi dan Pengarah Urusan

Japan Tobacco (JT) International Berhad,

Encik Comac O’Rourke.

Kuala Lumpur, 9 Januari 2020 -

Setiausaha Bahagian Keselamatan

Kemnterian Dalam Negeri yang baharu,

Tuan Zulkifli Abidin.

Kuala Lumpur, 13 Januari 2020 - The

Ambassador of Colombia, H.E.

Mr. Mauricio Gonzalez Lopoz.

Kuala Lumpur, 20 Januari 2020 - Ketua Pengarah

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Dato’ Indera

Khairul Dzaimee Daud.

Kuala Lumpur, 19 Februari 2020 - Duta

Besar Malaysia ke Perancis, Dato’ Dr.

Azfar Mohamad Mustafar.

Kuala Lumpur, 26 Februari 2020 -

Timbalan Presiden Persatuan Agensi

Pelancongan Malaysia (MATA),

Dato’ Jeffri Sulaiman.

Kuala Lumpur, 21 Februari 2020 - Timbalan

Ketua Setiausaha (Pengurusan), Jabatan

Perdana Menteri (JPM), Puan Roziah Abudin

dan Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan

Malaysia, Dato’ Sollehuddin Alyubi Zakaria.

Kuala Lumpur, 23 Januari 2020 - High

Commissioner of Sri Lanka, H.E Air Chief

Marshal Kapila Veedhiya Bandara

Jayampathy.

Kuala Lumpur, 28 Januari 2020 - Pengerusi

Persatuan Insurans AM Malaysia (PIAM), Mr.

Antony Lee dan Penasihat Kanan Vehicle

Theft Reduction Council of Malaysia Berhad

(VTREC), Encik Yosuf Idris.

Kuala Lumpur, 28 Januari 2020 - Timbalan

Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Dato’ Haji

Mohd Rashid Hasnon.

Kuala Lumpur, 5 Mac 2020 - Charge

D’Affaires Embassy of the Kingdom

of Bahrain, Ms. Maram Anwar

Jaafar Alsaleh.

Kuala Lumpur, 6 Mac 2020 - Ketua

Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan

Rasuah Malaysia (SPRM),

Puan Latheefa Koya.

Kuala Lumpur, 9 Mac 2020 - Operational

Command Unit (OCU) Commander,

Directorate of Professional Standards

London Metropolitan Police Service,

Detective Chief Superintendent

Peter Holdcroft.

Kuala Lumpur, 3 Februari 2020 - Ketua

Pegawai Kawal Selia Suruhanjaya Sekuriti

Malaysia (SC), Puan Foo Lee Mei.

Kuala Lumpur, 6 Februari 2020 - High

Commissioner of the Republic of Kenya to

Malaysia, H.E Francis Ndegwa Muhoro.

Kuala Lumpur, 7 Februari 2020 - Ketua

Pengarah Southeast Asia Regional Centre

For Counter Terrorism (SEARTCCT),

Tuan Chuah Teong Ban.

Kuala Lumpur, 13 Mac 2020 - The

Operational Command Unit (OCU)

Commander, Directorate of Professional

Standards London Metropolitan

Police Service (MPS), Detective Chief

Superintendent Peter Holdcroft.

Kuala Lumpur, 13 Mac 2020 - Deputy

Chief of Mission and Consul General of

Philippines, Ms. Anne Jalando-on Louis.

Kuala Lumpur, 9 Mac 2020 - Deputy

Counselor of Political Affairs, US

Embassy Kuala Lumpur, Mr. Daniel

Wright.



KONSEP & TERBITAN:

Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat)

Tingkat 2, Menara 1,

Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia

Bukit Aman 50560 Kuala Lumpur

Tel: 03-2266 8318 / 8326 / 8329

Faks: 03-2266 8330

Kepada pembaca yang budiman,

Jika anda ingin menyumbangkan sebarang karya tulisan seperti artikel / puisi / sajak / informasi

menarik berkaitan PDRM untuk dimasukkan di dalam Berita Bukit Aman, sila emelkan kepada

asmawati@rmp.gov.my atau hubungi 03-22668318 / 8331 untuk pertanyaan lanjut.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!