29.03.2020 Views

113167488-JSU-Set-Soalan-Objektif-Bahasa-Malaysia-Tahun-4-Mengikut-Aras

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Jadual Spesifikasi Ujian(JSU)

JSU menghuraikan aspek-aspek pencapaian yang hendak diukur serta

memberikan panduan untuk mendapatkan satu sample item dan soalan.

JSU penting kerana ujian yang dibina dapat dilakukan secara terancang dan

rapi . Dalam JSU, bilangan soalan bagi sesuatu tajuk diberi berdasarkan

pentingnya tajuk atau objektif pelajaran.JSU juga penting dalam menstabilkan

taraf dan aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun. Jsu juga dapat

menjamin kesalahan dan kebolehpercayaan ujian. Jsu dibina membolehkan

ujian yang sama dibina oleh orang lain.

Dalam JSU, bilangan soalan bagi sesuatu tajuk diberi berdasarkan tajuk dan

objektif pelajaran.

Penentuan Aras kognitif Taksonomi Bloom

• Pengetahuan

• Kefahaman

• Aplikasi

• Analisis

• Sintesis

• Penilaian


Jadual Spesifikasi Ujian

Mata Pelajaran

Tahun

Bilangan Soalan Objektif

Bilangan Soalan Esei

Jumlah soalan

‣ Bahasa Malaysia

‣ Empat

‣ 10

‣ 2

‣ 12

KANDUNGAN

ARAS

PENG. KEF APL ANA SIN. PEN JUMLAH PERATUS

SOALAN

Antonim 1

1 8%

S. 1

Puisi

1

1

2 16%

(Syair dan

Pantun)

S.10

S. 9

Ayat yang

sama maksud

1

S. 8

1 8%

Pantun 1

S. 6

1 8%

KESALAHAN

AYAT

Peri bahasa 1

S. 5

PETIKAN 1 2

S. 2 S. 3

1

S. 7

1

S. 4

1 8%

1 8%

3 24%

Esei

(Penulisan)

1

S. 11

1 10%

Syair

1 1 10%

(Penulisan)

S. 12

JUMLAH 3 2 2 1 3 1 12

PERATUS(%) 24% 16% 16% 8% 26% 10% 100%


10 soalan objektif dan 2 soalan esei atau struktur (aras sintesis dan

penilaian)

Soalan 1

Baca dan jawab soalan.

Tanggal 31 Ogos

Tanggal tiga puluh satu

Bulan lapan lima puluh tujuh

Merdeka! Merdeka !

Tetaplah merdeka

Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal tiga puluh satu

Bulan lapan lima puluh tujuh

Hari yang mulia

Hari yang behagia

Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warganegara

Ramai-ramai menyambut hari merdeka, merdeka!

Tiga satu bulan lima puluh tujuh

Hari mulia negaraku merdeka

Pencipta:

Ahmad C.B.

Soalan Aras Pengetahuan

1. Bilakah negara kita mencapai kemerdekaan?

A. 30 Ogos 1957

B. 31 Ogos 1957

C. 31 Ogos 1963

D. 31 Julai 1957


Soalan 2

Soalan Aras Pengetahuan

1. Kita mesti sentiasa berwaspada semasa melintas jalan

raya. Apakah maksud perkataan berwaspada?

A. Cuai

B. Berhati-hati

C. Lalai

D. Berlengah-lengah

Soalan 3 dan 4

Baca petikan berikut, kemudian jawab soalan.

Puan Aina seorang guru yang saya kagumi. Beliau bukan

sahaja seorang guru yang bertanggungjawab, malah juga seorang

ibu yang penyayang. Ilmunya sangat luas sehingga kami

menggelarnya “ Perpustakaan Bergerak”.

Puan Aina dilahirkan pada tahun 1965. Kerjaya

sebagai guru memang menjadi cita-cita beliau sejak kecil lagi.

Maka, tidak hairanlah jika beliau sangat sayang akan tugasnya

sebagai pendidik ini.

Selain mengajar, Puan Aina juga terlibat dalam dunia

penulisan. Beliau menulis cerpen, novel dan puisi. Semua

karya beliau telah diterbitkan dan pernah memenangi beberapa

anugerah. Tulisan beliau sering menjadi rujukan kami.

Soalan 3

Soalan Aras Kefahaman

1. Mengapakah Puan Aina digelar „Perpustakaan Bergerak‟

oleh murid-muridnya?

A. Beliau gemar membaca.

B. Beliau mempunyai sebuah perpustakaan.

C. Beliau sentiasa pergi ke perpustakaan.

D. Beliau mempunyai ilmu pengetahuan yang sungguh luas.


Soalan 4

Soalan Aras Sintesis

2. Berapakah umur Puan Aina?

A. 56 tahun

B. 19 tahun

C. 45 tahun

D. 47 tahun

Soalan 5

Soalan Aras Kefahaman

3. Pilih peribahasa yang sesuai bagi pernyataan di bawah.

Apabila Puan Fatimah mrninggal dunia akibat kemalangan

jalan raya tahun lepas, keluarganya menjadi kucar-kacir

dan saling berbalah.

A. Lembu punya susu, sapi punya nama

B. Bagaikan anak ayam kehilangan ibu

C. Menlentur aur biarlah dari rebungnya

D. Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga

Soalan 6

Soalan Aras Sintesis

4. Susun semula baris-baris pantun di bawah supaya menjadi

pantun yang lengkap.

I. Anak kecil bermain di tepian,

II. Kasih ibu bermati-matian,

III. Sanggup berkorban jiwa dan raga,

IV. Tempat si rusa berkejaran juga;

A. I, II, III, IV

B. I, IV, II, III

C. II, III, I, IV

D. III, IV, I, II


Soalan 7

Soalan Aras Aplikasi

5. Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan

betul.

I. Air matanya sudah kering mengenangkan nasib dirinya.

II. Semalam, keluarga kami makan hanya berlaukkan ikan

kering.

III. Air di empangan itu hampir kering akibat kemarau.

IV. Gorngkan keropok ini hingga kering.

A. I dan III sahaja

B. II dan III sahaja

C. I, II dan IV sahaja

D. I, II dan III sahaja

Soalan 8

Soalan Aras Aplikasi

6. Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

Orang ramai mengunjungi gerai-gerai yang ada semasa Pameran Pertanian

Peringkat Daerah Sabak Bernam.

A. Pameran Pertanian Peringkat Daerah Sabak Bernam menempatkan

beberapa buah gerai di mana orang ramai boleh mengunjunginya.

B. Pameran Pertanian Peringkat Daerah Sabak Bernam diadakan semalam di

mana ramai orang mengunjungi gerai-gerai yang ada di sana.

C. Gerai-gerai ditempatkan di Pameran Pertanian Peringkat Daerah Sabak

Bernam agar orang ramai mudah untuk mengunjunginya.

D. Gerai-gerai yang ada semasa Pemeran Pertanian Peringkat Daerah Sabak

Bernam telah dikunjungi oleh orang ramai.


Soalan 9 dan 10

Baca sayair dan pantun berikut, kemudian jawab soalan.

Syair Nikmat Kemerdekaan

Wahai sekalian rakyat budiman

Pesanan ini jadikan pedoman,

Perpaduan rakyat itulah pedoman,

Perpaduan rakyat itulah idaman

Rakyat sejahtera Negara pun aman.

Negara yang makmur aman sentosa,

Hasil perjuangan pemimpin berjasa,

Generasi wawasan hargai jasa,

Nikmat merdeka dijaga sentiasa.

Generasi wawasan cuba usahakan,

Fikir sumbangan yang dapat diberikan,

Nilai patriotisme jika diamalkan,

Nikmat kemerdekaan dapat dikekalkan.

Hafiza Mohd Thani

Pantun Salam Merdeka

Bunga cempaka bunga kacukan,

Jadi dandanan harum baunya;

Salam merdeka Tuanku bawakan,

Rela bersatu janji rakyatnya.

Poko gajus diselangi nangka,

Nangka dipetik dibuat pengat;

Bulan Ogos Negara merdeka,

Rakyat menanti penuh semangat.

Tembaga kilat kelihatannya indah,

Emas ditempa mahal harganya;

Negara berdaulat merdekalahsudah,

Stadium Merdeka tempat isytiharnya.

Zulkifli Abu Bakar


Soalan 9

Soalan Aras Analisis

7. Yang manakah di antara yang berikut bukan ciri-ciri

persamaan sayair dan pantun di atas,

A. Tanda baca pada akhir baris adalah sama

B. Bilangan baris dalam satu rangkap adalah sama

C. Setiap baris mempunyai bilangan suku kata yang sama

D. Bunyi hujung baris bagi ayair dan pantun adalah sama

Soalan 10

Soalan Pengetahuan

8. Apakah maksud „patriotisme‟dalam syair di atas ?

A. bertanggungjawab

B. menaruh penghargaan

C. bersama-sama atau dengan cara saling membantu

D. perasaan cinta yang amat kuat terhadap tanah air


Soalan Esei

Soalan 11

Soalan Aras Sintesis

Penduduk kampung mula berasa bimbang.

Rumah mereka sudah dinaiki air hingga ke paras tangga.

Hujan telah turun selama empat hari berturut-turut.

Setelah air surut, mereka pun pulang ke rumah.

Mereka berharap banjir tidak akan berlaku lagi.

Rumah mereka dipenuhi oleh lumpur dan sampah sarap.

Penduduk kampung mula mengemaskan barang-barang.

Air sumgai sudah melimpahi tebing.

Mereka terpaksa berpindah ke tempat yang lebih selamat.

Mereka bekerjasama untuk membersihkan rumah mereka.

9. Baca dan susun semula ayat-ayat di atas. Nomborkan

ayat-ayat mengikut urutan yang betul berpandukan

gambar bersiri di atas supaya membentuk sebuah

karangan.

Tulis karangan itu semula.


Soalan Aras Penilaian

Soalan 12

12. Baca syair berikut, kemudian jawab soalan.

Siang Mentari

Alam semesta bersinar ceria,

Mentari muncul pancarkan cahaya,

Berkicau burung bernada ria,

Semua insan hidup bahagia.

Cahaya mentari terangi bumi,

Untuk tumbuhan subur ditanami,

Dibubuh baja tanaman disirami,

Kian menghijau makin bersemi.

Mentari anugerah yang Maha Esa,

Semua mahkluk hidup selesa,

Hadiah oleh yang maha kuasa,

Diucapkan syukur nikmat terasa.

Apabila siang berganti malam,

Mentari pergi berkirim salam,

Alam semesta menjadi kelam,

Segala-gala nampak berbalam.

a. Pada pendapat kamu, apakah perkara yang menarik dalam

syair di atas?

b. Berikan ulasan kamu.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!