09.03.2020 Views

Buku Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019 II

Buku Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019 II

Buku Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019 II

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

ANUGERAH TOKOH PENTADBIR 2019

Kecemerlangan dalam tugas hakiki amat terserlah dengan kejayaannya

mentransformasikan projek pembangunan infrastruktur UPSI sejak mula

menerajui JPPHB. Beliau merupakan individu yang menyahut pendekatan

Zero Defect UPSI dengan memperkenalkan Project on Time iaitu Siap Ikut

Jadual bagi semua projek pembangunan dan naik taraf di UPSI. Sebanyak

13 projek berjaya dilaksanakan dengan jumlah keseluruhan bernilai RM34.8

juta pada tahun 2019. Antaranya Projek Kompleks Akademik, Projek Dataran

Cemerlang, Projek Memasang Transformer dan Projek Naik Taraf SITC. Beliau

berjaya mendapatkan peruntukan bagi dua projek pembangunan baharu

UPSI di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RP4 Tahun 2019) berjumlah RM24

juta iaitu Projek Pusat Kesihatan dan Projek Pusat Kokurikulum. Beliau

juga memperkenalkan dan melaksanakan ‘Value Management’ bagi setiap

projek pembangunan berskala besar untuk tahun 2019 dan seterusnya bagi

mencapai objektif kos yang efektif, kualiti memenuhi spesifikasi dan disiapkan

mengikut jadual yang dirancang. Kepimpinannya di UPSI juga bersinar apabila

dilantik sebagai Pengerusi Induk Jawatankuasa Teknikal, Istiadat Konvekesyen

UPSI 2019, Seminar Kesultanan Melayu Perak 2019, Pidato Antarabangsa

Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri 2019, dan Konsert Diraja 2019.

Ir Zulkefly merupakan pakar rujuk bagi Pengurusan Projek dan Fasiliti,

Pengurusan Risiko,Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di UPSI dan turut

menjadi rujukan bagi kakitangan JPPHB melalui Team Building dan sesi

motivasi dalaman. UPSI Holding juga menggunakan kepakaran beliau untuk

kerja-kerja teknikal.Kumpulan KIK VTech, JPPHB di bawah naungan beliau

menerima Anugerah Pingat Emas di International Quality Productivity

Convention pada Disember 2018 di Batam, Indonesia. Beliau juga aktif dalam

kerja-kerja di luar tugas rasmi termasuklah menjadi Pengerusi Kelab Golf

AMATUR UPSI, Penasihat Kelab Jabatan Pengurusan Pembangunan dan

Harta Benda UPSI, Timbalan Presiden Tenpin Boling Putrajaya, Ketua Delegasi

SUKIPT di UKM, 2018, Timbalan Ketua Delegasi MASUM di Kuantan, 2019 dan

Ketua Kontinjen Sri Lanang, Sukan Kakitangan UPSI (KIESTA). Beliau juga

mewakili UPSI di Kejohanan Sukan Staf IPTA, dan Kejohanan Sukan IPT Perak

dalam acara golf dan tanpin boling. Beliau juga merupakan Ahli Lembaga

Jurutera Malaysia (BEM), Ahli Institut Jurutera Malaysia (IEM), Jurutera

Profesional (Ir) – Mekanikal (BEM) dan Ahli Lembaga Teknologis Malaysia

(MBoT).

55

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!