09.03.2020 Views

Buku Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019 II

Buku Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019 II

Buku Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019 II

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

ANUGERAH TOKOH PELAKSANA 2019

Mula bertugas di UPSI pada 2007 sebagai Penolong Pegawai Tadbir N27

di Pusat Kokurikulum. Beliau dinaikkan pangkat sebagai Penolong Pegawai

Tadbir N32 pada 2016 dan seterusnya Penolong Pegawai Tadbir N36 pada

tahun 2019. Pernah bertugas di FPM, Pejabat Karang Mengarang (Penerbit

UPSI) dan Bahagian Pengangkutan. Kini beliau merupakan Penolong Pegawai

Tadbir Kanan di Akademi Pendidikan/Sekolah Makmal.

Di UPSI, beliau merupakan antara pegawai Kumpulan Sokongan I yang

banyak mengaplikasikan keperluan IR 4.0 dalam tugasan harian. Oleh

kerana itu, beliau menjadi pegawai rujukan dalam automasi pejabat dan

pengurusan lean dalam meningkatkan kecekapan proses di tempat kerja agar

lebih produktif, cekap serta menjimatkan masa. Ini termasuklah penghasilan

aplikasi-aplikasi menggunakan “low code” platform dan penggunaan produk

di dalam Google Suite (collaboration tools dan cloud computing).

Pengiktirafan kepada hasil sumbangan kreativiti dan inovasi dibuktikan

dengan peranannya beliau mewujudkan laman sesawang dan aplikasi Open

Data (Dashboard) Pejabat Karang Mengarang (Penerbit UPSI) dan Bahagian

Pengangkutan untuk memudahkan rujukan dan carian maklumat. Aplikasiaplikasi

pengumpulan maklumat dan data juga dihasilkan bagi memudahkan

proses kerja kakitangan melalui telefon pintar seperti aplikasi myPentadbir,

Buku UPSI, Kad Inden, Data Btrans, Klasifikasi Fail UPSI dan beberapa aplikasi

lain. Sumbangan ini dijelmakan dengan kolaborasi antara ruang kerja/rekod

maklumat yang digunakan oleh kakitangan dengan platform dashboard yang

telah ditetapkan. Beliau juga merupakan individu yang mewujudkan sistem

pengiraan bahan api Bahagian Pengangkutan untuk buku log kenderaan bagi

memudahkan kakitangan menukar formula kiraan mengikut jenis kenderaan.

Beliau telah mewujudkan master template myPortfolio bagi memudahkan

pengemaskinian, mempercepatkan tempoh penyediaan dan keseragaman

dokumen. Selain cemerlang dalam tugas hakiki, beliau juga cemerlang dalam

luar tugas rasmi seperti terlibat sebagai Pengurus Rumah Sukan Aminuddin

Baki (2019), menyertai larian Marathon Twincity 2019 (42.2 km), Pen asihat

dalam program kecergasan dalam meningkatkan mutu kesihatan masyarakat

setempat selain pernah menjadi jurulatih untuk program Jom Kurus 1Malaysia

(JK1M) Tanjong Malim di bawah Kevin Zahri dan Kelab Sukan Kecergasan

Freeletics Malaysia. Sumbangan lain yang diberikan termasuklah sebagai

Jawatankuasa Task Force Keselamatan Perlindungan UPSI, Jawatankuasa

Think Tank Pengurusan Pasukan Audit Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO

UPSI, Jawatankuasa Pembangunan Sistem MyBOOK, Pakar Rujuk Deskripsi

Tugas (Job Description – JD) dan Juru Audit Dalam MS ISO 9001:2015.

Sepanjang 2019, beliau berjaya mendapat pingat emas bagi acara 1500

meter Olahraga KIESTA, pingat perak dalam acara Perahu Naga KIESTA.

Atas kecemerlangan dalam perkhidmatan, beliau terpilih sebagai penerima

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2009 dan 2014.

51

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!