09.03.2020 Views

Buku Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019 II

Buku Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019 II

Buku Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019 II

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

ANUGERAH PENTADBIR HARAPAN 2019

Memulakan perkhidmatan di UPSI pada 16 Januari 2007 sebagai Penolong

Pendaftar di Bahagian Pembangunan Akademik dan Kualiti dan kemudian di Pejabat

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) pada 12 Januari 2012 sebagai

Pegawai Khas Kepada Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)

sehingga kini. Beliau merupakan kakitangan UPSI yang aktif dalam pelbagai

kegiatan peringkat Universiti, Kementerian dan Antarabangsa. Mempunyai tahap

profesionalisme yang kompeten, berpengalaman, kepakaran yang digabungkan

dengan pengetahuan dan kemahiran luas dalam bidang pengurusan, pentadbiran dan

kewangan, beliau sentiasa menjadi pakar rujuk dalam pengurusan acara, kepegawaian

khas, penulisan kertas kerja, perancangan program dan hal ehwal akademik dan

antarabangsa. Selain cemerlang dalam tugas hakiki, beliau juga aktif dalam persatuan,

sukan dan kegiatan kesukarelawanan serta giat dalam usaha promosi, membina

rangkaian dan perbincangan peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Penubuhan

Pusat Pengajian Bahasa dan Kebudayaan Melayu UPSI di Uzbekistan merupakan

antara sumbangan dan pencapaian terbesar beliau.

Pegawai Tadbir N44 ini sentiasa menyumbang idea kreatif dan inovatif dalam

menerapkan cara bekerja di UPSI. Ini ditunjukkan melalui perancangan dan

perbincangan dengan pelbagai pihak khasnya dalam menubuhkan pusat-pusat

pengajian lain di luar negara demi kemajuan UPSI. Beliau juga banyak terlibat

dalam menyumbangkan idea kreatif dan inovatif membantu proses pengurusan,

perbincangan dan pembangunan program akademik pelajar bersama-sama

fakulti untuk meningkatkan penglibatan dalam program pertukaran dan mobiliti

antarabangsa.

Anak Kandung Suluh Budiman ini merupakan Ahli Jawatankuasa Projek

Perundingan Unique Game Changing Pedagogy UPSI (2019) dan Sekretariat,

Consortium of Asia- Pacific Education Universities (CAPEU) (2018-2021). Mewakili

UPSI sejak berkhidmat di UPSI dalam pelbagai acara sukan seperti bola sepak, futsal,

sepak takraw dan golf. Atas kecemerlangan dalam bidang sukan, beliau memperoleh

pingat Emas dalam acara sepak takraw dan golf sempena KIESTA UPSI pada 2019

seterusnya mewakili UPSI dalam Sukan Staf Universiti Malaysia, Sukan Badan

Berkanun Malaysia dan Kejohanan Golf Antara Jabatan Negeri Perak. Selain menjadi

atlet, beliau aktif dalam kepimpinan sukan seperti Chief de Mission, Pengurus dan

Pegawai Teknikal dan pernah menjadi ahli jawatankuasa Kejohanan Golf Alumni UPSI.

Atas kepercayaan ahli dalam Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PRESTASI),

beliau diberi mandat menjadi Ahli Jawatankuasa bagi tempoh 2017-2019.

Atas sumbangan dan kecemerlangan sepanjang perkhidmatan, beliau

dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada tahun 2009, 2014 dan

2019, Anugerah Penggerak Sukan UPSI (2015) dan Pingat Pekerti Terpilih (P.P.T) oleh

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan pada tahun 2018.

47

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!