BUKU PANDUAN PENGURUSAN RMT
Buku penguin pengurusan RMT Sekolah
Buku penguin pengurusan RMT Sekolah
Create successful ePaper yourself
Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.
2.2 STRATEGI PERANCANGAN, PELAKSANAAN DAN PENILAIAN
Pada awal perlaksanaan, RMT di sekolah rendah dijalankan selaras dengan
Rancangan Kesihatan Sekolah, rancangan Amalan Makanan dan Pemakanan
dan Rancangan Nadi. Justeru, perkara-perkara yang berkaitan dengan
perancangan, pelaksanaan dan penilaian dilaporkan dalam mesyuarat
jawatankuasa yang terlibat seperti Jawatankuasa Bersama Kesihatan Sekolah
dan Jawatankuasa Pemandu Rancangan Nadi.
Bermula pada tahun 2016, dua bahagian KPM terlibat secara langsung dalam
pelaksanaan RMT di sekolah iaitu Bahagian Kewangan yang menjalankan
fungsi sebagai pengawal peruntukan dan perbelanjaan manakala Bahagian
Pengurusan Sekolah Harian melaksanakan fungsi sebagai pengurus
pengoperasian program di peringkat JPN, PPD/PPW dan sekolah. Bagi
melancarkan pelaksanaan, Jawatankuasa Bantuan Murid ditubuhkan di
peringkat KPM bagi merancang, melaksana, memantau dan menambahbaik
pelaksanaan program ini dari semasa ke semasa. Di peringkat JPN dan
PPD/PPW, seorang pegawai dilantik sebagai penyelia bantuan murid bagi
membantu pengoperasian dan sebagai penghubung antara pihak KPM
dengan sekolah yang terlibat dalam pelaksanaan program RMT.
2.3 KAEDAH PELAKSANAAN RMT DI SEKOLAH RENDAH
2.3.1 Liputan Sekolah
Semua sekolah rendah di seluruh Malaysia yang mempunyai murid
yang layak mendapat RMT adalah terlibat dalam rancangan ini. Faktorfaktor
yang berikut telah dititikberatkan bagi pelaksanaan rancangan ini
di seluruh Malaysia.
i) Terdapat murid-murid miskin di semua kawasan walaupun kadar
kemiskinan mereka berbeza.
ii) Pada tahun 1978, Menteri Pendidikan telah mengumumkan hasrat
kerajaan untuk memperluaskan RMT ke semua sekolah rendah
menjelang tahun 1980.
Buku Panduan Pengurusan RMT 11