13.11.2019 Views

DKICT MATRADE Pindaan November 2018

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

DASAR KESELAMATAN ICT MATRADE

PRINSIP-PRINSIP

Prinsip-prinsip yang menjadi asas kepada Dasar Keselamatan ICT MATRADE dan perlu

dipatuhi adalah seperti berikut:

(a) Akses atas dasar perlu mengetahui

Akses terhadap penggunaan aset ICT hanya diberikan untuk tujuan spesifik dan

dihadkan kepada pengguna tertentu atas dasar “perlu mengetahui” sahaja.

Ini bermakna akses hanya akan diberikan sekiranya peranan atau fungsi

pengguna memerlukan maklumat tersebut. Pertimbangan untuk akses adalah

berdasarkan kategori maklumat seperti yang dinyatakan di dalam dokumen

Arahan Keselamatan;

(b) Hak akses minimum

Hak akses pengguna hanya diberi pada tahap set yang paling minimum iaitu

untuk membaca dan/atau melihat sahaja. Kelulusan adalah perlu untuk

membolehkan pengguna mewujud, menyimpan, mengemas kini, mengubah

atau membatalkan sesuatu maklumat.

Hak akses adalah dikaji dari semasa ke semasa berdasarkan kepada peranan

dan tanggungjawab pengguna/bidang tugas;

(c) Akauntabiliti

Semua pengguna adalah bertanggungjawab ke atas semua tindakannya

terhadap aset ICT MATRADE;

(d) Pengasingan

Tugas mewujud, memadam, kemaskini, mengubah dan mengesahkan data

perlu diasingkan bagi mengelakkan daripada capaian yang tidak dibenarkan

serta melindungi aset ICT daripada kesilapan, kebocoran maklumat

terperingkat atau dimanipulasi;

(e) Pengauditan

Pengauditan adalah tindakan untuk mengenal pasti insiden berkaitan

keselamatan atau mengenal pasti keadaan yang mengancam keselamatan.

Ia membabitkan pemeliharaan semua rekod berkaitan tindakan keselamatan.

Dengan itu, aset ICT seperti komputer, server, router, firewall dan rangkaian

hendaklah ditentukan dapat menjana dan menyimpan log tindakan

keselamatan atau audit trail;

2

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!