09.10.2019 Views

Apa itu pantun

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Apa itu pantun?

Pantun adalah sejenis puisi tradisional masyarakat Melayu yang wujud sejak zaman berzaman

lagi. Mengikut sejarah perkembangan kesusasteraan Melayu, pantun wujud sejak zaman

masyarakat Melayu tidak tahu membaca tidak tahu membaca dan menulis lagi. Pantun dilahirkan

sebagai suatu bentuk pengucapan untuk menyampaikan fikiran dan perasaan terhadap seseorang

atau mengenai sesuatu perkara di samping bertujuan menyindir, berjenaka, berhibur dan

memberi nasihat.

Harun Mat Piah (1989), telah memberikan definisi pantun meliputi unsur dalaman dan aspek

luaran serta struktur visualnya. Aspek dalaman pantun meliputi unsur-unsur estetik dan isi (tema

dan persoalan). Unsur estetik pantun dapat dilihat berdasarkan dua aspek. Pertama, yang

berkaitan dengan penggunaan lambang-lambang tertentu yang terdapat dalam pantun mengikut

tanggapan dan pandangan dunia bagi masyarakat Melayu. Kedua, berdasarkan hubungan makna

antara pasangan pembayang-pembayang dengan pasangan maksud sama ada konkrit atau

abstrak.

Menurut Za’aba pula, pantun merupakan puisi Melayu yang tertua dan asalnya kepunyaan

masyarakat Melayu. Sebelum orang Melayu tahu tentang surat menyurat, mereka telah pandai

berpantun dan biasa berbalas-balas pantun sesama sendiri. Pantun wujud dalam pelbagai bentuk

dan wajah, dari pantun dua kerat dan pantun empat kerat sehingga ke pantun berkaitan. Genre ini

menduduki tempat yang penting dalam kehidupan masyarakat Melayu, justeru diungkapkan

dalam permainan kanak-kanak, dalam percintaan, upacara perminangan dan perkahwinan,

nyanyian dan upacara adat. Pendeknya setiap tahap kehidupan manusia Melayu, yakni dari

dalam buaian hingga ke alam percintaan dan hari-hari tua, dibantu dan dihiasi oleh pantun.

Secara ringkas, pantun Melayu dapat didefinisikan sebagai sejenis puisi lama yang terdiri

daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap (Kamus Dewan : 813) atau sajak pendek. Setiap

rangkap biasanya empat baris dan dua baris. Bagi pantun yang popular, bentuknya terdiri

daripada empat baris iaitu, dua baris pembayang dan dua baris maksud. Walaupun hari demi hari

dunia kini telah dihiasi dengan arus kemodenan, namun pantun masih relevan pada masa kini

dan masyarakat masih mengekalkan tradisi pantun Melayu dalam majlis-majlis tertentu seperti

majlis pernikahan, peminangan dan dalam majlis rasmi seperti di jabatan-jabatan pemerintah

ataupun swasta untuk tujuan persaraan, hari penganugerahan, hari guru, hari anugerah cemerlang

dan sebagainya. Masyarakat hari ini masih sayangkan pantun Melayu yang dianggap sebagai

khazanah Melayu yang begitu berharga dan sukar dilupakan. Walaupun pantun telah sekian lama

wujud semasa nenek moyang kita tetapi ia masih sesuai digunakan.

Pantun Melayu diciptakan sebelum manusia tahu membaca dan menulis lagi, namun ayat-ayat

yang digunakan amat sesuai dan menarik untuk dijadikan sebagai penghibur hati sindiran, pujian,

kebanggaan, marah, benci dan sebagainya. Namun apa yang diluahkan tidak secara terus

menerus sebaliknya berlapik dan bersimbolik bertujuan untuk menjaga hati dan perasaan.

Mungkin inilah antara tradisi pantun sentiasa relevan dan diwarisi satu generasi ke generasi yang

seterusnya.

Jenis-Jenis Pantun

1. Berdasar jumlah baris (kerat) serangkap

2. Pantun Berkait.

Isi dan Tema Pantun

1. Isi pantun pendek, jitu dan lengkap

2. Setiap rangkap pantun (kecuali pantun berkait) merupakan satu kesatuan idea iaitu

mengemukakan satu fikiran yang bulat dan lengkap.

3. Pantun mempunyai berbagai-bagai jenis atau corak isi. Corak isi pantun dapat dikenali

daripada maksud yang disampaikan dalam satu-satu ikatan pantun.

4. Berbagai pembahagian isi atau tema dilakukan oleh pengkaji-pengkaji dalam

mengklasifikasikan tema pantun. Harun Mat Piah dalam bukunya Puisi Melayu

Tradisional, Satu Pembicaraan Genre dan Fungsi, D.B.P., 1965, halaman 163,

membahagikan tema dan isi pantun Melayu kepada:

a. Pantun Kanak-Kanak

b. Cinta dan Kasih Sayang

c. Telatah dan Cara Hidup Masyarakat

d. Pantun Teka Teki

e. Pantun Puji-pujian atau sanjungan

f. Pantun Nasihat, Agama dan Adat

g. Pantun Naratif atau cerita

Ciri – Ciri Pantun

Pada lazimnya, Pantun 4 kerat merupakan pantun yang lebih diminati dan sering digunakan.

Ciri-ciri pantun 4 kerat ini adalah seperti berikut:

1. Memiliki 4 baris dalam tiap bait.

2. Dalam 1 baris memiliki 8 hingga 12 suku kata.

3. Pada umumnya dalam 1 baris terdapat 4 sampai 6 kata.

4. Baris pertama dan baris kedua merupakan sampiran.

5. Baris ketiga dan baris keempat merupakan isi pantun.

6. Sampiran dan isi pantun adalah satuan yang terpisah.

7. Isi pantun dapat menentukan jenis pantun yang dibuat.

8. Pantun memiliki sajak atau rima dengan pola a – b – a – b atau bisa juga a – a – a – a.

9. Mengandungi empat baris dalam satu rangkap

10. Rima akhir baris ialah ab:ab

11. Dua baris pertama dalam rangkap itu ialah pembayang manakala dua baris kedua ialah

maksud

12. Baris kedua dan keempat dalam rangkap/bait pertama diulang dalam rangkap berikutnya

sebagai baris yang pertama dan ketiga

13. Baris kedua dalam rangkap 1, menjadi baris pertama dalam rangkap kedua dan

pasangannya baris keempat menjadi baris ketiga bagi rangkap kedua. Begitulah

rangkaian itu bersambung dari satu rangkap ke satu rangkap seterusnya.

14. Baris kedua yang diulang sebagai baris pertama dalam bait berikutnya mengemukakan

unsur rima akhir.

Pantun berkait merupakan salah satu dari jenis pantun yang disusun dengan berdasarkan aturanaturan

pantun dan saling berkaitan di antara bait pertama dan bait seterusnya hingga pada bait

penutup. Untuk dapat menyusun atau membuat pantun berkait ini dibutuhkan kemampuan dalam

menentukan konsep cerita juga alur cerita.

Pantun berkaitan atau pantun berangkai ini merupakan jenis pantun yang disusun dengan secara

berangkai dimana bait pertama itu memiliki hubungan yang jelas dengan bait berikutnya hingga

pada bait penutup. Biasanya, pantun jenis ini memiliki bait lebih dari dua.

CONTOH-CONTOH PANTUN

Pantun Kanak-Kanak

kata dulang paku serpih,

Mengata orang aku yang lebih

Gendang gendut tali kecapi,

Kenyang perut senang hati

Hujung bendul dalam semak,

Kerbau mandul banyak lemak.

Mari kita makan ke kebun,

Bawa guni iskan padi,

Mari kita berlawan pantun,

Bawa menyanyi menyukakan hati.

Sorong papan tarik papan,

Papan kemudi dalam perahu,

Suruh makan saya makan,

Suruh menyanyi saya tak tahu.

Angan-angan

Angin menderu di puncak bukit,

Gugur kenanga kuning mencelah;

Asyik memburu harta dan ringgit,

Orang tak punya terpaksa mengalah

Gugur kenanga kuning mencelah,

Bunga melati dalam jambangan;

Orang tak punya terpaksa mengalah,

Menahan hati berangan-angan.

Pantun Percintaan

Dari mana punai melayang

Dari paya turun ke padi

Dari mana kasih sayang

Dari mata turun ke hati

Ikan belanak hilir berenang

Burung dara membuat sarang

Makan tak enak tidur tak tenang

Hanya teringat dinda seorang

Pantun Puji-Pujian atau Sanjungi

Rama- rama di pohon meranti

Tempat mainan unggas dan mawas

Sekian lama kami menanti

Ucapan tuan tuntas dan bernas

Anak tebuan berlima-lima

Hinggap di dahan bunga kemboja

Nasihat tuan sungguh bermakna

Boleh meniup menyuntik semangat

Pantun Nasihat

Kera di hutan berlompat-lompat

Si pemburu memasang jerat

Hina sungguh sifat mengumpat

Dilaknat Allah dunia akhirat

Redup bulan nampak nak hujan

Pasang pelita sampai berjelaga

Hidup mati di tangan Tuhan

Tiada siapa dapat menduga

Pantun Naratif atau Cerita

Tetak tenggiri di bawah batang

Salah nama orang mengaji

Patut sendiri gerangan datang

Sudah bernama si Raja Haji

(Cerita Raja Haji)

Contoh pantun budaya (Cara hidup masyarakat)

Sirih kuning diberi nama

Sirih tanya berserta cincin

Hidup berunding muafakat bersama

Bangsa mulia budaya dijamin

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!