23.07.2019 Views

Buku Program Jelekit Kasih

Progam Jelekit Kasih Anjuran Sekolah Kebangsaan Kg.Pangtray Daro bersama PIBG SK Kg. Pangtray Penutupan dirasmikan oleh Yb Safiee bin Haji Ahmad Tarikh 27 Julai 2019 Bertempat di Dewan Terbuka Kg Pangtray

Progam Jelekit Kasih
Anjuran Sekolah Kebangsaan Kg.Pangtray Daro
bersama PIBG SK Kg. Pangtray
Penutupan dirasmikan oleh Yb Safiee bin Haji Ahmad
Tarikh 27 Julai 2019
Bertempat di Dewan Terbuka Kg Pangtray

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

KAMI MENGALU-ALUKAN KEDATANGAN

PIHAK TUAN PUAN SERTA ANAK-ANAK KE

SEMOGA KEHADIRAN TUAN PUAN SERTA ANAK-ANAK

BEROLEH MANFAAT DARI PROGRAM INI

Keluarga merupakan institusi yang utama, kerana keluarga mempunyai peranan

besar dalam melahirkan masyarakat yang harmonis, berilmu seterusnya

melahirkan warga yang cemerlang dalam mencapai wawasan yang seimbang

antara kemajuan dan pembangunan modal insan. Dalam institusi keluarga, ibu

bapa merupakan individu yang paling hampir dengan anak-anak dan mereka yang

mencorakkan perkembangan peribadi anak-anak bermula di peringkat kelahiran

sehinggalah ke peringkat dewasa. Asuhan dan didikan yang sempurna juga

perhatian yang secukupnya serta kasih sayang terhadap anak-anak akan

mencorakkan kehidupan anak-anak di masa akan datang. Keterlibatan ibu bapa

dalam proses pendidikan adalah amat penting bagi membentuk konsep kendiri

anak-anak mereka. Satu daripada kesan konsep kendiri ialah pencapaian

akademik. Tinggi atau rendahnya pencapaian akademik adalah bergantung

kepada positif atau negatifnya tanggapan konsep kendiri seseorang itu tehadap

pelajaran. Namun demikian, ibu bapa yang yang kurang memperhatikan tentang

pentingnya pembentukan kendiri pada usia awal ini, akhirnya akan kehilangan

peluang untuk mengembangkan potensi anak-anaknya secara maksima. Oleh

kerana ibu bapa memainkan peranan penting dalam pencapaian akademik pelajar

kerana hubungan antara ibu bapa dan pelajar adalah elemen utama dalam

kemajuan pelajar.

Ibu bapa merupakan “role model” kepada anak, dan ibu bapa yang

mempunyai anak-anak yang berjaya dalam akademik akan sentiasa memberi

nasihat betapa pentingnya melanjutkan pelajaran di tahap yang tinggi. Pendidikan

anak pada peringkat awal diperolehi di rumah, sokongan dan dorongan keluarga

akan menjadi asas kepada kejayaan pelajar di sekolah dan seterusnya. Walau

bagaimanapun kemenjadian murid yang celik adalah hasil daripada kerja sama

yang padu di antara pihak sekolah dengan ibu bapa disamping komunitinya. Oleh

yang demikian, “Program Jelekit Kasih” ini telah dirancang untuk membantu ibu

bapa untuk mendapatkan idea dan kesedaran akan pentingnya penglibatan ibu

bapa dalam memberi kesan yang mendalam terhadap perkembangan sosial dan

kejayaan akademik anak-anak.

Tujuan program ini dijalankan bagi membantu meningkatkan pengetahuan ibu

bapa tentang keinginan dan cita-cita anak-anak, memberikannya perangsang dan

sokongan terhadap apa yang dicita-citakan oleh anak mereka, agar anak-anak

mereka lebih berjaya dalam pelajaran. Selain itu, program ini juga dapat

membantu ibu bapa mencari kekuatan dan bakatnya serta menggunakannya bagi

diri mereka sendiri dan keluarga. Program ini juga diharapkan dapat memberi

motivasi dan menambah keyakinan kepada ibu bapa semasa membimbing anakanak

mereka di rumah.

1. Memberi kesedaran kepada ibu bapa tentang kesan dan pentingnya

keterlibatan ibu bapa dalam proses pendidikan anak-anak.

2. Memberi kesedaran dan pengetahuan kepada ibu bapa betapa pentingnya

pelajaran terhadap anak-anak di bawah jagaan mereka.

3. Mengeratkan lagi hubungan antara ibu bapa dan guru di sekolah.

4. Memupuk semangat ibu bapa untuk mendidik dan mempersiapkan diri

anak-anak dalam mengharungi cabaran dalam alam remaja masa kini.

5. Memberi idea kepada ibu bapa berkaitan badan-badan dan organisasi

tertentu yang dapat membantu mereka ke arah membentuk perkembangan

remaja yang cemerlang.

Ibu bapa murid Prasekolah hingga Tahun 6 SK Kg. Pangtray

Ibu bapa Tingkatan 5

Murid-murid Tahun 6

Pelajar Tingkatan 5

PENGERUSI

ENCIK BUANG BIN MAHARUP

(Guru Besar SK Kg. Pangtray)

PENGERUSI BERSAMA

PUAN WATI BINTI RANI

(YDP Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Kg. Pangtray)

TIMBALAN PENGERUSI 1

PUAN ZAINA BINTI ABDUL RAZAK

(Penolong Kanan)

TIMBALAN PENGERUSI 2

CIK AISAH BINTI ISA

(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

TIMBALAN PENGERUSI 3

ENCIK WAHIDY BIN WAHAB

(Penolong Kanan Kokurikulum)

SETIAUSAHA

PUAN ZAINA BINTI ABDUL RAZAK

(Setiausaha PIBG)

PENYELARAS PROGRAM

PUAN HASNIZA BINTI AWANG

(Guru Bimbingan dan Kaunseling)

BENDAHARI

PUAN HAWA BINTI MINAN

AJK PENDAFTARAN

PUAN NUR HANIZA BINTI MOHD TAJUDIN

CIK MASLIHA BINTI MUSA

AJK PROTOKOL

PUAN ROHAYAH BINTI JAHARI

PENGERUSI-PENGERUSI NGO

PENGACARA MAJLIS

CIK DELFIA BINTI SALLEH

PERSIAPAN TEMPAT

ENCIK MOHAMMAD FAIZ BIN MD SALLEH

ENCIK MOHD NAWAWI AMIN BIN MODAWAN

ENCIK YAHUD BIN MAHDI

PERSIAPAN PENTAS

CIK HAFIDAH BINTI GUSTI

PUAN SUHANA BINTI JAAFAR

PUAN HASNIZA BINTI AWANG

PUAN WAN NASILLA BINTI WAN ADANNAN

BUKU PROGRAM

ENCIK MOHD ALIMMUSSALIHIN BIN SAED

CENDERAHATI

PUAN HAWA BINTI MINAN

PUAN SAMSIAH BINTI KIPRAWI

KAWALAN MURID

PUAN HASNIZA BINTI AWANG

PUAN SUHANA BINTI JAAFAR

AJK JAMUAN

PUAN SERAIAH@SURAYAH BINTI MAHDI

PUAN SURIA BINTI SUIP

PUAN ASMA BINTI HAMDAN

PUAN ROHAYAH BINTI LONG

PUAN ZURAIDAH BINTI SAMIN

CIK MASLIHA BINTI MUSA

CIK NURHIDAYAH BINTI BASUNI

EXCO PIBG

AJK SIARAYA

ENCIK YAHUD BIN MAHDI

AJK DOKUMENTASI

ENCIK MOHD ALIMMUSSALIHIN BIN SAED

AJK PERSEMBAHAN

CIK DELFIA BINTI SALLEH

AJK KEBERSIHAN & KESELAMATAN

PEKERJA PEMBERSIHAN KAWASAN

PEGAWAI KESELAMATAN

SELURUH WARGA

SEKOLAH KEBANGSAAN KG. PANGTRAY

MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI

PENGHARGAAN DAN

TERIMA KASIH KEPADA

SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT

SECARA LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG

DALAM MENJAYAKAN

PROGRAM JELEKIT KASIH.

0730 -PENDAFTARAN PESERTA

0800 -CERAMAH MOTIVASI PROGRAM

JELEKIT KASIH

-ENCIK JUNI BIN HAJI NOR

1000 -REHAT MINUM PAGI

1030 -PERSEMBAHAN

-BACAAN DOA

-UCAPAN YDP PIBG SK KG.

PANGTRAY

-UCAPAN PERASMIAN

PENUTUPAN

-YB ENCIK SAFIEE BIN HAJI

AHMAD

1100 -SESI BERGAMBAR

1130 -BERSURAI

TERIMA KASIH.

PENGHARGAAN KHAS KEPADA:

YB ENCIK SAFIEE BIN HAJI AHMAD

GURU-GURU DAN WARGA SK KG.

PANGTRAY

WARGA PIBG SK KG. PANGTRAY

NGO-NGO KG. PANGTRAY

WARGA PENDUDUK KG. PANGTRAY

ANJURAN:

SEKOLAH KEBANGSAAN KG. PANGTRAY

dengan kerjasama

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK KG. PANGTRAY

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!